Hanya 12 tahun pertama kehidupan yang ada untuk kita luangkan masa untuk anak. Tambahan pula jika anak sulung, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi

Anak sulung, anak pertama yang menjadikan anda sebagai ayah dan ibu. Banyak yang dipelajari selepas kelahirannya dan kemudian barulah lahir zuriat kedua, ketiga dan seterusnya.

Anak sulung menjadi harapan keluarga. Adakalanya anak sulung diberikan pelbagai tugas atas nawaitu tidak lain dari untuk melatihnya berdikari dan membantu keluarga.

Penceritaan daripada kaunselor yang juga seorang bapa ini sedikit sebanyak menyedarkan. Peluk cium dan merapati anak sulung sering kali terlupakan. Sama sekali tiada niat untuk mengabaikan tetapi kesibukan dan jadual harian ibu bapa yang padat, komitmen tinggi kepada anak yang lebih kecil kadangkala terlupa untuk menyelitkan waktu untuk permata hati yang pertama.

“Kita Hanya Ada 12 Tahun.” Peluk & Rapatilah Anak Sulung, Jangan Biar Jiwanya Terbeban

ANAK SULUNG ADAKALA TERBEBAN, SERING DIMARAH

Balik dari sekolah jam 11 malam tadi, anak-anak semua dah terbungkang dalam bilik saya. Tak ada tempat dah untuk saya baring. Jadi saya fikir, biar saya saja tidur di bilik anak-anak.

Tiba-tiba anak sulung saya terjaga. Katanya, biarlah dia yang tidur di bilik sendiri. Dikejut adik-adiknya yang lain sebagai peneman, tapi tak ada pula yang jaga.

Kesudahannya sayalah yang tidur dengan anak sulung di biliknya. Lebih-lebih lagi, jarang sekali peluang sebegini tiba. Inilah masanya.

Jujur, saya dengan anak sulung kerap tidak sefahaman. Banyak yang dia tidak setuju dengan tindakan saya.

Saya tidak benarkan dia menggunakan telefon semasa hari sekolah. Saya paksa dia belajar walaupun selepas habis kelas tambahan. Saya minta dia bantu kemas rumah. Semua itu membuatkan dia rasa terbeban dan marah.

“Kita Hanya Ada 12 Tahun.” Peluk & Rapatilah Anak Sulung, Jangan Biar Jiwanya Terbeban

IKLAN

AMBIL PELUANG PELUK ANAK & LUAHKAN SEGALANYA

Akhirnya, malam ini, saya rungkai semuanya. Saya usap pipi dia. Saya peluk dia. Kemudian saya luahkan segalanya. Ya, segalanya. Sampai bab seksual pun saya sentuh.

Fuhhh. Terasa lega betul.

Seronok bila dapat menukar sistem kepercayaan dia, daripada apa yang dia rasa dia nak buat kepada apa yang sepatutnya dia perlu buat.

Kemudian, dapat menanam kefahaman, the big why, kenapa dia perlu lalui semua ini, sedangkan rakan-rakannya yang lain lepas bebas kerana memiliki ibu bapa yang sporting.

“Kita Hanya Ada 12 Tahun.” Peluk & Rapatilah Anak Sulung, Jangan Biar Jiwanya Terbeban

SETIAP BAPA PERLU ADA MASA BEGINI

Saya fikir, setiap bapa perlu masa begini dengan anak-anak. Duduk berbual. Tanyakan apa cita-cita mereka. Perancangan masa depan. Ke mana mahu pergi selepas UPSR. Bicara tentang ilmu seksual seperti baligh, air mani, mandi wajib dan sebagainya.

IKLAN

Tak perlu masa spesifik dan tak perlu juga dalam bentuk formal. Masa hantar anak ke sekolah juga boleh digunakan.

SEBELUM TIDUR AMBIL PELUANG PELUK,USAP PIPI & KEPALA

Tapi, berdasarkan apa yang saya rasa, waktu terbaik ialah sebelum mereka tidur.

Kita boleh peluk dia, usap pipi dia, gosok kepala dia. Kemudian tutup dengan baca doa tidur sama-sama dan dua ciuman di pipi kiri dan kanan. Bahagianya.

“Kita Hanya Ada 12 Tahun.” Peluk & Rapatilah Anak Sulung, Jangan Biar Jiwanya Terbeban

ANAK JADI MILIK KITA 12 TAHUN SAHAJA

Kawan-kawan sekalian.

Anak-anak ni menjadi milik kita sehingga usia 12 tahun saja. Nak pukul, nak jentik, nak marah sampai umur itu saja.

IKLAN

Lepas 12 tahun mereka sudah melangkah ke alam remaja. Ada ego dan kehendak mereka sendiri. Salah cara, mereka akan memberontak, melawan silap-silap lari dari rumah. Nauzubillah.

Kalau anak duduk asrama, lagilah. Boleh dikatakan, masa bersama keluarga sudah makin kurang. Balik hujung minggu pun banyak dihabiskan dengan tidur. Bila bangun, keluar jumpa kawan. Bila masa bersama dengan kita? Sudah makin kurang.

“Kita Hanya Ada 12 Tahun.” Peluk & Rapatilah Anak Sulung, Jangan Biar Jiwanya Terbeban

KALAU ANAK PEREMPUAN MASA LAGI TERHAD

Kalau anak perempuan, lagi terhad. Macam mana bebas pun anak lelaki, sampai satu masa, dia akan pulang mencari ibu bapanya.

Tapi, bagi anak perempuan, berbeza. Saat ijab dan kabul dilafazkan, ranking ketaatan kepada ibu bapa sudah jatuh ke tempat kedua. Nak balik kepada ibu bapa sendiri pun perlu izin suami.

“Kita Hanya Ada 12 Tahun.” Peluk & Rapatilah Anak Sulung, Jangan Biar Jiwanya Terbeban

JANGAN TERLEPAS MOMEN INDAH KERANA KELALAIAN KITA

Jadi, kesempatan yang ada rebutlah peluang dengan anak-anak kita. Bina kenangan manis sebanyak mungkin. Agar, kita tidak terlepas momen indah bersama mereka akibat kelalaian kita.

“Kita Hanya Ada 12 Tahun.” Peluk & Rapatilah Anak Sulung, Jangan Biar Jiwanya Terbeban

Sumber: Abdul Muiez Mohammad Ruslee

Artikel berkaitan: Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu? Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI