Self esteem setiap anak ini asalnya normal. Namun dia boleh jadi rendah apabila kita sebagai orang tua yang duduk di sekelilingnya gagal membangunkan dirinya.
“Jangan panjat, nanti jatuh.”
“Jangan lari-lari.”
Jangan keluar.”
“Jangan macam itu, jangan macam ini.”
Jangan… jangan… jangan… yang akhirnya kebolehan anak terbantut dan keyakinan dirinya rendah.
Ads
Akibatnya si anak akan selalu sebut, “abang tak pandai… abang tak tahu nak buat… susahlah.”
Solusinya latih anak dengan diberikan tugasan mudah yang mereka boleh bebas lakukan.
Ads
Misalnya, “ikan laga ini abah belikan untuk along, along jaga ye… bagi makan dan hiaskan ‘rumahnya’ ye.”
“Along teman abah pergi kedai jom. Nanti along tolong abah bayarkan ye.”
Beri mereka galakan dan sokongan. Jangan ditegah dan dihalang. Dan satu lagi, adakala gurauan kita yang suka menyakat anak kecil ini jangan sampai ‘berlebih-lebih’.
Ads
“Saja nak sakat. Nak tengok dia nangis dengan marah. Comel.”
Hati-hati ye. Kita sedang membentuk karakter pembuli dan amarah dalam dirinya. dan mungkin sedang membunuh semangatnya sehingga menjadi rendah diri kerana selalu dipermainkan dengan gurauan yang tidak sesuai dengan usianya. Anak-anak emosinya berbeza dengan kita. Lebih halus dan tenang.
Jadi jangan sebarang-sebarang dan langgar saja. Apatah lagi membentak dan memukul sesuka hati kita.
Ingat, anak-anak adalah anugerah dan amanah yang mesti dididk memgikut acuan Allah. Bukan mengikut acuan selera tekak kita.
Sayang anak biarkan telefon buat sementara waktu. Rasa macam berat kan tapi ada sebab anda perlu tahu.
Seperti dalam situasi yang biasa berlaku antara si anak dan ayah.
“Ayah, kenapa ayah suka tengok telefon?” Tanya Khadijah pada saya satu hari.
“Allah, astaghfirullahaladzim” saya hanya mampu beristighfar di dalam hati. Apa yang telah aku lakukan selama ini hingga anak sendiri sudah nampak betapa obsesnya saya terhadap skrin telefon.
Saya tidak mempunyai jawapan terhadap soalan tersebut. Hanya mampu tersenyum dan mengangkat kedua-dua bahu.
Soalan Khadijah hari ini benar-benar satu ‘wake up call’ kepada diri sendiri.
Sejak hari itu, saya cuba mengawal penggunaan telefon di hadapan anak-anak.
Bagi yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, terlalu banyak melihat skrin telefon pintar bukan sahaja akan memudaratkan diri, tapi akan merosakkan hubungan dengan anak-anak. Berikut adalah sebab mengapa setiap ayah dan ibu WAJIB menyimpan telefon pintar dan memberi sepenuh tumpuan kepada anak-anak ketika bersama dengan mereka:
Seorang penyelidik bernama Steiner-Adair telah menjalankan satu kajian terhadap 1000 orang kanak-kanak yang berusia antara 4-18 tahun. Kajian ini adalah berkenaan dengan pandangan mereka terhadap penggunaan telefon pintar oleh ibu bapa mereka.
Hasil dari kajian tersebut, Steiner-Adair menyatakan bahawa penggunaan telefon pintar secara berlebihan oleh ibu bapa ketika bersama dengan anak-anak akan memberi mesej kepada anak-anak bahawa ibu bapa tidak berminat dengan mereka.
Antara perkataan yang sering keluar dari mulut anak-anak ketika memberi pendapat terhadap penggunaan telefon pintar oleh ibu bapa mereka adalah “marah, sedih, sunyi, bosan dan telefon bodoh.” Sesetengah anak-anak sanggup melemparkan telefon ayah dan ibu mereka dengan sengaja ke dinding, malahan ada yang mencampakkannya ke dalam lubang tandas!
Menurut Dr Jenny Radesky, seorang penyelidik dalam bidang pembangunan kanak-kanak, penggunaan telefon pintar oleh ibu bapa di hadapan anak-anak berpotensi untuk menyebabkan anak-anak sentiasa meragam untuk meminta perhatian. Dalam sebuah tinjauan yang dilakukan oleh beliau, didapati bahawa anak-anak yang ibu bapanya terlalu asyik menggunakan telefon pintar sentiasa meragam berbanding ibu bapa yang banyak berinteraksi dengan anak-anaknya secara ‘face to face’.
Anak-anak belajar dari ibu bapa bagaimana untuk berinteraksi dengan orang lain. Mereka belajar melalui mimik muka, melalui bagaimana ibu bapa mereka berbual-bual dan melalui bahasa yang digunakan oleh ibu bapa mereka ketika bersosial. Jika perkara ini tidak berlaku kerana ibu bapa sering melekat di skrin, anak-anak tidak ada ‘role model’ dalam mempelajari kaedah untuk berinteraksi secara fizikal, sekaligus merencatkan perkembangan dan mungkin akan menyebabkan mereka membesar menjadi seorang yang suka menyendiri.
Tiga sebab di atas adalah sebab mengapa ibu bapa perlu cuba sedaya upaya untuk tidak menggunakan telefon pintar ketika bersama dengan anak-anak. Bayangkan bagaimana perasaan anak-anak ketika mereka sedang bercerita dengan kita dengan penuh perasaan tentang perkara penting yang berlaku di sekolah, kita hanya mendengar acuh tak acuh sambil sibuk menjawab mesej dari Whatsapp dan Telegram.
Justeru itu, jangan marahkan anak-anak bila mereka membesar dan sering buat acuh tak acuh terhadap arahan ibu bapa, perkara ini telah dipelajarinya lama dari ayah dan ibunya yang sentiasa meletakkannya nombor dua di belakang telefon pintar.
Sumber: Hisham Sharif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap petang si kecil ajak ke taman. Jangan malas melayan anak walaupun nampak remeh main di taman tapi impaknya penting untuk perkembangan otak dan kemahiran motor kasar si manja anda.
Selain menjadi satu cara ‘bonding’antara ibu ayah dan anak, aktiviti bermain di taman permainan mempunyai impak besar kepada perkembangan otak dan kemahiran motor kasar anak yang sangat penting untuk pembelajarannya bila sudah masuk sekolah nanti.
Walaupun anda nampak aktiviti bermain mereka seperti memanjat gelungsor, bergayut di ‘monkey bar”, memanjat tali dan sebagainya seperti tiada apa-apa kepentingan tetapi hakikatnya ia bagus untuk anak kecil belajar banyak kemahiran motor kasar selain daripada kemahiran bersosial dengan kawan-kawan.
Menurut Puan Mahfuzah Zainol, Terapis Cara Kerja atau Occupational Therapist, ibu bapa mestilah rajin membawa dan melayan anak bermain di taman permainan sebagai salah satu cara mereka belajar.
Selalin dari itu aktiviti di taman juga membantu merangsang otot bahu anak. Aktiviti rangsangan otot bahu merupakan aktiviti intervensi yang dilakukan oleh terapis carakerja dalam meningkatkan kemahiran motor kasar.
Sebenarnya kekuatan otot pada bahagian bahu amat penting untuk aktiviti-aktiviti kehidupan harian lebih-lebih lagi dalam aktiviti pembelajaran.
Banyak sebenarnya faedah daripada aktiviti kemahiran motor kasar di taman permainan.
Kadang-kadang nampak macam remeh je bergayut-gayut atau memanjat jaring-jaring tu, tapi impaknya dalam pemprosesan otak dan kemahiran sangat besar!
Bermainlah!
Aktiviti-aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti rangsangan sensori propriception secara tidak langsung.
Contohnya, memanjat, secara tidak langsung compression of joints dilakukan semasa bermain!
Aktiviti rangsangan otot pada bahu boleh memberi impak dalam pegangan pensel yang baik dan kemahiran persepsi visual yang berkesan.
6 aktiviti rangsangan otot bahu di taman permainan
Berikan perhatian kepada batuk anak berpanjangan tak sembuh-sembuh, dada berombak dan mencungap. Bimbang ia batuk serius dan kronik. Periksa 8 tanda ini!
Bila anak batuk, ibu bapa tentu susah hati. Apatah lagi jika batuk yang berpanjangan. Menurut Dr Mohamad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik SALAM Shah Alam Specialist Hospital mengenai keadaan ini.
Batuk ialah keadaan yang berlaku apabila terdapat masalah atau gangguan pernafasan. Demam selesema adalah antara punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Batuk juga boleh disebabkan oleh punca lain seperti jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong, alahan, asma, batuk kokol, jangkitan sinus dan batuk kering.
Namun, batuk yang tidak kronik akan sembuh. Anda perlu tahu bahawa batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Ia dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru.
Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan. Adalah normal jika anak anda mengalami batuk sebanyak enam hingga tujuh kali setahun.
Apabila anak anda batuk, apa yang akan disoal doktor ialah sejarah keluarga kepada penyakit asma, pertusis dan sebagainya. Doktor juga akan bertanya mengenai persekitaran yang didedahkan kepada si manja setiap hari seperti taska, pusat penjagaan harian atau kediaman pengasuh.
CIRI BATUK SERIUS
Terdapat beberapa situasi ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan iaitu jika mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah, demam, batuk dan selesema.
BEZA JENIS BATUK
1.ASMA
Batuk yang dialami disebabkan oleh serangan asma selalunya berlaku semasa demam. Batuk kerana asma akan berlarutan dan seringkali berulang. Pesakit akan mengalami batuk apabila terdedah kepada suhu sejuk, pada waktu malam, emosi menangis dan ketika melakukan aktiviti lasak.
2.JANGKITAN KUMAN
Sekiranya anak yang batuk mengalami nafas berdehit atau berbunyi, batuk tersebut berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan kuman pada organ pernafasan bawah (lower respiratory infection) seperti pneumonia, bronkitis dan broncholitis.
3. PERTUSIS
Pertusis atau whooping cough juga dikenali dengan nama batuk kokol. Ia dinamakan sempena bunyi batuk yang kuat “kong, kong, kong”. Batuk kerana pertusis ini tidak mengeluarkan kahak dan ia kering sehingga menyakitkan tekak.
Ujian darah akan dilakukan ke atas si manja untuk menentukan infeksi yang kronik. Jika ibu bapa menghadapi kemusykilan dan buntu anak mengalami batukterlalu lama dan tidak kunjung reda, bawa mereka mendapatkan pemeriksaan pakar pediatrik dengan segera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...