Boleh ke bancuh susu formula anak dengan air mineral? Sebaiknya elakkan kerana ada sebabnya yang ibu ayah perlu tahu.

Menurut perkongsian Dr Kenneth Looi Chia Chuin, Pakar Pediatrik, Columbia Asia Hospital Cheras, sebaiknya didihkan air terlebih dahulu.


Pernah tak dengar informasi sebegini. Jangan risau hari ini kita tanyakan pada pakar samada boleh atau tidak kita bancuh susu anak dengan air mineral.

Kalau mineral water yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi akan menyebabkan masalah pada bayi. Lagi-lagi kalau susu itu sendiri sudah cukup tinggi dengan mineral yang diperlukan.

Jangan Guna Air Mineral Nak Buat Susu Bayi, Pakar Jelaskan Sebabnya!

Garis panduan WHO mengenai jenis air mineral yang sesuai untuk dibuat susu formula

1. Kandungan sodium tidak melebihi 200mg per liter

IKLAN

2. Kandungan sulphate tidak melebihi 250mg per liter

Tak boleh langsung ke bagi pada anak?
Sebaik-baiknya kita didihkan dari air paip dan menggunakannya untuk membuat susu anak.

TAPI kalau dalam keadaan terdesak kerana ketiadaan air bersih contohnya ketika travel atau bercuti dan memang tidak ada sumber air yang bersih, jadi air mineral boleh digunakan sekali dua untuk membuat susu.

Jangan Guna Air Mineral Nak Buat Susu Bayi, Pakar Jelaskan Sebabnya!

Bagaimana pula dengan mesin penapis air di rumah. Adakah selamat untuk bancuh susu anak?
Kalau kita ambil air mesin penapis air dan kemudian didihkan memang tak ada masalah.

IKLAN

Kalau kita terus ambil air panas dari mesin boleh jadi masalah sebab mesin tak didihkan air, hanya panaskan sahaja. Kalau ada kuman, kuman masih ada.

Jadi kepada ibubapa sebaiknya didihkan sahaja air bersih untuk buat susu anak. Lagi selamat.

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

IKLAN

Jangan Guna Air Mineral Nak Buat Susu Bayi, Pakar Jelaskan Sebabnya!

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI