“Jangan Marah Kami Ya Allah. Selamatkan & Bantulah Seluruh Negara Kami.” – Ustaz Ebit

Share

Memandangkan keadaan negara yang diancam dengan wabak COVID-19 ini belum reda, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew terus memanjatkan doa untuk rakyat Malaysia dan seluruh masyarakat dunia agar terlindung daripada wabak bahaya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik sebuah video memohon dan merayu kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa dalam setiap kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini.

“Ya Allah selamatkan kami dari Covid-19 ini Ya Allah. Bantulah kami semua. Pejuang di barisan hadapan doktor dan petugas KKM serta semua yang sedang berjuang.

“Bantulah kami semua Ya Allah. Tolonglah kami Ya Allah… bantulah kami,” tulisnya pada kapsyen posting tersebut.

Rakaman video berdurasi seminit itu sungguh terkesan di hati semua warganet  dan semuanya turut mengaminkan doa tersebut selain berharap agar negara ini sentiasa dilindungi daripada segala wabak dan penyakit.

Hargai penat lelah front liner 

Dalam perkongsian terbaru Ustaz Ebit, beliau turut menyumbangkan aircond portable untuk Hospital Ampang sebagai tanda terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang bertungkus lumus membantu memberikan perkhidmatan terbaik.

Syukur dapat pergi hantar sekejap ni. Tak tahan tengok mereka panas pakai suit macam tu. Panas. Mujahadahnya kerja mereka. Kerja bertambah-tambah. Ramai juga yang dah kuarantin. Ya Allah terimalah sedikit usaha ini buat kami bersatu hati.

Dapat mendengar kesusahan mereka. Beri sedikit kata semangat betapa besar nilai jihad mereka ketika ini. Ya Allah jagakanlah mereka semua ya Allah. Beri kekuatan dan ketabahan pada mereka semua ya Allah. Doakan yer banyak hospital lain lagi nak dibantu. Disini pun perlu khemah besar untuk kemudahan. Doakan yer.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
CIMB 8603546376

IKLAN