Anak oh anak… Sementara nak membesar tu macam-macam gelagat yang mencuit hati. Kadang rasa nak marah, kadang rasa lucu. Tapi mereka inilah yang jadi pengubat hati tatkala diri rasa penat.

“Jangan Minta Bukan-Bukan Dik..” Anak Merajuk, Minta Mama Beli ‘Mama Baru’ Kat Kedai

Bagi anak yang usia di antara 4 hingga 6 tahun, dan mula bersekolah, idea dan fikirannya kadang tu tak terjangka dek akal fikiran.

Melalui perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Ezra menerusi satu video yang dikongsikan TikTok memaparkan gelagat anak lelakinya yang merajuk dan siap minta hadiah ‘mama baru’. Hai lah adik saja tau buat mama risau! Bukan biasa-biasa permintaannya itu.

@theezrasKeletah Raqian balik sekolah. Merajuk sebab tak side dia bila dia ngadu dia kene marah dgn cikgu. ##foryoupage ##fyp ##alhamdulillah

♬ original sound – the ezras

‘Adik tak nak kawan dengan mama dah’

Kisahnya bermula apabila wanita ini mengambil anak lelakinya yang mesra dipanggil Raqian dari tadika.

“Jangan Minta Bukan-Bukan Dik..” Anak Merajuk, Minta Mama Beli ‘Mama Baru’ Kat Kedai

Ketika itu, Raqian seolah-olah merajuk disebabkan mama tidak menyebelahinya berikutan kesalahan yang dilakukan semasa berada di tadika dan dimarahi guru.

IKLAN

Selepas itu, dengan spontannya dia terus cakap tak mahu lagi mahu berkawan dengan mama.

“Jangan Minta Bukan-Bukan Dik..” Anak Merajuk, Minta Mama Beli ‘Mama Baru’ Kat Kedai

Adik tak mau kawan dengan mama dah. Sebab mama tak comel. Adik tak nak kawan dengan mama.

Apa yang melucukan lagi apabila Raqian hanya nak berkawan dengan mama baru dan meminta mamanya beli di kedai untuk berikan padanya.

“Jangan Minta Bukan-Bukan Dik..” Anak Merajuk, Minta Mama Beli ‘Mama Baru’ Kat Kedai

IKLAN

Mama baru. Tolong belikan adik mama baru. Beli kat kedai mama.

Jangan minta bukan-bukan dik…

Di ruangan komen, semua terhibur melihat telatah kanak-kanak ini yang begitu jujur ketika bersembang dengan ibunya.

“Jangan Minta Bukan-Bukan Dik..” Anak Merajuk, Minta Mama Beli ‘Mama Baru’ Kat Kedai

Kredit: theezras

IKLAN

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

“Jangan Minta Bukan-Bukan Dik..” Anak Merajuk, Minta Mama Beli ‘Mama Baru’ Kat Kedai

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI