Pernah tak kita terfikir bagaimana masa kita dengan anak setiap hari. Cukup atau tak layanan yang diberikan pada mereka. Jika kita rasa belum sempurna, maknanya satu kerugian besar.

Nampak macam remeh tapi hakikatnya beri kesan tak sihat untuk perkembangan anak-anak. Sebenarnya waktu anak kecil inilah kita tinggalkan memori yang baik dalam fikiran mereka.

Jika anda tahu hebatnya layanan pada waktu ini, pasti anda tak akan sia-siakan. Ingat tak perlu nak berhabis duit beli mainan mahal pun dengan anak, melainkan anda sendiri yang merealisasikannya.

Dalam 9 Minit Sehari, Waktu Bermakna Mesti Buat Dengan Anak. Terlepas Ni Rugi!

IKLAN

Berikut perkongsian Parenting Influencer, Mohd Fhais 

Ada 3 waktu yang beri impak besar dalam hidup anak kita. Waktu yang pertama ialah 3 minit pertama lepas anak bangun dari tidur.

Waktu yang kedua pula ialah 3 minit pertama selepas anak pulang dari pengasuh atau dari sekolah.

IKLAN

Dalam 9 Minit Sehari, Waktu Bermakna Mesti Buat Dengan Anak. Terlepas Ni Rugi!

Waktu yang terakhir ialah 3 minit pertama sebelum anak masuk tidur. Dalam 9 minit sehari ni buat la apa sahaja untuk buat anak rasa di hargai dan di sayangi sepenuhnya.

IKLAN

Dakap seerat eratnya, cium sepuas puasnya dan gomol anak sampai lebam pun tak apa.
Bagaimana kita lapangkan masa 9 minit sehari ni akan menentukan bagaimana anak pula akan lapangkan masa dia pada kita nanti.

Kredit: Mohd Fhais

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI