Afwa Menyambut Ulang Tahun Kelahirannya yang Ke-4! 

“Jangan Lupa Doakan Ayah Ibu Bila Kami Tiada” Ucapan ‘Deep’ Tokti Untuk Birthday Afwa

Ulang tahun kelahiran anakanda tercinta, Muhammad Afwa, disambut penuh syukur dan haru oleh ibunya yang juga penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti. Dalam satu video menyentuh hati yang dikongsikan di TikTok, Tokti memuat naik rakaman Afwa sedang mengimamkan solat bersama rakan-rakannya.

Namun yang lebih menyentuh hati ramai adalah kapsyen panjang dan penuh doa yang ditulis oleh TokTi di laman Tiktok beliau sendiri.

Sannah helwah anakku intan payung.. Bertambah usia Afwa , ibu doakan anak ibu Afwa ,Allah swt kurniakan iman yang tinggi , setiap hari tumbuh menjadi anak yang soleh, bijak dalam setiap tindakan dan pertuturan, fasih membaca Al Quran dan di jaga Allah swt sentiasa ketika ibu tiada disisi..

Ads

Di sayangi seluruh makhluk Allah di langit dan bumi, di takdirkan kehidupanmu dengan takdir yang baik, sentiasa beradab, di ilhamkan dengan ilham yang luarbiasa .. Jauhkan dari segala keburukan dunia serta Akhirat ..

Dewasa kelak menjadi pemimpin yang baik dalam kerjaya & kehidupan..Bermanafaat kepada manusia lain dan menjaga serta berbakti dengan ayah ibu bila kami sudah tua . Jangan lupa sentiasa doakan Ayah Ibu bila kami sudah tiada .. Aamin ya rabb..

“Jangan Lupa Doakan Ayah Ibu Bila Kami Tiada” Ucapan ‘Deep’ Tokti Untuk Birthday Afwa
foto kredit @ctdk

Ia juga menjadi tanda bahawa didikan awal terhadap solat bukan sahaja mungkin, malah sangat digalakkan dalam Islam. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:

Ads

“Perintahkanlah anak-anak kamu untuk solat ketika mereka berusia tujuh tahun…”
— (Hadis riwayat Abu Daud)

Namun, ramai pakar perkembangan anak mencadangkan agar latihan solat boleh dimulakan lebih awal lagi, melalui pendekatan yang bersifat santai, menyeronokkan dan penuh kasih sayang.

“Jangan Lupa Doakan Ayah Ibu Bila Kami Tiada” Ucapan ‘Deep’ Tokti Untuk Birthday Afwa

5 Cara Mendidik Anak Solat Dari Kecil

Berikut ialah beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menjadikan solat sebahagian daripada rutin hidup anak-anak:

1. Mulakan dengan Contoh

Anak-anak belajar paling cepat dengan memerhati dan meniru. Bila mereka lihat ibu ayah solat setiap hari, mereka akan mula “bermain solat” di sebelah kita. Inilah asas pertama yang penting.

Ads

2. Solat Berjemaah Bersama Anak

Jadikan waktu solat sebagai aktiviti keluarga. Ajak anak berdiri di saf, walaupun mereka hanya ikut dari segi pergerakan. Berikan mereka pujian setiap kali selesai.

3. Gunakan Bahasa Positif

Hindari paksaan atau herdikan. Gunakan ungkapan seperti:

“Wah, Allah suka bila adik solat,”
“Syurga tunggu anak soleh macam ni.”
Anak-anak akan lebih semangat bila dihargai.

4. Sediakan Ruang Solat Khas

Hias ruang kecil dengan sejadah comel, kopiah, atau telekung mini. Bila mereka rasa itu ‘ruang mereka’, semangat untuk solat akan lebih tinggi.

5. Gunakan Cerita, Lagu dan Video Interaktif

Gunakan medium visual untuk menceritakan kisah Nabi, keindahan syurga, dan kepentingan solat. Banyak kartun Islamik yang kini sangat efektif untuk pendidikan rohani anak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI