Jangan berhenti memeluk anak-anak baik lelaki atau perempuan. Walaupun anak dah makin membesar pelukan itu juga mampu beri rasa selamat, ketenangan dan meredakan tekanan.
Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak. Apabila anak-anak mengalami ‘temper tantrum’ atau tekanan, anak menghadapi masalah dengan regulasi emosi. Pelukan mengurangkan hormon stres (cortisol) dan menaikkan hormon kasih sayang (oxytoxin) yang meredakan emosi.
Ads
Bukan itu sahaja, pelukan anak-anak juga dapat meredakan tekanan yang sedang dialami ayah dan ibu.
Jika dari kecil diamalkan, tidak ada sesiapa yang akan merasa kekok. Jika baru hendak bermula, teruskanlah, tidak ada salahnya. Tidak haram bagi ibu memeluk anak lelaki dan tidak haram bagi ayah untuk memeluk anak perempuan.
Jika ada yang melarang ayah dari memeluk anak perempuan dan sebaliknya, itu bermakna orang yang melarang itu mungkin pernah mengalami pengalaman yang tidak elok dengan ayahnya atau dengan lelaki dewasa rapat dalam keluarganya. Oleh itu nasihat tersebut tidak releven untuk keluarga normal dan harmoni seperti keluarga anda.
Ads
Peluklah anak lelaki dan anak perempuan anda. Itulah cara termudah dan termurah untuk membina ‘connection’ pada zaman di mana kita sering sibuk terkejar-kejar masa.
Ibu ini melakukan homeschooling kerana suka dan passion! Dia membiar anak meneroka sebelum ke tadika dengan cara yang menyeronokkan. Langsung tak menyangka ia dapat membantu orang lain. Ini satu kisah yang menginspirasikan!
Faizatul Akma Fauzi menyifatkan aktiviti yang dilakukan bersama dengan anak, Siddiq Mikhail Bin Saufi ialah satu aktviti yang menyeronokkan (fun learning activity).
RAMAI YANG SALAH FAHAM TUJUAN HOMESCHOOL
Ibu yang meluangkan masa bersama anak untuk melakukan aktiviti homeschooling menyifatkan ramai yang salah faham tentang tujuan homeschool yang sebenarnya.
“Ramai salah faham tujuan homeschool ini. Saya masih akan hantar anak ke tadika pada masa akan datang tetapi untuk permulaan, saya mulakan pembelajaran di rumah dahulu.
“Saya buat homeschooling kerana saya ada ‘passion’ nak tengok anak saya mempelajari sesuatu ilmu dan explore persekitaran fun learning sebelum ke tadika.
KONGSI PENGALAMAN & AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN BERSAMA ANAK
Ibu ini mengakui yang dia masih baru dalam komuniti homeschooling tap tidak mahu ketinggalan berkongsi aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama Siddiq. Aktiviti tidak terhad dilakukan di rumah, malah ada yang boleh dilakukan di luar rumah.
“Saya masih baru dalam ‘homeschooling community’ tetapi saya ingin berkongsi pengalaman dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama di rumah dan juga di luar(contohnya apabila keluar makan, traveling),” kata Faizatul.
BAHAN TAK SEMESTINYA MAHAL
Mungkin ramai yang beranggapan bahan yang digunakan Faizatul melibatkan kos yang tinggu. Dia menjelaskan yang bahan-bahan yang diperlukan tidak semestinya mahal,dan dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.
Ibu bapa boleh mempelbagai aktiviti menggunakan bahan yang ada untuk anak-anak. Tidak semestinya perlu membeli yang baru.
DAPAT MEMBANTU ORANG LAIN
Ibu muda ini juga turut berkongsi kisah-kisah yang diperolehi dari kenalan-kenalan. Setap aktiviti yang dilakukan bersama Siddiq tidak disangka-sangka boleh memberikan kesan positif kepada ibu-ibu lain. Anak-anak kecil kenalannya dapat berpisah dengan gajet dan tantrum dapat dikawal adalah berita gembira buat ibu ini.
“Saya mendapat positive feedbacks daripada kenalan di mana ada anak mereka tidak boleh berpisah dengan gajet, tv, tantrum apabila tidak diberikan sesuatu yang mereka mahu. Mereka mengambil langkah untuk melakukan aktiviti-aktiviti homeschool bersama anak mereka.
RENGGANGKAN DENGAN GAJET & KENALAN SELURUH DUNIA
Faizatul mengakui menerima mesej-mesej yang menyatakan penghargaan kepadanya. Melalui aktiviti homeschooling dengan Siddiq juga dia memperolehi rakan-rakan di seluruh dunia.
“Hasilnya, ada yang mesej saya berterima kasih untuk kesedaran ini kerana anak mereka sudah boleh berenggang dengan gadjet, tv. Saya juga mendapat kenalan di serata dunia di mana ibu-bapa yang lain turut berkongsi idea-idea yang menarik untuk sesi ‘bonding’ dan belajar sambil bermain.
Bila kita sibuk, tiba-tiba anak nak macam-macam. Apa nak buat? Selalunya kita akan cakap nantilah, ibu ada kerja nak buat. Tak pun tanpa kita sedar terus tinggikan suara pada anak.
Akhir sekali bila ibu bapa dah bagi amaran macam tu, anak terus bawa diri dan memendam perasaan mereka. Masa dengan anak berlalu begitu saja hinggalah kita tak sedar kesilapan kita.
Perkongsian dari Team Ibu Rose yang membincangkan mengenai ilmu keibubapaan dan kekeluargaan ini ada benarnya dan banyak berlaku pada kalangan ibu bapa hari ini.
‘Ibu..tadi kan masa kat sekolah, Damiya kata Aqilah comel.’
Sambil mata si ibu masih di smartphone, mulut mengiyakan perkhabaran anaknya. ‘ Betullah tu Aqilah.’
‘Ibu..dengarlah sini, Aqilah kata, tadi masa kat sekolah, Damiya kata Aqilah comel.’..dah semacam suara anak tu.
Dari asalnya happy, nampak macam dah berubah kepada marah..ala ala nak merajuk..
‘Malaslah cakap ngan Ibu ni. Asyik sibuk je.’..
Alamak..anak aku dah merajuklah.
Emm…lantaklah..kejap je tu. Nanti cari aku jugak. Getus hati si ibu ni.
Cam biasa je lalui situasi cam ni kan? Haha…ala..anda tak kesorangan..saya pun macam tu dulu.
Anak kita ni, macam yang biasa kita tahu dan faham, sebenarnya perlukan perhatian kita je. Ala…pernah tak masa kita punyalah sibuk, berkecah kat dapur..tetiba anak kita datang, tanya macam-macam benda, mintak macam-macam benda…
Dulu-dulu saya selalu bagi ayat gini, “Eh, ibu sibuk ni. Gi main kat depan.” “Ish…budak ni..kita dahla sibuk. Time nilah nak macam-macam. Dah la gi main dengan abang. Jangan kacau ibu.” “Cubit kang. Tak nampak ke ibu sibuk ni?”
Alamak aih..siannya anak den.
Tapi, itu dulu.
Lepas dah belajar ilmu parenting, menuntut ilmu dengan Ibu Rose, oh..barulah tau. Mudah je sebenarnya nak handle situasi ni.
Tulah, pentingnya belajo.. Tak gitu?
Meh, saya share sikit apa yang saya buat, ikut Ilmu yang Ibu Rose ajarkan.
Let say, anak datang kat kita masa kita sibuk..Apa nak buat? Klu : 5 love languages..penuhi bahasa cinta semaksimum mungkin
Ingat tak yang Ibu Rose selalu sebut-sebut pasal bahasa cinta ni. Ala..yang ada 5 tu. 1. Sentuhan 2. Perkataan yang mengesahkan 3. Khidmat 4. Hadiah 5. Masa berkualiti
Guna konsep 5 bahasa cinta
Melutut, Sentuh bahu anak Pandang ke dalam anak matanya dengan penuh kasih Senyum Lapkan peluh yang mengalir di wajahnya Tanyakan lembut, apa yang dia mahu. Cuba penuhi segera sebaiknya kalau mampu. Kalau tak mampu penuhi permintaannya, berkatalah dengan lembut, “Sayang, Ibu nakkk sangat penuhi permintaan sayang. Tapi, sekarang Ibu sangat sibuk. Ibu sayangkn sayang. Boleh tak bagi ibu masa dalam 20minit lagi. Ibu siapkan kerja-kerja ibu ni dulu, lepas tu ibu tolong sayang. Bolehkan.” Kemudian, peluk n cium sikit dahi anak tu. Nak best lagi, to up dengan Doa yang Rasulullah bacakan ketika Ibnu Abbas masih kecil.
Percayalah, anak akan sangat bertimbang rasa, bila kita nyatakan dengan penuh berhemah dan kasih.
Siapa pernah praktik cara begini atau lebih kurang begini? Apa feedback anak? Cer kongsi.
Lahawlawaquwwataillabillah..kita hanya mampu usahakan, hasil? Biar Maha Pemegang Hati yang lakukannya. Jangan buat kerja Dia. Boleh kan..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa menyusukan bayi baru lahir, anda mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh menyebabkan anda stres dan kadangkala mengalami kemurungan. Sesetengah ibu bimbang jika hal ini akan mengurangkan penghasilan susu badan mereka. Namun, adakah benar stres boleh menjejaskan penghasilan susu ibu? Apa pendapat sains mengenai perkara ini?
Adakah stres mengurangkan susu badan saya?
Jawapannya adalah tidak. Stres tidak akan mengurangkan penghasilan susu badan atau sebagainya. Bagaimanapun, penghasilan susu badan anda pada sesetengah waktu akan berkurangan, contohnya seperti apabila anda bersalin secara pembedahan, atau bayi anda lahir pramatang. Pun begitu, susu badan anda masih mencukupi untuk bayi. Cuma, keadaan ini memerlukan masa dan usaha anda bagi melancarkan penyusuan susu ibu.
Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan stres?
Berikut terdapat beberapa cara untuk membantu anda relaks:
Pertama, cari tempat yang membuatkan anda rasa selesa untuk menyusukan bayi (atau memerah susu). Sebaik-baiknya, carilah tempat yang bebas daripada gangguan. Cuba untuk berehat semaksima mungkin sebelum menyusukan bayi atau memerah susu.
Semasa melakukan proses ini, anda boleh mendengar lagu kegemaran anda, menarik nafas dalam-dalam, berzikir, atau anda boleh meletakkan bauan yang menenangkan dan melakukan perkara yang anda sukai. Sebelum menyusukan bayi, anda boleh membongkokkan pinggang supaya payudara anda dalam keadaan tergantung, dan berada dalam posisi ini beberapa ketika. Ataupun, anda boleh menggerakkan bahu ke belakang dan ke hadapan bagi menggoncangkan payudara anda. Posisi sebegini amat membantu para ibu melegakan tekanan pada leher dan bahu, sekali gus membantu melancarkan penghasilan susu.
Di samping itu, cubalah untuk selalu bersama dengan bayi anda supaya kedua-dua anda dan bayi ‘berasa dekat’ dan berkongsi hubungan emosi. Jika anda tidak bersama dengan bayi (seperti ibu berkerjaya), anda boleh melihat gambar atau video si manja anda semasa memerah susu. Cara ini dapat membantu anda menghasilkan susu badan dengan lancar. Semasa menyusukan bayi pula, sesetengah ibu akan menghirup air bagi melegakan tekanan. Ini salah satu tindak balas lazim yang ibu sering lakukan semasa penyusuan.
Sesetengah ibu juga lebih gemar menyusukan bayi mereka semasa mereka mandi bersama. Cara ini dikatakan dapat membantu melegakan tekanan pada otot anda, sekali gus, merangsang aliran susu badan.
Kesimpulannya, stres tidak mempengaruhi penghasilan susu ibu, seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Walau bagaimanapun, pastikan anda sentiasa positif dan bebas-stres bagi mencipta persekitaran yang sihat untuk anda dan bayi. Jika anda berasa murung, cara terbaik adalah bercakap dengan ahli terapi atau doktor.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.