Dalam keadaan sekarang ini aktiviti anak-anak duduk di rumah agak terhad. Apabila anak bosan, gajet atau handphone lah yang jadi peneman. Walaupun dah banyak kajian dan pengalaman ibu bapa mengenai anak rabun akibat gajet, namun disebabkan tidak terjadi pada diri sendiri, ia seolah tak diendahkan.
Namun kisah ibu ini mengenai mata anaknya yang juling dan rabun akibat gajet boleh dijadikan pengajaran bersama.
Menurut Puan Rohaya Mohd Nor, kejadian ini telah mengubah hidup anak perempuannya, Nur Qalesya Aisyah yang kini berusia 5 tahun.
Ketika mata Qalesya masih normal
Semua ini berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diadakan pada Mac tahun lepas di mana anak yang dilahirkan normal telah mengalami masalah juling dan rabun akibat gajet.
Ingatkan anak saja buat juling
Saya nak kongsikan pengalaman yang cukup memberi kesan kepada kami suami isteri kerana dengan tiba-tiba mata anak kami menjadi juling.
Benda ni bermula masa PKP bulan Mac tahun lepas. Disebabkan semua tak boleh keluar dan duduk dalam rumah je, anak-anak banyak menghabiskan masa dengan gajet. Sebelum ni waktu bersekolah boleh dikatakan tiada masa nak tengok gajet.
1.5.2020 (Jumaat) Saya perasan mata anak saya juling. Saya fikir positif. Mungkin anak saya buat-buat mata dia macam tu dan mata dia akan kembali normal keesokkan harinya. Rupa-rupanya TIDAK. Mata dia tetap juling.
5.5.2020 Saya ke klinik untuk rujuk doktor tentang mata dia. Doktor klinik tak tahu nak kata sebab apa. Doktor klinik rujuk kes ni ke hospital untuk pakar mata memeriksanya.
Ads
6.5.2020 Temujanji hospital pakar. Doktor sana pun tak tahu nak kata sebab apa dan minta kami kumpul semua gambar-gambar dia yang lama. Sebabnya nak tengok adakah benda ni dah lama, cuma kami tak perasan.
Buat CT Scan
11.5.2020 Temujanji yang kedua. Doktor nak tengok semua gambar-gambar lama dia dan doktor kata memang betul benda ni baru terjadi bukan dari kecil. Doktor cadangkan kami buat Ct Scan untuk tengok dalam kepala dia. Risau ada ketumbuha atau sebagainya yang menolak saraf mata yang menyebabkan mata menjadi juling. Kami setuju dan perlu tandatangan beberapa surat.
17.5.2020 Dia terpaksa masuk wad untuk buat Ct Scan. Mula 10 malam doktor minta dia puasa.
18.5.2020 Lebih kurang 9 pagi dia masuk bilik CT Scan. Sebelum tu doktor ada terangkan
mungkin ubat yang diberikan akan memberi kesan kepada dia. Kami redha jika itu yang terbaik untuk dia dan keputusan Ct Scan dia masalah dan doktor Hospital Kemaman kata dia akan rujuk kes ni ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk yang lebih pakar dalam kes mata.
Ads
Perlu pakai cermin mata khas
1.6.2020 Kami ke HSNZ doktor sana suruh dia pakai cermin mata. Doktor sana bagi masa sebulan untuk tengok semula keadaan mata dia.
13.7.2020 Kami kembali ke HSNZ setelah selesai check up, doktor cadangkan kami tukar cermin mata lain iaitu cermin mata khas untuk train balik mata dia.
20.12.2020 Lepas dia ada temujanji saya ada lah tanya doktor berapa lama agaknya kena pakai cermin mata ni. Doktor pun tak dapat bagi keputusan. Cuma doktor cakap bergantung kepada respon mata dia macam mana.
Ads
Pilihan terakhir buat pembedahan
Doktar cakap cara yang terakhir sekali adalah buat pembedahan mata. Tapi tak boleh buat sekarang juga sebab nak kena tahu saraf mana yang rosak. Jadi benda ni mungkin ambil masa yang lama untuk mata dia kembali baik seperti sediakala.Buat masa ni follow up dengan doktor dibuat 5 atau 6 bulan sekali.
Sebagai seorang ibu, pesanan saya untuk ibu bapa lain kalau boleh elakkan gajet atau handphone untuk anak-anak. Betul semua orang tak sama. Tapi apa salahnya beringat sebelum terjadi.
Doktor ada cakap pada saya, kalau kita mandi hujan, kita demam boleh makan ubat untuk hilangkan demam. Tapi mata tak ada ubat dan mungkin mengambil masa yang lama untuk kembali normal semula.
Kalau kita tanya dia. Dia akan cakap nampak tapi masa doktor buat ujian baru kita tahu mata dia sebelah kanan tak nampk sangat sebabnya doktor akan tutup satu dan biarkan dia guna satu mata je.
Automatik dia tak boleh bagi jawapan yang tepat. Kalau kita tengok dari luaran. Kita ingat mata je juling, rupanya dia sekali dengan rabun. Doktor cakap mata dia yang juling tu terlalu bergantung kepada mata yang elok.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Eyra Hazali yang selamat melahirkan anak keduanya pada Jumaat lalu.
