Musim anak-anak dilanda demam, batuk dan selesema tentu sahaja membuatkan ibu mula rasa cabarannya ketika memberikan anak ubat. Pun begitu, jangan main bagi sahaja anak ubat, sebaliknya dapatkanlah saranan dan sukatan yang tepat dari doktor.
Walaupun membeli ubat dari farmasi, perlu dapatkan saranan dan jumlah kuantiti yang tepat mengikut berat dan waktu sesuai agar tidak memudaratkan anak kecil kita. Ini yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari di Instagramnya.
Ini panduan untuk mak ayah, jangan tersalah dos ubat anak!
SALAH DOS UBAT ANAK?
Ramai anak-anak sakit pula sekarang ni. Biasalah dah anak ke sekolah. Lepas tu ada kawan dia kat sekolah sakit, anak pun dijangkiti dan bawa balik pula ke rumah.
Ayra dan Aysha pun tak terlepas. Dua-dua ada selesema dan batuk-batuk. Jadi kenalah kasi ubat untuk minum.
Ubat boleh dapatkan dari doktor atau farmasi sahaja kalau gejala tak serius. Boleh suap sendiri ubat kepada anak. Tapi, AMAT PENTING untuk ibu bapa mengetahui info-info ini mengenai ubat anak tu:
Ads
✅ KETAHUI DOS UBAT. Kebanyakan dos ubat untuk anak-anak diberi mengikut umur (rujuk label ubat). Tapi untuk dos paling tepat, kena kira berdasarkan berat anak (rujuk doktor/ahli farmasi).
✅ Beri ubat MENGIKUT DURASI yang ditetapkan. Bukannya agak-agak je kasi.
✅ UKUR DOS UBAT DENGAN BETUL menggunakan picagari (syringe) atau cawan pengukur. Jangan agak-agak pula guna sudu besar atau kecil. Kalau tiada picagarai/cawan pengukur, dapatkanlah.
✅ BERBINCANG DENGAN AHLI FARMASI kalau beli ubat sendiri kat farmasi dan tak faham arahan label. Jangan main beri je ubat tu kepada anak.
Ads
✅ SIMPAN ubat-ubat di tempat selamat dari jangkauan anak-anak.
Amat penting untuk memberi anak dos ubat yang betul dan secukupnya. Kalau dos terkurang atau terlebih, dikhuatiri akan memudaratkan lagi kesihatan anak.
Ayra haritu kena masuk hospital sebab dia tak nak makan ubat antibiotik. Terpaksalah beri ubat IV di hospital.
Untuk Aysha pula, kitorang masukkan ubat ke dalam susu je kat rumah pastu dia minum. Senang. Alhamdulillah kedua-dua mereka dah sembuh sepenuhnya.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ancaman wabak COVID-19 tidak mengenal mangsanya. Walaupun warga emas dikatakan antara golongan berisiko tetapi jika keadaan ini tak diambil serius ia boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira orang tua, muda atau golongan kanak-kanak.
Memandangkan angka kematian semakin meningkat dan jumlah kes baru sentiasa ada, rakyat seharusnya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan ikut arahan dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa.
Bayangkan yang kita ini masih lagi selamat pun sentiasa terdetik rasa risau, apa pula perasaan ahli keluarga pesakit COVID yang semestinya lagi bertambah risau dengan wabak ini.
Itu juga yang dirasai oleh seorang kanak-kanak lelaki disyaki positif COVID dan terpaksa meninggalkan keluarga untuk menjalani proses kuarantin buat sementara waktu.
Ikut ayah pergi kursus urus jenazah
Berdasarkan perkongsian yang telah tular di Facebook, dikatakan kanak-kanak terbabit bersama bapanya telah mengikuti kursus pengurusan jenazah.
Bagaimanapun, salah seorang peserta yang mengikuti kursus tersebut merupakan ahli ijtimak tabligh yang positif Covid-19. Maka, daripada situlah jangkitan tersebut dapat dikesan.
Terpaksa berpisah dengan ibu ayah
Namun yang buatkan ramai sedih, nampaknya kanak-kanak itu terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan ahli keluarga lain dalam tempoh beberapa minggu.
Setelah tular gambar kanak-kanak lelaki tersebut, orang ramai terus mendokan semoga tiada apa-apa yang serius berlaku dan berharap anak kecil ini bebas dari wabak ini secepat mungkin. Harap ada berita baik untuknya.
Ya Allah, Sembuhkanlah adik ini dengan segera. Perkenankan doa kami Ya Allah, Engkaulah Maha Penyembuh.
Siapa Sofizah Hj Mousin, Johan Qariah Tilawah Al Quran Antarabangsa berusia 33 tahun ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan sekarang bekerja sebagai seorang Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya.
Walaupun beliau mengajar dalam subjek Geografi dan bukannya pendidikan Islam, tetapi kecintaan pada Al Quran ini menebal sejak di usia remaja lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, semasa sekolah menengah beliau mula mempelajari taranum Quran dalam kelas kemahiran Al Quran. Keluarganya juga memberi support yang kuat kepada Sofizah untuk terus belajar.
“Biasanya saya buat latihan taranum dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari, ” bagitahu Sofizah Mousin.
Walaupun kesibukan sebagai seorang guru dan ibu, beliau manfaatkan waktu memandu dengan mengaji. Bayangkanlah setiap kali dalam kenderaan, wanita ini akan alunkan bacaan Al Quran. Anak-anak layan je.
Selain latihan insentif kendiri di dalam kenderaan, Sofizah juga berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali dan Ustaz Yahya Haji Daud.
Johan dengan markah 89.66 meninggalkan Singapura di tangga kedua dan Indonesia di tangga ketiga.
Bila ditanya apa tips dalam taranum ni, Sofizah beritahu, “Cintai Al Quran, sentiasa jadikan Al Quran itu sebagai kitab panduan utama. Percaya bahawa setiap huruf yang kita baca itu, Allah kurniakan pahala. Allah juga akan kurniakan ketenangan dalam kehidupan…“
Tanyalah wanita mana sahaja yang bersalin pastinya akan mengatakan ia satu pengalaman yang luar biasa. Bagi yang pertama kali tentunya ia satu benda baru untuk dilalui, apatah lagi dalam usia yang masih muda.
Kontraksi, meneran untuk bersalin adalah satu perkara yang asing. Tapi buat pasangan yang berkahwin, pastinya menghadiri kelas antenatal atau melalui pembacaan sebagai persediaan untuk melalui proses bersalin termasuk dalam senarai untuk mempersiapkan diri.
Tapi bagaimana pula dengan anak gadis yang masih muda atau lebih tepat yang menjadi mangsa rogol atau pelepas hawa nafsu lelaki yang tidak bertanggungjawab. Tentu sekali mereka langsung tiada ilmu untuk melalui tempoh kehamilan dan juga proses bersalin seperti meneran dan sebagainya.
Perkongsian di Twitter oleh seorang doktor mengenai pengalaman beliau sendiri menyambut seorang bayi yang dilahirkan oleh kanak-kanak perempuan berusia sekitar 11 hingga 13 tahun sungguh menyentuh hati.
Menerusi perkongsian itu, doktor yang menggunakan nama Muhammad Ashraf mengakui sedih mengenangkan nasib malang yang menimpa kanak-kanak tersebut.
Bahasakan diri ‘kakak’. Tak reti nak susukan anak, breast pun belum ada.
Masih muda dan terlalu naif untuk melalui semua ini, tatkala disuruh oleh doktor dan jururawat bertugas dalam bilik bersalin untuk mencium dan memeluk bayinya, gadis tersebut akur namun dia hanya bahasakan dirinya kakak kepada bayi tersebut.
Lebih meruntun hati apabila dia menyatakan bahawa dirinya tak pandai untuk susukan bayinya sendiri. Keadaan itu menimbulkan rasa sayu kepada doktor dan jururawat yang ada.
Ibu Bapa Buta, Terima cucu dengan hati terbuka
Keadaan sedih tidak terhenti di situ sahaja, rupanya ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut adalah pasangan yang kurang upaya iaitu cacat penglihatan. Namun mereka menerima kehadiran bayi dengan hati yang terbuka.
Malah sempat bertanya kepada doktor tentang keadaan penglihatan cucu yang baru dilahirkan.
Sebelum mengakhiri ciapannya di twitter, doktor ini sempat mengingatkan orang ramai agar tidak meletak sepenuh kesalahan ke atas individu yang terbabit, malah sebaiknya memberikan sokongan sewajarnya kepada mereka agar teruskan kehidupan.
If ur blaming a victim, by any means, twist it anyway you want, you are enabling the rapist.
A rapist is one person. Whom by their action on a victim, affected the life of so many others around the victim. Destroying lives and families.
Without rapist, there wont be any victim.
— Muhammad Ashraf ** (@MuhammadAshraff) June 28, 2020
Sumber: twitter Muhammad Ashraf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.