Ibu antara orang nombor satu anak-anak akan sayang sehingga ke akhir hayat. Walaupun sesekali garang, anak-anak tetap nak bermanja. Tak dinafikan ada masanya jika ibu terlalu penat, anak pula buat hal, akan terkeluar kata-kata yang tak diminta.
Selalu orang kata mulut ibu masin kan? Jadi untuk jadikan anak kita berjaya, soleh dan solehah cuba elakkan guna ayat yang tak sepatutnya. Betul ibu bukan berniat, tapi bila emosi marah menguasai diri, ibu seolah tak perasan apa yang diungkapkan.
Berikut antara perkongsian yang sangat bermanfaat dari Puan Adawiyah Abdul Rahman.
Elakkan berkata begini ketika marahkan anak-anak:
“Nanti kamu dah besar kamu rasalah susah dia macamana…”
“Nanti dah ada anak kamu rasalah macamana sakitnya kalau anak kamu buat macam ni…”
“Sekarang kamu rasa senang lagi , tunggulah kalau ibu ayah dah tak de masa tu baru kamu rasa susah…”
“Nanti dah besar mesti kamu rasa menyesal…”
Ads
Nauzubillah mi zalik. Dalam marah kadang lupa kata-kata kita adalah doa. Terjentik di hati pun kadang risau Allah makbulkan
Asbab berkat dan makbulnya kata-kata seorang ibu, maka,
Bila marah, elakkan lah terlampau marah
Bila marah dalam hati banyakkan berdoa…
Ads
Doakan anak-anak kita tidak merasa bagaimana susahnya hidup kita,
Doakan anak-anak kita dikurniakan keluarga yang soleh bila mereka berkeluarga,
Doakan anak-anak kita kaya dunia akhirat supaya dapat apa sahaja yang mereka mahukan,
Doakan anak-anak kita ditunjuki jalan yang lurus supaya anak-anak kita takkan pernah menyesal dengan apa yang dipilih dalam hidupnya.
Ads
Ibu ayah, gunakanlah kelebihan yang Allah beri untuk kebaikan anak-anak. Jangan berkira-kira untuk meminta kerana Maha Kayanya Allah dan Maha Pemurahnya Allah untuk mengabulkan !
Orang perempuan memang sensitif bab pakaian. Bila ada anak lagilah. Mesti akan bezakan mana baju sesuai di rumah, baju berjalan dan baju untuk tidur.
Jika suami jaga apa yang ada depan mata itu yang dipakaikan asalkan siap. Tapi bila isteri tengok kemudiannya mulalah tak puas hati.
Begitu juga yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan dan kekeluargaan.
Orang Perempuan Memang Sensitif Bab Pakaian
Kita dah siap tukar pampers anak, mandikan anak, pakaikan baju anak bukan dia nak puji. Dia complain lagi ada la.
Pagi tadi kejut Rania bangun nak pergi sekolah. Tapi macam biasa kejut orang lain yang bangun dulu orang lain. Aisy bangun dulu jadi dia mandi dulu.
Sebelum mak-nya pergi kerja malam semalam, baju sekolah rania semua dah disiapkan. Rania punya baju tak ada masalah. Aisy je tak sedia.
Dah kelam kabut pagi tu, mana ada masa nak selongkar almari cari baju. Mana yang lalu depan mata tu je la sambar.
Sudahnya ini la baju yang aisy pakai. Baju batman, seluar pendek kakak dia. Dalam hati tak apa la, pakai duduk rumah je.
Tup tup, balik je isteri dari kerja belum sempat masuk rumah lagi, baru nak buka kasut dekat pintu masuk lagi dia dah berkerut dahi cakap apa baju aisy pakai ni.
Katanya seluar baju ni tak match. Ni baju lain, seluar lain. Huduh katanya.
Walaupun pakai kat rumah tak boleh macam ni. Macam macam la dia bagi alasan.
Nanti seluar batman tu tak ada kawan dia aka baju, seluar kakak ni corak gegirl mana boleh aisy pakai. Seluar besar dari orangnya. Bla..bla..
Pengajaran sungguh.
Dengan orang perempuan bab pakaian memang tak boleh buat main. Pakaian ni hal serius!
Terutama bab pakaian anak. Tak pelik la orang perempuan ni boleh beza beza baju malam dan baju siang anak.
Sebab sumpah saya sampai sekarang tak boleh nak beza mana baju siang dan mana baju malam. Dua-dua baju sama.
Yang saya tahu cuma beza 2 perkara. Samaada anak bogel atau pakai baju.
Susu antara sumber kalsium dan vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang. Setiap orang dewasa tetap memerlukan susu untuk kesihatan yang optimum. Sebenarnya susu bukan sahaja untuk kanak-kanak. Tapi masyarakat kita dimomokkan dengan menganggap susu boleh mengemukkan. Betul ke?
Berikut perkongsian Dr Erna Nadia yang menjelaskan mengenai fakta ini.
MINUM SUSU JADI GEMUK?
Ramai pesakit wanita saya yang super takut nak minum susu sebab depa kata susu ni akan buat badan gemuk.
Really? Haruslah tidak. Yang membuatkan badan menjadi besar, pinggang menjadi lebar, pipi berkembang, lengan peha gelebeh adalah apabila kita tak jaga makan. Bukan sebab susu ye cik puan tuan sekalian.
Susu adalah sumber protein yang baik. Janganlah takut dengan makanan dan minuman.
Seriously bukan salah makanan. Bila berat naik, tuding dan cermin diri sendiri. Tang mana diet kita salah. Diet ni bukan bermaksud tak makan tapi diet adalah pemakanan seharian kita.
Diet seharian kita haruslah lengkap dan sihat. Lengkap makronutrisi dan mikronutrisi. Ikutlah konsep suku suku separuh, kurangkan makanan dan minuman manis serta kurangkan minyak.
Susu ni dia ada gula ringkas iaitu laktosa. Ada 3 jenis susu iaitu
1. susu penuh krim, 2. susu rendah lemak, 3. susu skim.
Akan ada pertambahan gula sukrosa jika ada pertambahan rasa seperti strawberry, coklat dan lain lain. Susu penuh krim ni kandungan lemak dia tinggi. Sesuai lah dengan nama dia. Lemak berkrim disukai ramai. Jadi, kalau ada penyakit kronik macam darah tinggi ka, sila elakkan kalau boleh.
Susu rendah lemak ni pulak, kandungan lemak dan kalori dia rendah, kurang dari 3%. Jadi, susu ini disarankan untuk yang ada masalah kolesterol tinggi atau untuk yang nak kurangkan kalori harian, macam saya.
Susu skim ini lagilah bagus sebab kandungan lemak tersangatlah sedikit iaitu kurang dari 0.5%. Sangatlah sesuai untuk orang yang ada darah tinggi, kencing manis dan penyakit lain.
Susu seeloknya diambil setiap hari, 2-3 kali sehari disebabkan kaya dengan sumber kalsium yang diperlukan oleh tulang dan tubuh badan kita.
Susu pekat manis atau krimer ini bukan susu ye. So jangan salah faham pulak. Susu pekat manis/krimer ni sudah ditambah gula dan digantikan dengan minyak sayuran.
Ok, bila nak minum susu ni? Seeloknya minumlah berasingan dari hidangan utama macam makan pagi, tengah hari dan malam. Sebab kalsium dalam susu akan menghalang penyerapan zat besi di dalam lauk pauk hidangan utama kita.
Jadi, untuk depa yang ada masalah hb low (darah merah rendah), kena makan makanan yang tinggi zat besi macam bayam, daging, ikan, maka asingkan minum susu masa makan makanan utama ok?
Kalsium dalam darah biasanya akan disimpan/nak memenuhkan lompong lompong pada tulang pada waktu malam. So kalau kurang pengambilan susu, lompong lompong ini tak diisi dengan elok dan dalam masa sama, kandungan kalsium dalam badan juga berkurangan.
Sebab tu nanti lama lama mudah kena osteoporosis aka tulang rapuh. Dari osteoporosis yang biasa boleh jadi teruk dan seterusnya jadi masalah lain pulak. So, seeloknya minumlah susu sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Boleh faham kan apa sebabnya?
InshaAllah boleh.
Jadi, janganlah takut dengan susu ye. Lebih baik minum segelas susu bila lapar waktu malam sebelum tidur tu dari makan jajan. Minum susu sebelum tidur InshaAllah boleh buat kita lena dengan perut yang selesa.
Nak minum yang sejuk ke panas? Ikutlah selera tekak masing masing. Ingat ya, sejuk atau panas sesuatu makanan/minuman tidak mempengaruhi tahap kalori kerana suhu tidak mempunyai kalori.
Kredit: Dr. Erna Nadia Pegawai Perubatan Medical Mythbusters Malaysia
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!