Semalam, menerusi Instagramnya, Eyra memuat naik sekeping gambar bersama suami dan anak serta meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana proses melahirkan anak lelaki keduanya itu berjalan dengan lancar.
Malah menurut kata Eyra lagi, hero keduanya ini dilahirkan tepat 6.18 petang Jumaat.
“Alhamdulillah syukur.
“Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022 ,pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan 🤍,” kongsi melalui Instagram.
Terdahulu beberapa minggu lalu, Eyra terpaksa mendapatkan pemeriksaan lanjut disebabkan bayi di dalam kandungannya tidak bergerak malah mempunyai saiz yang besar.
Dan kini semuanya dipermudahkan selepas kelahiran bayi comel kesayangan semua ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Eyra di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi menjelang Syawal ini. Hadiah terbesar yang paling bermakna.
Semoga kelahiran anak kedua ini mencambahkan lagi rasa bahagia buat pasangan ini. Tahniah Eyra dan suami!
Takbir Raya Istimewa Superb Huffaz Pa&Ma dibawakan oleh Pa&Ma, Keluarga & Bintang Kecil. Nantikan pada jam 9.00 malam pada 2 Mei dan 7.00 pagi pada 3 Mei di Facebook Majalah Pa&Ma!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuasa Allah lebih dari segala-galanya. Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkongsi berita gembira apabila memaklumkan kanser limfoma yang dihidapi kini hilang.
Berita tersebut dikongsikan Elyana menerusi satu perkongsian di instagram, pagi ini.
Menurut penyanyi Kalis Rindu itu, perjuangan serta penantiannya selama 11 tahun berjuang melawan penyakit akhirnya berhasil.
Elyana juga bersyukur ke hadrat ilahi kerana doanya telah dimakbulkan Allah selama ini. Semua ini dianggap keajaiban Allah.
“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami.. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.
“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. Aku pernah putus asa untuk berjuang. Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang.
“Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!! I love u Ya Allah…” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Elyana memberitahu yang dirinya menghidap kanser Limfoma tahap empat.
Elyana dan suaminya, Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadani yang kini berusia dua tahun.
Kredit: Instagram Elyana
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan ibu bapa akan memilih jajan untuk diberikan kepada rakan anak-anak setiap kali ada majlis yang diraikan. Tak kiralah gula-gula, keropok, jeli atau sebagainya. Budak-budak memang suka tapi nilai khasiatnya memang tak ada.
Banyak lagi makanan berkhasiat atau cenderamata boleh digantikan untuk bagi anak-anak kecil gembira. Asalkan kita kreatif.
Berikut perkongsian dari seorang bapa, Muhammad Ahmad kenapa makanan ringan ini tak elok untuk anak dan sebolehnya jika boleh elak, baik elakkan.
Hadiah dari jiran sempena hari jadi anaknya yang ke-2 tahun. Untuk pengetahuan semua makanan ini tiada nilai nutrisi, tinggi gula, bahan pengawet, pewarna. Jika anak-anak mengambil makanan ini secara berterusan terutama kepada kanak-kanak bawah 3 tahun ia memberi kesan kepada IQ mereka. Kesan yang ketara anak-anak akan ‘ketagih’ dan akan tantrum jika makanan ini tidak diberikan.
Tiga tahun adalah fasa perkembangan otak kanak-kanak secara progresif. Fasa ini otak mereka perlukan makanan yang berkhasiat dan padat nutrisi. Contohnya nasi bersama ikan, ayam dan sayuran.
Anak sukar tidur malam boleh jadi mereka suka makan atau minum tinggi gula. Tinggi gula salah satu penyebab tinggi kolesterol dalam darah, ditukar kepada lemak yang tidak sihat.
Kesan jangka masa panjang pula jika berterusan. Boleh menyebabkan obesiti, kencing manis, masalah jantung dan juga kanser.
Jadi kepada ibu bapa berusaha untuk membesarkan anak-anak tanpa jajan, gula-gula, air gas perasa dan pewarna tiruan. Carilah kudapan yang lebih sihat tanpa gula dan garam.
Fahamkan juga kepada anak pentingnya air masak. Salah satu punca sembelit disebabkan kurangnya anak-anak minum air masak. Fahamkan anak pentingnya sayuran hijau,buahan,kekacang untuk bina imuniti (tentera untuk lawan penyakit) . Untuk bagi makanan kepada bakteria baik dalam usus. (sumber, prebiotic mineral& micronutrients)
Alhamdulillah hasil dari usaha saya. Anak tidak meminta untuk makan, dia hanya pegang dan main sahaja sehingga pulang ke rumah. Saya simpan makanan segera ini untuk kajian saya.
Saya tidak buang dalam tong sampah, ia hadiah dari jiran@sahabat kita pandai-pandailah apa yang kita boleh buat. Jangan lihat apa yang mereka beri, tapi lihatlah siapa yang memberi.
Sumber: Muhammad Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!