Memang tak sabar bila anak dah mula masuk usia 6 bulan, ini bermaksud anak sudah ‘ready’ untuk makan. Tapi sebelum suap anak makan, mama papa perlu ambil tahu beberapa panduan tentang pemakanan si kecil.

Jangan Mendesak Anak Makan Banyak, Ini Panduan Pemakanan Bayi 6 Bulan

👶 Panduan persediaan makanan bayi 6 bulan:

1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal.

2) Minggu pertama mulakan dengan Bubur nasi kosong (4 day rule) selepas tu boleh mulakan dengan puri buah dan sayur . Jangan paksa bayi anda untuk habiskan bubur nasi. Ambil perhatian bahawa saiz perut bayi pada umur ini adalah sebesar segenggam tangannya.

🍚 PASTIKAN juga bubur nasi tadi cair bagi mengelakkan bayi sembelit. Apabila umur bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi

Maklumat Penting:

🍊 Elakkan buah-buahan citrus/masam seperti buah oren.
🍎 Puree Apple: Elakkan epal hijau. Carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dengan sedikit susu selepas dikisar.
🍌 Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifat likat dan melekitnya.
🍐 Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu.

IKLAN

💡Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi.

3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut. Jenis makanan ini meningkatkan risiko alergi.

Garam dan gula (perasa) juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini kerana ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam).

4) Minggu kedua,makanan yang disyorkan adalah puree buah-buahan seperti puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (Tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, itulah cair yang sepatutnya) ibu-ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (seperti peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

Jangan Mendesak Anak Makan Banyak, Ini Panduan Pemakanan Bayi 6 Bulan

IKLAN

🍠Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu.

🎃Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu.

🐇Puree Lobak: Boleh pada kadar yang tidak banyak dan pastikan cair. Ini kerana lobak boleh menyebabkan “poopoo” bayi keras.

5) Pastikan bayi anda mencuba setiap resepi yang anda buat untuk memastikan samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jangan dipaksa bayi untuk terima. Cuba pula dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa.

6) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda.

IKLAN

💡Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman.

💡Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan!

⚠ Tips Tambahan:

Makanan yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada bayi (1st solid food 6-7 months):

🍳 Telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella
🐄 Susu lembu/dairy products
🍤 Makanan laut
🌰 Kekacang
🍋 Citrus food
🍥 Yeast, cheese (keju)
🍯 Madu (bertoksin)

Kredit: Nuyu Cuma

Jangan Mendesak Anak Makan Banyak, Ini Panduan Pemakanan Bayi 6 Bulan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI