Kadang kala ibu bapa terlalu fokuskan kepada pencapaian akademik. Anak-anak tidak sempat untuk merasai keindahan zaman kanak-kanaknya. Perkongsian bapa ini menarik untuk diikuti.
Walau pun tidak semua ibu bapa yang terlalu taksub dengan pencapaian akademik pada anak di bawah usia 6 tahun, apa yang dikongsikan oleh Encik Mohamad Fadzil diharapkan dapat membuka mata agar tidak terlupa akan menekan anak pada usia yang masih kecil.
Berikut ialah perkongsian beliau,
Hari ini saya dikejutkan lagi tentang anak jiran yang berusia 6 tahun (tadika/pra sekolah) telah mula dihantar tuisyen.
Saya yang berpeluang bertanya kepada bapa tersebut di luar surau sewaktu menunggu waktu Isyak masuk…
“Wah… nanti cemerlanglah anak abang ni… budak lagi dah dihantar tuisyen”
Ads
Jawab beliau, ” Takda laa… abang berusaha bagi yang terbaik untuk anak abang… selagi abang mampu bayar tuisyen.. yuran pendidikan.. abang akan buat apa sahaja asalkan anak pandai”.
Kata saya, “Baguslah… abang mampu bayar tuisyen… dan anak abang mampu belajar tuisyen”.
Dia kemudian bertanya.. “Apa maksud Fadzil anak saya mampu belajar tuisyen? ”
Saya jawab… “Ye laa bang… tak semua budak-budak mampu belajar tuisyen. Lagi-lagi umur seawal 6 tahun. Dalam fikiran mereka tak ada lagi kesedaran untuk dapat no 1 dalam kelas, tak ada lagi kesedaran pentingnya menuntut ilmu, tak da lagi kesedaran kena belajar dari sekarang untuk kelak berjaya menjadi doktor, peguam, jurutera.”
Ads
Sambung saya “Semua kesedaran tu tak ada lagi dalam kepala mereka. Yang ada sifat bermain, ingin dibawa berjalan-jalan hatta ke kedai, menaiki motor, pergi beli mainan, makan kat luar, mandi kolam dan lain-lain. Tapi keinginan kita melihat mereka berjaya kelak telah memadam keindahan yang mereka harus kecapi pada usia semuda ini”.
Melihat jiran saya tu terdiam berfikir, saya menambah lagi perisa…
“Hari ini ibu bapa selalu bertanya kepada anak… ‘seronok tak dapat buat apa yang ayah/ibu inginkan?’
“Tapi hari ini kita jarang-jarang bertanya kepada anak… ‘seronok tak dapat buat apa yang mereka (anak) inginkan?’.
Ads
Jiran saya tersebut mengakui setiap kali pergi tuisyen, tergambar pada anaknya wajah “terpaksa” dan bukan wajah “gembira / seronok” belajar. Beliau akan bermesyuarat kembali dengan isterinya tentang keperluan untuk menghantar anak pada usia itu ke kelas tuisyen.
Teringat cerita 3 Idiots lakonan Amir Khan yang banyak saya inspirasikan kepada pelajar saya. Dunia ini dibentuk seperti medan perlumbaan. Yang no 1 dikira berjaya. No 2 dikira gagal. Jangan kita terpedaya dengan perlumbaan ini. Sekiranya kita dapat no 31 dalam kelas sekalipun, kejayaan manusia bukan dalam akademik dan kehidupan yang senang.
Kalau itu ukuran kita, maka gagallah Nabi Muhammad SAW yang ummi tidak tahu membaca. Maka gagallah Nabi SAW yang mempunyai saiz rumah yang kecil. Maka gagallah para sahabat yg pakaian mereka pun bertampal-tampal.
Kejayaan manusia bila mana dapat taat perintah Allah dalam kehidupan mereka dan dapat bawa sunnah yang ditunjukkan Nabi SAW.
Mama mana yang tidak mula rasa runsing bila anak yang sudah menginjak usia dua tahun masih lagi belum menunjukkan butir-butir percakapan setiap hari. Jangan paksa anak untuk bercakap sebaliknya berikan anak masa.
Jangan terburu-buru bila berinteraksi dengan anak. Itu sebaiknya yang perlu dilakukan oleh mama. Dan ini jugalah yang dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim, Patologis Pertuturan-Bahasa. Mama kena baca ni!
JANGAN TERBURU-BURU BILA BERINTERAKSI DENGAN ANAK DELAY
Be flexible bila berinteraksi dengan anak, terutamanya yang yang mengalami speech delay dan sukar untuk fokus. Tambahan pula jika anda baru nak mula beriteraksi dengan anak dengan cara yang berbeza.
Mula-mula anda mungkin hanya duduk bersama dan join anak bermain..tidak perlu expect untuk anak memberi respon pada soalan atau arahan anda.. Just join dulu dan lihat.. betul-betul lihat dan fahamkan sikap, minat, respon anak. Lama-lama bila anda dah biasa dan anak juga dah biasa anda ada bersama bermain dengannya, barulah anda boleh harapkan anak membuat eye contact, tunjukkan atau beri mainan pada anda, atau anak boleh menghantar mesej dan memberi respon pada apa yg anda lakukan.
Tapi ingat.. jika baru nk berjinak-jinak interact dengan anak, jangan terlalu mengarah dan banyak bertanya soalan, anda yang nak lead mainan. Selesakan diri anda dan biar anak selesa dulu bermain dengan anda… be FREE and be FUN…
Kredit: Aishah Kassim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kali terakhir ibu ayah kenal pasti nada mendidik anak? Biasalah budak-budak mengamuk. Hendak senang kita settlekan dengan cara menjerit.
Ya memang anak kecil akan melalui fasa mengamuk. Tapi mengamuk yang macam mana sehinggakan perlu dijerit?
Perkataan serta herdikan ibu ayah itu akan terpahat selamanya di dalam Otak Limbik anak.
Dan dalam fasa perkembangan anak khususnya 0 hingga 6 tahun masa ini 90% perkembangan otak sedang berlaku.
Bayangkanlah apa sedang terjadi dalam otak mereka ketika itu?
Itu yang anak bakal simpan. Sel-sel neuron akan capture moment ditengking itu.
Memori pahit dijerit dan ditengking. Dan anak akan kerap kali bertanya pada diri sendiri
Am I loved?
Sedih bukan bila anak tidak terucap di bibir hendak tanya pada ibu ayah tapi otak dia capture moment itu sebagai ibu ayah tidak sayang saya sudah.
Dan ada kajian mengatakan 90% ibu bapa memang guna ‘Harsh Verbal Dicipline’ untuk didik anak-anak mereka.
Sebab bila tengking sahaja anak yang kecil itu akan senyap. Alahai kesian anak.
Ibu ayah perlu faham anak mengamuk atau marah kerana pada masa itu anak sedang menggunakan Otak Reptilianya.
Masa itu anak lebih cenderung akses hanya ke bahagian otak yang suruh dia bertindak dengan apa cara sekalipun untuk dia selamat.
Am I Safe in this place?
Anak tiada atau kurang akses ke bahagian Executive atau Neurocortex yang bantu dia cari jalan penyelesaian.
Siapa yang perlu bantu cari jalan penyelesaian? Ibu bapa atau orang dewasa yang tenang.
Kita perlu sedar yang Harsh Verbal Dicipline ini banyak kesan buruk dari kesan baik
❌ Anak akan lebih tantrum
❌ Anak faham yang menjerit ini bagus. Jadi pada masa datang anak juga bakal menjerit pada kita bila tidak puas hati.
❌ Ibu ayah akan kecewa. End Up ulang cycle yang sama berulang kali.
❌ Anak mungkin tidak lagi sensitif dengan arahan ibu ayah. Bagi mereka ibu ayah akan menjerit sahaja. Saya masih dapat apa yang saya mahu.
Saya juga pernah menggunakan nada yang tinggi. Tapi nada firm dengan tengking adalah berbeza. Jom kita audit kembali nada suara kita.
Sedang merancang untuk melatih anak tidur sendiri? Tetapi tidak pasti batas usia anak yang sesuai untuk memulakannya? Umumnya, masa yang sesuai untuk setiap anak adalah berbeza. Pun begitu berikut beberapa cadangan yang mungkin boleh dijadikan panduan.
Perlukah melatih anak tidur sendiri?
Tidak dinafikan, ia kedengaran agak pelik apabila wujud keperluan untuk melatih anak tidur sendiri. Mesti ada di antara anda terfikir, bukankah melelapkan mata itu satu kemahiran semula jadi?
Bagi sesetengah individu dewasa, masa untuk tidur dianggap perkara yang mudah. Malahan, untuk mereka yang baharu bergelar ibu bapa, kepenatan menjaga si kecil mungkin membuatkan anda terus tertidur sebaik sahaja berbaring.
Tetapi keadaan itu berbeza bagi bayi kecil. Mereka masih belum mempunyai kemahiran yang sama. Latihan tidur adalah satu proses untuk membantu bayi belajar melelapkan mata dan kekal tidur sepanjang malam.
Kebanyakan bayi dapat mengadaptasi kemahiran ini dengan mudah dan cepat. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah anak yang berdepan kesukaran untuk tidur atau kembali melelapkan mata selepas terjaga.
Latihan tidur: Fahami batas usia anak yang sesuai
Adakah anda tahu bilakah masa yang sesuai untuk melatih anak tidur sendiri?
Pakar mengesyorkan waktu yang sesuai untuk memulakan latihan tidur ketika bayi berusia 4 hingga 6 bulan. Di bawah ada penjelasan lebih lanjut mengenai kesesuaian batas usia anak:
# Baru lahir hingga 2.5 bulan
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan antara malam dan siang kerana mereka tidak menghasilkan cukup melatonin. Mereka juga memerlukan penyusuan pada waktu malam yang kerap. Jadi buat masa ini, ia bukanlah masa sesuai untuk melatih anak tidur sendiri.
# 3 hingga 4 bulan
Menjelang usia 3 hingga 4 bulan, bayi mula membentuk kitaran tidur malam. Mereka mudah bergaul, tidak mengalami kegelisahan perpisahan dan dapat melelapkan mata dengan lebih baik.
Pun begitu, kebanyakan kanak-kanak pada usia ini, masih belum bersedia untuk menenangkan diri sendiri. Jadi wujud sedikit kesukaran untuk melatih si kecil tidur.
# 4.5 hingga 5.5 bulan
Kebanyakan pakar mencadangkan untuk memulakan latihan tidur anak pada sekitar usia ini. Ia disebabkan oleh keadaan bayi yang boleh melelapkan mata sehingga tempoh 6 hingga 8 jam tanpa perlu melakukan penyusuan pada waktu malam.
Seperkara harus diingatkan pada batas usia anak ini, mereka sudah mula belajar bahawa tangisan akan mendapat tindak balas segera daripada anda. Jadi bersedialah untuk mendengar rengekan si manja nanti apabila anda melangkah meninggalkan mereka!
# 6 hingga 8 bulan
Pada usia ini, bayi dikatakan lebih berminat untuk mencari mainan daripada memerhatikan anda. Jadi sekiranya anda sedang merancang untuk melatih anak tidur sendiri, inilah masa yang sesuai untuk melakukannya!
Bayi juga dikatakan kurang cerewet sekiranya terjaga pada waktu malam.
# 9 hingga 11 bulan
Bayi mula memahami bahawa ibu bapa masih ada walaupun setelah meninggalkan mereka. Jadi si kecil akan menggunakan senjata terhebat mereka – tangisan – untuk memanggil anda kembali.
Pada tempoh ini, latihan tidur mungkin boleh mewujudkan rasa penat dan kecewa pada diri anda. Pun begitu, tiada apa yang boleh menghalang anda jika mahu terus mencuba latihan tidur ini.
# 12 hingga 16 bulan (1 tahun 4 bulan)
Dalam batas usia anak ini, mereka mula menumpukan perhatian untuk mengembangkan kemahiran pertuturan dan fizikal, jadi anak akan ‘kurang melekat’ dengan ibu ayah.
Jadi gunakanlah tempoh ini untuk melakukan latihan tidur.
# 17 hingga 21 bulan (1 tahun 5 bulan hingga 1 tahun 9 bulan)
Agak pelik tetapi pada usia ini anak sedang dalam proses untuk berdikari dan mereka mungkin akan lebih memerlukan sokongan anda. Jadi hentikan dulu rancangan untuk melatih anak tidur sendiri.
Melatih anak tidur sendiri: 5 petua untuk berjaya
Anda sudah tahu batas usia anak yang sesuai untuk memulakan latihan tidur tetapi ada rasa khuatir jika tidak berjaya? Usah bimbang, apa kata cuba 5 petua berikut:
1. Wujudkan rutin waktu tidur
Setiap malam, lakukan rutin tidur yang boleh menenangkan fikiran dan mempersiapkan tubuh mereka untuk melelapkan mata. Ia melibatkan teknik menenangkan seperti mandi, membaca buku atau pun menyanyikan lagu dengan irama mengasyikkan seperti ‘Twinkle-twinkle Little Star’.
Pastikan rutin ini dilakukan secara konsisten untuk memberitahu bayi bahawa ia adalah masa tidur. Teknik ini juga dapat mengembangkan jam dalaman mereka.
2. Tetapkan tarikh efektif untuk melakukannya
Walaupun pada hakikatnya tidak ada masa yang tepat untuk melatih anak tidur sendiri, tetapi elakkan memilih waktu hampir dengan perkara-perkara penting lain dalam kehidupan anak.
Antaranya seperti masa untuk berjumpa pengasuh baharu atau minggu pertama memperkenalkannya dengan mainan gigi (teething toys). Kebanyakan ibu bapa memilih untuk memulakan latihan tidur pada hari Jumaat dan menggunakan kelebihan waktu hujung minggu.
Ada juga yang mengambil cuti daripada tugasan kerja bagi mengelakkan isu mengantuk sewaktu bekerja.
3. Waktu siang untuk bermain
Bercakap dan bermain dengan bayi pada siang hari akan dapat memanjangkan waktu si kecil berjaga.
4. Letakkan bayi di katil tidur ketika masih terjaga
Berapa ramai ibu bapa yang memilih untuk meletakkan si kecil di katil mereka saat sudah melelapkan mata? Tindakan anda itu mungkin akan menyukarkannya untuk kembali tidur apabila terbangun pada waktu malam. Langkah terbaik, apabila si kecil tampak mengantuk tetapi masih lagi berjaga, ia merupakan waktu sesuai untuk meletakkan mereka di katil tidur.
5. Fahami isyarat bayi letih
Perhatikan jika si kecil menguap, menggosok mata atau mula merengek. Ia adalah isyarat mereka sudah letih dan biasanya akan berlaku pada waktu yang sama setiap malam.
Penting untuk meletakkan bayi di tempat tidur ketika mereka mengantuk tetapi tidak terlalu letih.
Ini kerana jika bayi terlalu penat, mereka lebih sukar untuk tidur dan cenderung untuk bangun lebih awal.
Berjumpa doktor
Sekiranya anda memerlukan lebih panduan dan bimbingan untuk melatih anak tidur sendiri, dapatkan rundingan daripada pakar pediatrik. Jika anda mencuba kaedah latihan tidur secara konsisten tetapi tidak berjaya, berjumpalah doktor untuk mengetahui cara penyelesaian terbaik.
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita. Namun di sebalik kegembiraan itu, ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi.