Sebelum menyapu sebarang jenis ubat-ubatan ada baiknya anda mendapatkan dahulu pandangan dari doktor sebelum memberikan kepada anak kecil anda.

Walau hanya sekadar sapuan diluar sahaja namun ada jenis ubat atau krim yang turut memberi kesan kepada bayi. Salah satunya adalah krim steroid yang boleh memberi kesan kepada bayi. Ini yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.

Jangan Main Sapu Ubat Pada Bayi, Periksa Dulu, Krim Steroid Boleh Sebabkan Cushing Syndrome!


Seorang bayi yang baru berusia 4 bulan datang ke klinik untuk pemeriksaan rutin. Doktor mendapati berat badan bayi ini naik mendadak dan mukanya bulat seperti bulan!

Mungkin ibu ibu sangka ia satu perkara yang normal. Pertanyaan lanjut mendapati neneknya ada menggunakan krim steroid untuk masalah ruam lampin sejak 2 bulan lalu. Krim di sapu untuk 5-8 kali setiap hari!

Jangan Main Sapu Ubat Pada Bayi, Periksa Dulu, Krim Steroid Boleh Sebabkan Cushing Syndrome!

IKLAN

Krim yang mengandungi steroid ini meresap dari permukaan kulit masuk ke dalam peredaran darah dan menyebabkan perubahan hormon sehingga menjadi Cushing Syndrome.

Dan ini antara kesan-kesan akibat penggunaan krim steroid ini:
* Wajah membulat seperti bulan
* Seluruh badan membengkak
* Berat naik mendadak

Jangan Main Sapu Ubat Pada Bayi, Periksa Dulu, Krim Steroid Boleh Sebabkan Cushing Syndrome!

IKLAN

Berhati hati ya, penggunaan berterusan melebihi 7 hari krim steroid perlu ada pemantauan doktor.

Krim perlu di sapu mengikut arahan dan hanya di sapu lapisan nipis sahaja.

Rujukan
Alkhuder L, Mawlawi H. Infantile Iatrogenic Cushing Syndrome due to Topical Steroids. Case Rep Pediatr. 2019;2019:2652961. Published 2019 Dec 2. doi:10.1155/2019/2652961

IKLAN

Menarik: Siapkan Mental Lebih Awal Bantu Penyusuan Lancar Selepas Bersalin, Pasti Sukses!

Jangan Main Sapu Ubat Pada Bayi, Periksa Dulu, Krim Steroid Boleh Sebabkan Cushing Syndrome!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja.
Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI