Satu kerisauan apabila anak kecil kita masih belum bercakap walaupun usia sudah menginjak ke tiga tahun. Bercakap sebenarnya memerlukan latihan dan daya rangsangan yang tinggi daripada orang sekelilingnya. Bukan hanya belajar bercakap, bahkan ibu bapa juga perlu bijak mencari ruang untuk berinteraksi dengan anak supaya mereka lebih mudah untuk bercakap.
Semakin anak berinteraksi semakin banyaklah usaha mereka untuk bercakap dan kemudiannya untuk berinteraksi. Semakin kerap anak melontarkan interaksi mereka, semakin banyak kemahiran mereka di asah.
Menurut Pn Aisyah Kassim, Patalogi Pertuturan Bahasa, terdapat cara dan rangsangan yang tepat untuk membolehkan anak-anak kecil lebih mudah beriteraksi dan mengeluarkan patah perkataan. Jika inginkan anak-anak berminat dan tertarik untuk berinteraksi dengan anda, anda boleh ikuti 8 trik ini:
Tip 1: Bersemuka
Apabila bermain dan berinteraksi dengan anak anda, rendahkan badan, supaya dapat bersemuka dan bertentang mata. Anda boleh duduk di lantai dan anak duduk di kerusi, atau baring di lantai bila anak bermain di lantai. Dengan cara ini, anak anda dapat melihat dan mendengar apa yang anda sebut dengan lebih baik. Kanak-kanak akan teruja apabila anda turun ke level mereka dan hubungan anda dan anak akan menjadi lebih rapat. Tambahan pula, dengan bersemuka anda juga boleh dan mudah untuk melihat sekecil-kecil respon dari anak dengan lebih baik dan memudahkan anda untuk respon semula.
Tip 2: Guna Intonasi Yang Menarik
Kanak-kanak mudah tertarik dengan melodi. Tak hairanlah mereka memberi respon yang sangat baik pada lagu. Jadi apa salahnya kita bercakap dan berinteraksi dengan anak menggunakan intonasi berlagu yangmenarik. Ia secara langsung boleh menarik minat anda untuk mendengar dan memahami apa yang kita cakapkan. Intonasi sangat baik untuk menarik perhatian anak terutamanya kanak-kanak yang mempunyai masalah denga daya tumpuan yang pendek atau sukar untuk memberi respon pada orang dewasa.
Tip 3: Pilih Mainan Yang Memberi Rangsangan Deria
Dah nama pun kanak-kanak kan, mestilah mereka sukakan mainan. Bermain adalah waktu belajar bagi mereka. Tapi, kita sukar untuk mendapatkan perhatian anak sekiranya mainan tersebut membosankan atau terlalu sukar untuk kanak-kanak fahami cara untuk bermain. Jadi, untuk kanak-kanak 1-3 tahun, mainan yang paling mudah untuk menarik perhatian mereka adalah mainan yang memberikan rangsangan deria. Contohnya mainan yang berbunyi, bercahaya, mempunyai warna yang terang, bergerak dan mempunyai perlbagai tekstur.
Apabila anak tertarik dengan mainan yang anda tunjukkan, maka lebih mudahlah untuk anda berinteraksi dengan anak anda. Dengan adanya mainan, anda juga akan lebih mudah untuk berinteraksi dengan anak kerana dari mainan tersebut anda boleh mendapatkan idea apa yang perlu anda cakapkan.
Tip 4: Guna Ayat Yang Ringkas
Keseronokan berinteraksi adalah bergantung kepada sejauh mana kita memahami sesuatu bahasa. Semakin faham dan tahu menggunakan bahasa, semakin mudah dan seronpk untuk kanak-kanak berinteraksi. Kanak-kanak 1-3 tahun masih lagi belajar untuk mempelajari cara menggunakan bahasa dengan betul samaada verbal ataupun tidak verbal. Jadi penggunaan ayat yang ringkas membolehkan mereka faham dengan lebih mudah dan lebih mudah untuk mereka respon juga.
Ads
Untuk anak 1&2 tahun anda boleh gunakan ayat 1-3 patah perkataan. Bagi 3 tahun pula anda boleh tingkatkan kepada ayat 4 atau 5 perkataan mengikut situasi yang sesuai.
Tip 5: Banyak Gunakan ‘Sound Effect’
Apabila bermain dan berinteraksi bersama anak anda, gunakan banyak sound effect yang menarik seperti “weee, woww, boom-boom, pop-pop-pop, miau” dan banyak lagi. Bunyi atau perkataan ini akan menarik perhatian anak, kerana ianya disebut dengan sangat berintonasi. Tambah pula, perkataan-perkataan ini boleh disebut dengan berulang-ulang semasa aktiviti dan ini memberikan peluang kepada anak untuk mendengarnya. Perkataan seperti “weee’ dan “jatuh” boleh digabungkan semasa bermain dengan kereta. “Pop”, “oo-oo” dan “pecah” boleh digunakan semasa bermain bubble. “Mmmm”, “sedapnya” boleh digunakan semasa makan, “boom-boom” atau “dum-dum” semasa bermain drum.
Ada bermacam-macam bunyi yang boleh anda sebut mengikut kreativiti sendiri asalkan ianya menarik. Perkataan-perkataan menarik ini biasanya akan menjadi perkataan pertama yang kanak-kanak akan tiru dan lama-kelamaan mereka akan menyebutnya sendiri.
Tip 6: Berikan Bantuan
Anak istimewa kebiasaannya mempunyai kemampuan bahasa yang terhad untuk memahami dan memberi respon pada anda. Jadi adalah sangat penting untuk kita bantu anak-anak sekiranya mereka tidak tahu bagaimana untuk memberi respon pada anda. Anda boleh pegang tangan anak dan buatkan aksi yang anda minta, pegangkan tangan dan tunjukkan cara mmeberi objek yang anda minta, modelkan perkataan atau ayat yang anak perlu sebut, modelkan cara memjawab soalan yang anda tanya, tunjukkan, gunakan ekspresi muka dan gerak badan anda untuk memberi bantuan pada anak memahami cara untuk memberi respon.
Dengan bantuan yang diberikan membuatkan anak untuk lebih faham dan tahu apa yang mereka perlu lakukan. Ia juga boleh membuatkan anak merasa enjoy untuk terus berinteraksi dengan anda.
Ads
Tip 7: Jadikan Minat Sebagai Peluang Untuk Berinteraksi
Setiap kanak-kanak mempunyai minat mereka sendiri terhadap sesuatu dan minat itu akan berubah-ubah mengikut situasi. Perkara yang mereka minat itu sebenarnya kita boleh gunakan sebagai subjek perbualan anda dengan anak. Kerana apa yang mereka minat, tumpuan mereka akan lebih baik, dan bahasa yang diberikan akan lebih mudah untuk anak kaitkan dan fahami.
Duduk dekat dengan anak, lihat anak dengan penuh minat dan tunggu anak untuk memberikan mesej. Sebagai contoh, anak anda sedang melihat bayi yang sedang menangis dengan penuh minat, anda hanya diam, TUNGGU untuk anak berkomunikasi dengan anda. Apabila anak melihat ke arah anda, tunjuk bayi tersebut dan sebutkan perkataan atau bunyi.
Dengan cara ini anda boleh memberikan respon kepada apa yang anda fikir anak anda ingin ‘cakapkan’. Contoh “baby nangis”. Beri peluang pada anak untuk memulakan perbualan kerana memulakan perbualan adalah kemahiran yang penting untuk berbual dengan baik. Dengan menunjukkan minat pada apa yang anak minat sekaligus akan menarik minat anak untuk berinteraksi dengan anda.
Tip 8: Tiru Aksi & Bunyi Anak
Meniru adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan interaksi secara berterusan. Tiru apa yang dilakukan oleh anak anda. Anak anda mengetuk drum, anda pun mengetuk drum dan tunggu respon dari anak. Sekiranya anak menghasilkan bunyi seperti ‘oo-oo’, ‘woww’, anda pun meniru menyebutnya juga dan tunggu dan lihat samaada anak menyedari atau tidak kehadiran anda.
