Uri tertinggal atau tersisa di dalam rahim selepas bersalin boleh menyebabkan rahim ibu tidak boleh kembali kepada saiz asal. Malah ia boleh menjadi toksin dan menyebabkan pendarahan dan risiko jangkitan kuman!

Uri adalah merupakan selaput dan saluran yang berkembang seiring dengan perkembangan si manja. Ia adalah sebagai sokongan kepada bayi yang sedang berada di dalam kandungan. Ia bertugas sebagai tempat menyimpan bahan zat mineral seperti karbohidrat, protein, kalsium  dan ferum yang di salurkan kepada bayi melalui  aliran darah.

Uri mempunyai pelbagai fungsi kepada janin dalam kandungan. Namun kegagalan mengeluarkan uri selepas kelahiran boleh menyebabkan mudarat kepada ibu, malah lebih teruk lagi boleh menyebabkan kematian.

Uri Tertinggal Atau Tersisa Punca Rahim Tidak Kecut! Pendarahan & Jangkitan Kuman Boleh Berlaku

FAHAMI CARA URI DIKELUARKAN

Apabila tiba waktu untuk bersalin, bayi akan keluar terlebih dahulu dan akan disusuli oleh uri. Uri akan bercerai dari dinding rahim dan bersedia untuk keluar seketika selepas proses kelahiran bayi berlaku.

Ia akan memberikan beberapa petanda iaitu pemanjangan plasenta (lengthening of tyhe cord), aliran darah keluar darah yang lebih deras secara tiba-tiba dari faraj (sudden gushing of blood) dan rahim naik ke atas sedikit dari perut ibu.

Keadaan ini adalah tanda-tanda yang akan diperhatikan dan  diambil kira oleh doktor sebelum melakukan controlled cord traction (CCT) yang merupakan prosedur menarik uri dengan cara terkawal menerusi method Brandt Andrew’s.

IKLAN

Setelah uri dikeluarkan, doktor akan memeriksa keadaan uri sama ada sempurna bentuknya bagi memastikan tiada cebisan uri (membrane of placenta) yang tertinggal.

Uri tidak boleh dikeluarkan tanpa tanda-tanda tersebut kerana ia akan menyebabkan masalah uterine inversion yang akan menyebabkan maut.

Uri Tertinggal Atau Tersisa Punca Rahim Tidak Kecut! Pendarahan & Jangkitan Kuman Boleh Berlaku

BAGAIMANA JIKA URI TIDAK KELUAR?

IKLAN

Masalah hanya akan timbul apabila tiada tanda-tanda uri akan keluar selepas  minit kelahiran. Sekiranya tiada tanda-tanda uri akan keluar selepas 30 minit hingga sejam selepas bayi lahir, doktor akan mengambil langkah untuk mengeluarkannya secara manual menggunakan tangan iaitu menerusi prosedur manual removal placenta (MRP).

Dalam prosedur ini, ibu akan dibius sebelum proses MRP dijalankan untuk mengelakkan trauma atau kesakitan yang teramat sangat. Namun perlu diketahui, MRP yang dijalankan secara manual boleh meningkatkan risiko uri tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya.

RAHIM TIDAK AKAN KECUT KALAU ADA SISA URI

Sekiranya terdapat sisa uri yang masih tertinggal di dala, ibu mempunyai risiko rahim tidak kecut sempurna dan ia menjadi toksin m badan!

IKLAN

Ibu yang mempunyai uri yang masih bersisa di dalam rahim juga boleh mengalami demam (bentan), infeksi, pendarahan, tidak boleh kencing dan mudah mendapat komplikasi lain.

Seandainya pemeriksaan ke atas uri yang dikeluarkan menunjukkan ia tercebis atau tidak keluar sempurna, maka evacuate retain product of conception (ERPOC) akan dijalankan di mana uri akan disedut keluar menerusi vagina menggunakan alat khas.

Bagi ibu yang melahirkan bayi pra matang, uri yang bersaiz kecil boleh keluar menerusi aliran keluar darah nifas. Doktor akan memantau ibu dan memeriksa sama ada pendarahan yang berlaku serius atau tidak.

URI TERTINGGAL BANYAK TERJADI DALAM KES URI HANCUR

Kes uri tertinggal adalah tinggi pada keadaan seperti uri hancur selepas prosedur MRP, uri yang tidak sihat seperti uri lekang, bayi yang sudah meninggal dunia di dalam kandungan dan kelahiran pra matang yang menyebabkan plasenta terputus (cord snap).

Uri Tertinggal Atau Tersisa Punca Rahim Tidak Kecut! Pendarahan & Jangkitan Kuman Boleh Berlaku

[ Artikel berkaitan: Doktor Kata Tak Perlu Urut Atau Produk Untuk Kecutkan Rahim! Ia Mengecut Sendiri 48 Jam Lepas Bersalin]

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI