Memandangkan keadaan negara yang diancam dengan wabak COVID-19 ini belum reda, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew terus memanjatkan doa untuk rakyat Malaysia dan seluruh masyarakat dunia agar terlindung daripada wabak bahaya.
Menerusi laman Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik sebuah video memohon dan merayu kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa dalam setiap kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini.
“Ya Allah selamatkan kami dari Covid-19 ini Ya Allah. Bantulah kami semua. Pejuang di barisan hadapan doktor dan petugas KKM serta semua yang sedang berjuang.
“Bantulah kami semua Ya Allah. Tolonglah kami Ya Allah… bantulah kami,” tulisnya pada kapsyen posting tersebut.
Ads
Rakaman video berdurasi seminit itu sungguh terkesan di hati semua warganet dan semuanya turut mengaminkan doa tersebut selain berharap agar negara ini sentiasa dilindungi daripada segala wabak dan penyakit.
Dalam perkongsian terbaru Ustaz Ebit, beliau turut menyumbangkan aircond portable untuk Hospital Ampang sebagai tanda terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang bertungkus lumus membantu memberikan perkhidmatan terbaik.
Syukur dapat pergi hantar sekejap ni. Tak tahan tengok mereka panas pakai suit macam tu. Panas. Mujahadahnya kerja mereka. Kerja bertambah-tambah. Ramai juga yang dah kuarantin. Ya Allah terimalah sedikit usaha ini buat kami bersatu hati.
Dapat mendengar kesusahan mereka. Beri sedikit kata semangat betapa besar nilai jihad mereka ketika ini. Ya Allah jagakanlah mereka semua ya Allah. Beri kekuatan dan ketabahan pada mereka semua ya Allah. Doakan yer banyak hospital lain lagi nak dibantu. Disini pun perlu khemah besar untuk kemudahan. Doakan yer.
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia CIMB 8603546376
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dulu berdoa untuk kehadiran aafiyah, kini Datuk Siti Nurhaliza bersamanya di tempat itu semula. Peminat melahirkan perasaan sebak dan seolah merasakan kebahagiaan ibu ini.
Datuk Siti Nurhaliza yang kini sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya pada 23 Mei lalu bakal dan dijangka berangkat pulang pada 2 Jun 2019.
Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas penantian Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selama 12 tahun. Dalam usahanya untuk menimang cahaya mata sebelum ini, Siti mengakui telah melakukan rawatan in vitro fertilization sebanyak 5 kali dalam masa 10 tahun.
Datuk Siti Nurhaliza turut berkongsi beberapa foto dia bersama Aafiyah. Antara yang mendapat perhatian ialah yang menunjukkan dia bersama Aafiyah sambil membaca buku. Aafiyah kelihatan comel bertudung.
Turut dikongsikan ialah kunjungan mereka ke Masjid Nabawi.
Salam dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, ziarah kami kali ini dipermudahkan dengan kerjasama bersama @AmalbyMH . Aafiyah pun nampak teruja pertama kali ikut ibu ke Masjid Nabawi .. Alhamdullillah..
Sejak beberapa bulan negara di landa Covid-19, nampaknya angka kes jangkitan masih belum menunjukkan penurunan yang konsisten. Berikutan kes yang semakin meningkat sejak beberapa minggu ini, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan bayi lelaki berusia setahun lima bulan antara mangsa terbaharu positif Covid-19 di negeri Kelantan.
Jangkitan melalui ahli keluarga
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, selain bayi berkenaan, seorang lagi lelaki berusia 25 tahun turut positif dan kedua-dua mangsa adalah kontak rapat kepada mangsa ke-162 di Kelantan.
“Kes 163 membabitkan seorang lelaki berusia 25 tahun iaitu adik kepada kes 162. Manakala kes 164 membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lima bulan iaitu anak saudara kepada kes 162.
“Kedua-dua kes ini mempunyai pendedahan kepada kes 162 pada 22 hingga 28 September iaitu sebelum kes 162 dimasukkan ke wad.
“Pengambilan sampel kedua-dua kes ini dilakukan pada 29 September 2020 iaitu semasa saringan kontak rapat kes 162 dan disahkan positif,” katanya ketika dihubungi.
Sejarah perjalanan dari Sabah
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, mangsa bagi kes 162 mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada 19 hingga 22 September, sebelum disahkan positif Covid-19 pada Isnin lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dalam pemerhatian doktor
Beliau berkata, bayi berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), manakala lelaki terbabit dirawat di Hospital Tumpat.
“Aktiviti pencegahan dan kawalan sedang dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu bagi mengawal rantaian jangkitan.
“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam, elakkan bersalaman, bersentuhan dan berpelukan,” katanya.
Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!
Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).
Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada siapa menduga si kecil yang lahir sempurna menderita. Hanya kerana terdedah kepada najis burung dan kucing, kini otak si kecil dijangkiti kuman & bernanah.
Melilhatkan raut wajahnya yang comel, tiada siapa menyangka disebaliknya menyimpan sebuah derita. Lantaran jangkitan bakteria E-Coli Septicaemia Meningitis yang dialami dan masalah pendengaran yang amat kriktikal (jenis Sensorineural) pada kedua belah telinga, perkembangan Aaliya Aleesa, 1 tahun, tidak seperti bayi seusianya yang lain.
Mengimbas kembali detik cemas 10 bulan yang lalu, bapa tabah ini sebak. Ketika mula-mula jangkitan terjadi, Sufian Bin Amin mengatakan ia berlaku pada usia anak keduanya itu mencecah 2 bulan.
“Ketika itu kami nampak pelik. Dia tidur sepanjang hari manakala malam pula berjaga. Aaliya alami demam mengejut dan sangat tinggi suhunya 40 darjah Celcius. Ketika demam ada juga alami sawan. Oleh itu kami lekas membawanya mendapatkan rawatan,” kata Sufian.
Tidak menyangka itu adalah mimpi ngeri buat si kecil apabila disahkan jangkitan bakteria pada anggota badan; bahagian paru-paru, otak kanan dan kiri, dan lagi membimbangkan Aaliya menghidapi nanah di bahagian otak kiri. Doktor yang merawat kemudian memberitahu kuman berkenaan mungkin berpunca daripada najis burung dan kucing.
MASALAH PENDENGARAN & PERTUTURAN
Bagaikan batu besar menghempap, setelah jangkitan bakteria di otak dan masalah kesihatan yang kronik, si kecil ini disahkan pula mengalami pendengaran dan pertuturan.
“4 bulan yang lalu, Aaliya menghidapi masalah pendengaran yang amat kritikal pada kedua belah telinga. Doktor pakar mengesahkan bahawa Aailya perlu menjalani pembedahan telinga dengan kos RM80,000.00 [ tanam inplan] dan kos pembelian alat bantu pendengaran RM7,000.00 tidak termasuk kos selepas pembedahan iaitu anggaran kos ribu juga setiap bulan kerana bayi ini perlu pemantauan rapi setiap minggu dan sepanjang hayat.
AALIYA PERLU DIPANTAU SELALU
Sufian yang kurang berkemampuan menampung pembedahan anaknya ini. Dia yang dahulunya berkerja sendiri (berniaga secara kecil-kecilan) kini terpaksa menumpukan sepenuh perhatian kepada Aaliya.
“Setelah Aaliya disahkan mengidap penyakit E-Coli Septicaemia Meningitis, saya terpaksa berhenti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada penjagaan. Saya juga sering berulang-alik ke hospital. Isteri pula bekerja di sebuah pasaraya sebagai juruwang dengan pendapatan yang tidak seberapa,” luah pilu bapa ini.
KEPALA & TELINGA PERLU DIPANTAU SELALU
“Terkini Aaliya sedang mendapat rawatan cara kerja, maksudnya perkembangan dia dari segi pergerakan. Kepala yang dibedah dan telinganya juga perlu sentiasa di pantau. Untuk perkembangan Aaliya, kami sekeluarga belajar bhasa isyarat,” kata Sufian kepada Pa&Ma.
Aaliya perlu melalui rawatan di beberapa hospital yang berlainan lokasi. “Kadar tambang ke 4 lokasi tersebut adalah berlainan dan kami terpaksa menaiki ‘Grab’ memandangkan bas yang melalui di tempat tinggal kami adalah kurang. Purata untuk perjalanan pergi balik ke lokasi yang di maksudkan adalah, Hospital **********( RM90.00 ), Hospital *********** ( RM70.00 ), Hospital ******* ( RM24.00 ) dan Klinik ********* ( RM14 ),” kata Sufian.
“Setakat ini kami hanya menerima bantuan BSH sebanyak RM 1,200 & bantuan kebajikan sebanyak RM180. Keadaan kami bagai kerakap di atas batu, sukar untuk kami melunaskan bil bil tertunggak berkaitan dengan pembelanjaan rumah dan bil hospital.
Impian si ayah melihat Aaliya membesar sesempurna mungkin. Bagi membolehkan si kecil ini mendengar dan bertutur, pembedahan tanam koklea implan. Ia memerlukan sejumlah rm80ribu.
“Berdasarkan kepada perbincangan doktor pakar, untuk tahun ini anak tidak layak untuk buat pembedahan koklea impan atas faktor tertentu iaitu antaranya adalah faktor kewangan dan resiko kepada anak tersebut. Tiada jaminan doktor yang anak ini pulih sepenuhnya sekiranya dibedah. Disebabkan itu saya dan keluarga bersetuju untuk tidak membuat pembedahan.
Kepada anda yang ingin membantu bolehlah menghulurkan bantuan. Demi melihat si comel ini mendengar dan bertutur, salurkan sumbanan ikhlas anda ke akaun BSN : 1210041808895828 ( SUFIAN BIN AMIN )
Kredit: kitafund
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!