Ads
Jika anak menolak kereta, anda juga menolak kereta dan lihat reaksi anak. Kemahiran meniru merupakan kemahiran yang sangat penting untuk membolehkan anak bercakap. Dengan meniru anak terlebih dahulu akan menggalakkan anak untuk menyedari kehadiran anda dan akan meniru anda pula apabila mereka sudah bersedia. Interaksi akan menjadi lebih menarik jika anak sedar yang anda memberi perhatian pada apa yang meraka sebut dan lakukan.
Peringkat interaksi bagi setiap usia juga berbeza. Bagi anak 1 tahun, mereka banyak berinteraksi menggunakan gesture, aksi dan perkataan tunggal. Apabila mencapai 2 tahun, mereka mula menggunakan ayat 2 patah perkataan pula beserta gesture. Semakin usia meningkat, anak-anak akan kurang menggunakan gesture dan banyak menggunakan ayat 3 perkataan dan lebih. Jadi interaksi kita dengan anak perlulah di upgrade mengikut keperluan dan tahap perkembangan semasa anak.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Anak sudah umur 4 tahun masih tiada perkataan yang jelas? Masih sukar nyatakan apa kemahuan mereka melalui Verbal Skills atau Kebolehan untuk bercakap?
SPEECH DELAY & KAITAN DENGAN PERKEMBANGAN ASAS
Ramai ingat isu anak ada ‘Speech Delay’ hanya fokus kepada kebolehan anak bertutur sahaja. Speech Therapist dan Occupational Therapist bersama-sama bantu anak-anak yang ada isu ‘Speech Delay’
Namun ramai lagi tak faham yang anak perlukan PERKEMBANGAN ASAS yang kuat sebelum mereka boleh bercakap seperti:
1️⃣Kesediaan Sensori
Jika anak adalah seorang Sensory Seeking maka memang sukar anak fokus untuk melakukan komunikasi dua hala dengan kita.
Sebab mereka sibuk mencari stimulasi sensori yang lain. Melompat lah Berlari lah Menggigit lah
Jadi nak pandang mata kita dan dapatkan eye contact akan mencabar.
2️⃣ Kawalan Tingkah Laku
Bila anak tidak faham gunakan perkataan untuk nyatakan emosi mereka ataupun bahasa tubuh pasti sukar mereka nak cakap atau luah apa mereka rasa kan.
Anak pula merasa sukar dan buang masa nak luahkan melalui verbal sebab lebih cepat dia dapat respon kalau dia mengamuk kan?
Jadi bila masa dia nak beri peluang pada diri untuk pause nyatakan emosi melalui perkataan kan. Lebih baik dia mengamuk terus dapat apa dia nak tanpa perlu sebut apa- apa.
3️⃣ Kemahiran Motor Kasar
Ramai tidak tahu jika nak keluarkan satu bunyi perlu ada kekuatan otot abdomen juga.
Pergerakan dan kemampuan duduk tegak juga mempengaruhi cara anak keluarkan bunyi jelas atau tidak.
OT banyak membantu dari segi menguatkan kekuatan abdomen anak supaya mudah anak bercakap lebih jelas.
4️⃣ Kemahiran Motor Halus
Kemahiran ini bukan sahaja di tangan malah di mulut untuk melancarkan pergerakan otot-otot membuat pergerakan hasilkan bunyi.
Oral motor adalah salah satu latihan yang akan diberi untuk memudahkan anak berkomunikasi.
Jadi motor halus bukan sahaja di tangan malah di pergerakan mulut juga banyak kaitan untuk bantu anak.
5️⃣Konsep Asas & Komunikasi
Jika sudah dapat hasilkan bunyi sekalipun anak-anak perlu ada kefahaman konsep asas yang menjadi sebahagian dari kemahiran kognitif.
Anak akan faham duduk maksudnya apa. Kerusi itu apa. Kerusi untuk kena duduk.
Bila sudah faham bila kita sebutkan ‘Duduk atas Kerusi’ anak juga boleh faham dan lakukan perbuatan itu.
Guru guru juga banyak membantu perkembangan anak-anak ‘Speech Delay’ ini. Jadi Speech Delay ini adalah hanya masalah yang nampak di luaran seperti Teori Ice Berg.
Ada banyak isu lain yang perlu dibantu bila anak kita mungkin ada risiko speech delay.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernahkah anda berdepan dengan situasi anak yang ‘liat’ untuk menyiapkan kerja rumah? Atau mungkin apabila anda minta anak buat ulang kaji, mereka sering mencipta alasan untuk mengelak? Jika anak-anak ada masalah begitu, mungkin kerana mereka merasakan belajar itu susah. Jangan terus marahkan anak-anak, apa kata anda tanyakan dahulu kenapa mereka tidak mahu belajar.
Mungkin soalan yang perlu dijawab terlalu susah menyebabkan mereka hilang minat untuk menyelesaikannya. Tambahan pula, mereka tidak tahu kaedah yang mudah untuk menjawab soalan itu. Anak-anak juga mungkin berasa takut akan dimarahi jika jawapan yang diberikan salah. Cara paling mudah untuk meningkatkan keyakinan anak-anak untuk belajar adalah dengan melatih mereka untuk mahir dalam pembelajaran kendiri.
Kemahiran pembelajaran kendiri memberi ruang kepada anak-anak untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang lebih kreatif dan mengikut kemampuan mereka. Dengan cara ini, mereka tidak akan merasa terbeban dan lebih bersemangat untuk belajar. Apa kata anda daftarkan anak mengikuti program perkembangan minda di KUMON sempena KUMON YEAR-END SPECIAL 2019?
Ketahuilah, dengan merangsang minda kreatif anak-anak ketika proses pembelajaran, mereka akan menjadi lebih semangat dan teruja untuk belajar. Di KUMON, mereka membantu pelajar berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan tugasan yang susah.
Apa yang menariknya dengan proses pembelajaran begini? Anak-anak dapat menguasai subjek Matematik dan Bahasa Inggeris dengan kemampuannya sendiri. Program ini melatih para pelajar mencari solusi untuk sesuatu masalah secara berdikari dan memupuk kebolehan berfikir secara kritis seterusnya tidak mudah berputus asa pada masa hadapan. Tidak mahu terburu-buru, program pembelajaran di KUMON dibuat langkah demi langkah mengikut tahap anak.
Untuk memantapkan skil anak-anak, mereka akan diberi tugasan untuk menyelesaikan kertas kerja yang diberi. Kertas kerja ini direka khas untuk melihat kemampuan anak dan sebaik sahaja mereka dapat menguasainya, tahap kesukaran akan ditambah mengikut perkembangan mereka. Selain mewujudkan rasa semangat untuk belajar, KUMON melatih anak-anak untuk lebih berdisiplin dengan menyiapkan kertas kerja setiap hari dan menjadikannya sebagai rutin mereka.
KUMON tidak mahu anak-anak merasa rendah diri atau bosan kerana gagal menyelesaikan masalah, tetapi menggalakkan mereka untuk menjawab setiap persoalan mengikut cara tersendiri. Tidak perlu mengikut cara orang lain, tetapi mampu mendapat jawapan betul yang sama. Dengan kaedah ini, anak-anak berpotensi untuk meningkat maju.
BERITA BAIK!
Ciptalah masa depan anak-anak anda bersama KUMON! Untuk menyertainya, anda boleh mendaftar sebelum 7 November 2019. Menariknya, anak-anak berpeluang untuk menyertai kelas tambahan ini selama 1.5 bulan dengan yuran sebulan sahaja.
Lebih menarik kerana anda akan menerima beg istimewa dari KUMON. Ayuh, mantapkan pengetahuan Matematik dan Bahasa Inggeris anak anda bersama KUMON!
Ibu bapa yang ada anak kecil, jika anak-anak masih bersih daripada makanan dan minuman tidak berkhasiat, JANGAN SESEKALI DEDAHKAN mereka dengan makanan yang tak berzat.
Jangan sesekali MEMULAKAN memberikan jajan, keropok, aiskrim. Jangan sesekali MEMULAKAN memberikan air-air manis.
+ BILA DAH MULA sekali, akan ada kali kedua, ketiga keempat dan seterusnya.
+ Pergi kedai jangan biasakan diri membeli jajan untuk anak-anak. Mereka akan meminta-minta lagi dikemudian hari
+ Kawal pemakanan anak-anak dari segi pengambilan kalori, gula dan sebagainya
Anak kami dah biasa makan dan minum, macam mana nak buat ye?
Nasihat kami mudah je
+ Mulakan dengan KURANGKAN minuman dan makanan manis untuk anak-anak khususnya minuman coklat. Sebab apa coklat sahaja?.
+ Sebab jarang anak-anak minum nescafe, teh dan kopi.
+ Majoriti dirumah ada minuman coklat bukan? Dan Coklat yang dijual di pasaran banyak yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Maka kurangkan dahulu. Jangan terus tak bagi sebab anak-anak akan memberontak kerana minuman manis telah sebati dengan diri mereka.
Ikuti pula dengan kurangkan pengambilan, minuman bergas, bergula, dan bersusu pekat (selain susu segar)
Kemudian boleh ikut perlahan-lahan asingkan jajan, aiskrim dan gula.
+ Amik masa sikit. Takpe. Ikut pepatah omputih, “Better late than never”
+ Terangkan pada mereka makanan dan minuman itu tak elok untuk kesihatan.
+ Tunjukkan kesan-kesan buruk yang terjadi pada diri mereka seperti gigi yang rosak, badan gemuk dan sebagainya
+ ULANG
+ ULANG
+ ULANG
+ ULANG-ULANG Nasihat anak-anak. Jangan putus asa
+ Lepas dan perlahan-lahan berjaya kurangkan, perlahan-lahan tarik pula. Lama-lama anda boleh ucap bye bye pada makanan dan minuman tersebut
+ Bila dah berjaya, JANGAN sesekali dibawa masuk dalam rumah tayang depan anak.
Kami tahu ramai ibu bapa memberikan anak-anak kecil mereka minuman malt coklat.
+ Tapi kita dirumah masih menyajikan minuman tersebut untuk anak-anak kecil. Malah ada yang siap membawa bekal.
+ Coklat-coklat lain pun sama. KURANGKAN
+ Coklat memang memberikan tenaga, sesuai untuk orang yang mahu kekal aktif.
+ Tetapi dalam masa sama ia mengandungi gula yang tinggi. Kerana hakikatnya Koko Asli tidak semanis air coklat yang telah diproses
+ Mungkin OK untuk orang dewasa, tidak ok untuk anak-anak kecil.
BERINGATLAH
+ Elok makanan yang anda beri, maka eloklah perkembangan tubuh dan minda mereka
+ Tak elok makanan yang anda beri, meranalah mereka
Apa yang mereka makan mempengaruhi diri mereka
+ Jangan tanya kenapa anak-anak anda susah masuk belajar
+ Malas
+ Degil
+ Hiperaktif
Badan risiko
+ Gemuk
+ Kencing manis
+ atau lain-lain penyakit di usia muda
Tepuk dada, tanya diri sendiri makanan apa yang anda beri pada mereka sejak kecil. Jagalah kesihatan mereka semasa kecil ni. Kesian anak bila dah bersekolah nanti badan dah obes, belajar pun susah masuk, degil, takut2 dibahan..hurm..
Jiran-jiran, mak pak sedara, atau sapa2 yang baca tolonglah JANGAN BAGI ANAK-ANAK KAMI atau ANAK ORANG LAIN gula-gula, jajan apa benda tu semua. Kami nak tolak tak sampai ati. Huhu
Sumber: Ibu Bapa Prihatin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.