Menyusukan anak saban hari sehingga umur anak berusia dua tahun sememangnya memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi dari seorang ibu.
Bukan hanya menuntut tenaga bahkan mental dan spiritual perlu sentiasa cekal dan kuat untuk terus menyusukan anak. Tanpa kesabaran yang tinggi, penyusuan pastinya tidak dapat dijayakan dengan sebaiknya.
Pengurusan emosi yang tidak lancar selepas proses melahirkan anak turut menjejaskan dan seterusnya menggagalkan penyusuan diawalnya. Jadi bersedialah lebih awal.
Menurut kata Dr Seri Suniza Sufian, Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) serta Urogynaecologist dari Hospital Prince Court Medical Centre persediaan penyusuan yang dilakukan lebih awal, iaitu ketika awal kehamilan lagi dapat membantu ibu menjayakan penyusuan dengan baik.
“Proses penyusuan sebenarnya bermula sejak awal kehamilan lagi. Sebagai storage penyusuan ibu, pemakanan ibu ketika hamil dengan kenaikan berat badan sekitar 12-16kg adalah sebagai persediaan untuk kita menghasilkan susu untuk bayi kelak. Sebab itulah pemilihan makanan penting waktu hamil.
“Lemak-lemak yang terhasil dari kenaikan berat badan, bengkak payudara dan sebagainya inilah sebagai persediaan untuk hasilkan susu ibu kelak.
“Perubahan yang berlaku tidak secara langsung turut memberi kesan kepada kesihatan ibu hamil seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya.
“Bila kita bersedia untuk menyusu apa yang berlaku pada tubuh badan kita adalah proses semulajadi.
“Kesihatan jasmani adalah kunci kepada kecergasan emosi ibu bila bersalin kelak. Bila badan sihat, emosi kita waktu kita penat pun diuruskan dengan baik terutama waktu menyuusukan anak kelak.
“Sebenarnya apa boleh saya katakan proses kelahiran yang mengambil banyak tenaga memberi impak pada proses penyusuan di awalnya.
“Bila badan dah penat, sakit memang tak boleh nak teruskan saat-saat bahagia nak menyusukan anak. Apa yang boleh dilakukan adalah meletakkan bayi di dada ibu adalah sebagai salah satu cara merembeskan susu dimana susu akan dirembeskan diantara waktu 10-15 sebaik proses ini dijalankan.
“Fasa kedua selepas melahirkan anak adalah proses penyusuan anak. Nampak macam mudah tetapi proses pelekapan bayi pada puting ibu memang tidaklah mudah. Emosi ibu bercampur baur, rasa sedih dan gembira dengan proses penyusuan ini.
“Mulanya memang janggal, letih, penat dengan tidur tak cukup tapi ia adalah perkara biasa. Jadi siapkan mental terlebih dahulu sebagai persediaan untuk menyusu,” kongsinya.
“Proses bayi melekap dengan baik ketika menyusu adalah kunci kepada kelancaran penyusuan,” kongsinya.
Menurut kata Dr Seri lagi, jika bayi tidak berjaya menyusu dengan baik diawalnya, pelbagai masalah akan timbul termasukkan merekah, berdarah, perit dan inilah yang berkemungkinan menggagalkan penyusuan.
Malah katanya lagi, orang sekelilinglah perlu menjadi support system yang baik untuk membantu ibu menyusu.
Ini yang boleh dilakukan di awal masa menyusu:
1. Orang-orang sekeliling elakkan memberi tekanan emosi pada ibu sebaliknya bantulah ibu yang kepenatan menyusu dengan baik.
2. Jangan menyasarkan yang terlalu tinggi pada diri sendiri. Ikut kemampuan diri sendiri.
3. Relaks-relaks sahaja dan jangan terlalu memaksa diri sendiri ketika menyusu. Pujuklah diri sendiri untuk teruskan penyusuan dengan baik.
4. Elakkan rasa tertekan, sedih bila lihat anak tak berjaya menyusu kerana akan memberi kesan kepada proses menyusu.
5. Gunakan waktu pandemik ini dengan bekerja di rumah sebaiknya, teruskan fokus penyusuan anak.
Malah kata Dr Seri lagi, dapatkanlah sokongan penuh suami ketika waktu menyusu. Suami adalah orang yang paling rapat untuk membantu emosi waktu isteri menyusu. Bantulah sebaik mungkin.
Penat atau tidak, teruskanlah penyusuan dengan baik. Satu perasaan yang tidak digambarkan dengan kata-kata. Dapat melihat anak sihat dan ceria, pastinya ibu terasa berbaloi.
Menarik: Tak Boleh Hilang Sekejap, Mesti Anak Cari, 10 Petanda Anak Selesa Dengan Kita
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja.
Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI