Selusuh tidak digalakkan kepada ibu yang hendak bersalin, kenapa pula? Mestilah bersebab. Doktor ini terangkan 2 sebabnya. Tapi air selusuh bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.
Selusuh menjadi salah satu persediaan bersalin bagi ibu-ibu, Tetapi, tahukah anda yang ada selusuh yang tidak digalakkan untuk diambil kerana boleh menyebabkan pelbagai masalah dan kesakitan ekstra kepada ibu? Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan mengulas lanjut mengenai selusuh.
SELUSUH MEMUDAHKAN BERSALIN – YES OR NO ?
Biasanya orang Melayu kita lebih arif berkenaan dengan air tersebut. Air biasa direndam dengan akar fatimah ataupun air biasa dibaca dengan mantera jampi serapah atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim.
Air selusuh ni dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dahulukala lagi. Biasanya akan diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu.
Jika hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.
Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. Mungkin ada banyak lagi selusuh yang tidak saya ketahui.
Ads
MUNGKIN MENGANDUNGI BAHAN AKTIF
Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal.
Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dos nya dan diubah mengikut keperluan pesakit.
TIDAK GALAKKAN PENGGUNAAN AIR SELUSUH
Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini, yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.
Ads
Pertama :Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada mereka
Kedua :Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu-ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena.
LEBIH BAIK YANG DIBUAT SENDIRI
Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut. Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ada untuk kita.
Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.
Ads
AMALKAN DOA NABI YUNUS
Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.
Apa sahaja yang ada di depan mata, bayi akan masukkan terus ke mulutnya. Bahaya! Ia dibimbangi boleh terdedah kepada pelbagai risiko lain termasuklah tercekik dan sebagainya.
Tempoh kanak-kanak sering memasukkan objek ke dalam mulut mereka dipanggil fasa lisan. Ketika fasa ini, pantauan ibubapa perlu diberikan lebih, 100 peratus. Ini bagi mengelakkan bayi memasukkan benda atau makanan tidak sepatututnya selain mengundang bahaya.
Jadi apa mak ayah nak buat? Tip ini antara saranan untuk mak ayah.
1. Peka dengan objek atau makanan berbahaya
Objek-objek kecil seperti mainan halus, benda bersaiz kecil seperti butang, bateri dan sebagainya pastikan dijauhkan dari bayi. Makanan seperti anggur, popcorn atau apa juga barangan bersaiz kecil perlu disimpan dan dijauhkan dari mereka. Semua ini boleh mendorong bayi tercekik kerana saiznya yang bulat dan boleh menyekat saluran pernafasan.
2. Elakkan makanan yang berpotensi menyebabkan keracunan
Makanan bersaiz bebola dan kecil antara yang paling dibimbangi oleh mak ayah. Saiznya yang kecil dan licin seperti anggur, popcorn dan bebola perlu dipotong terlebih dahulu. Inilah yang paling merisaukan kerana boleh menyebabkan kemalangan tanpa dijangka. Ketika anak makan, pastikan ibu berada bersama-sama anak dan pantau hingga anak menyudahkan makanannya.
3. Elakkan kawasan berbahaya
Kawasan berbahaya di dalam rumah sebaiknya elakkan anak untuk masuk. Misalnya seperti ruang dapur, dibimbangi anak mencapai apa jua barang, makanan atau atau apa jua yang berada di kawasan dapur ini. Semuanya berbahaya untuk mereka. Pasangkan pagar bagi mengelakkan anak memasuki ruang ini.
3. Tisu basah yang selamat untuk bayi
Semasa dalam proses penerokaan ini, bayi mungkin makan dengan tidak kemas, comot dan memegang banyak objek, kemudian memasukkan tangannya ke dalam mulutnya. Oleh itu, mama perlukan tisu basah yang dijamin selamat untuk mencuci dan membersihkan kotoran serta boleh mengelakkan bakteria.
Sisa dan kotoran yang diambil anak kecil kita ini pastinya sudah pun terdedah dengan kotoran di atas lantai. Jadi elakkan dan sentiasa peka.
4. Jauhkan bahan-bahan beracun dan panas
Terdapat banyak bahan di dalam rumah yang boleh memudaratkan bayi, seperti semburan serangga, sabun mandi, syampu, pengilat kuku dan cecair pembersih. Jika tertelan atau terkena kulit, bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan, melecur atau keracunan. Selain itu, simpan objek-objek panas dalam jangkauan si kecil anda. Contohnya, periuk panas, semangkuk sup panas dan secawan kopi panas.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Penggunaan produk yang tidak bersesuaian boleh memudaratkan bayi, apatah lagi hingga mengakibatkan sawan. Bahayanya!
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini perlu mama papa ikuti. Jangan terikut-ikut menggunakan setiap produk yang mengandungi camphor atau kapur barus tanpa memeriksa terlebih dahulu amaran atau cara penggunaannya. Setiap produk dilengkapi label dan ada yang telah memaklumkan yang ia tidak selamat untuk bayi.
BANYAK DALAM PRODUK JENIS SAPUAN Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK 2 TAHUN KE BAWAH Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.
JANGAN LETAK DI HIDUNG, MATA ATAU KULIT Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.
BACA LABEL, JADILAH IBU AYAH YANG BIJAK Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!
Public Health Malaysia juga turut berkongsi beberapa produk yang tidak sesuai untuk bayi bawah 24 bulan.
Batuk dan selsema dianggap penyakit dua serangkai yang tidak dapat dielakkan. Paling tidak dalam setahun, mesti beberapa kali diri kita sendiri atau anak-anak mengalami batuk dan selsema. Biasanya ubat dari klinik atau dibeli dari farmasi sudah ada tersimpan di rumah.
Cumanya bagi ibu bapa yang ada anak kecil, tak boleh sebarangan berikan anak-anak ubat batuk atau selsema tanpa nasihat doktor. Bimbang kesannya boleh memudaratkan anak kita.
Bagaimanapun anak kecil yang tak diberikan ubat , ibu bapa boleh ikhtiar dengan rawatan alternatif untuk membantu mengurangkannya.
Perkongsian dari Puan Noraliza Alwi mengenai dua cara yang digunakannya untuk rawat masalah batuk dan selsema anak dengan menggunakan buah lemon dan dilema bolehlah dicuba.
Sebelum ini adik Ammar demam panas tengah malam waktu hari pertama di Paris. Kami dah gelabah. Ubat demam memang bawa, cumanya selepas 4 jam bagi syrup paracetamol tu, panasnya mencanak semula.
Mesti mahu lemon juga ni. Malam tu juga menapak ayahnya meredah hujan cari juga lemon. Mujur ada kedai masih lagi buka.
Caranya buat mandi dan letak dalam stokin tidur malam.
Alhamdulillah baru mahu kebah. Senanglah sikit hati nak jalan-jalan esoknya. InsyaAllah setakat ini kalau anak demam memang lemon saja ikhtiar dia.
Hari ni dah balik rumah baby dah mula nak jadi selsema dan batuk nampaknya.
Ok juga dah ada di rumah. Kelengkapan semua ada. Jadi malam ni mama mula rawatan di rumah saja. Ubat batuk tak berani nak bagi untuk baby bawah 1 tahun. Saya biasa guna ubat batuk natural saja.
Ada 2 cara, saya guna dua-dua.
🍋Cara 1 (cara luaran)
1. Guna bawang putih 3 ulas dan hirisan lemon
2. Air mendidih
3. Campurkan bawang putih dan lemon tadi dalam air mendidih dan wapkan baby.
4. Buatlah sehari dalam 3-4 kali. Paling wajib sebelum tidur malam mesti sekali.
🍅 Cara 2 (bagi minum jus delima)
1. Potong separuh buah delima, perahkan jusnya.
2. Dapat dalam 5ml dah ok
3. Bagi baby minum dalam 2-3 kali
4. Wajib bagi sekali sebelum tidur malam.
Alhamdulillah dari pagi batuk kong kong dengan hidung berair saja, lepas bagi 2 cara ini, boleh nampak dia lega 80%.
Buat masa ni lemon, bawang putih dan delima cukup serasi dan cepat baik selsema dan batuknya. Kalau dah lebih setahun, boleh campur madu juga.
Tular di facebook perkongsian seorang wanita yang berkongsi kisah kakanya meninggal dunia ketika hamil didakwa mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.