Mak ayah mana yang tidak marah bila anak tidak dengar kata. Namun marah ada hadnya, janganlah segala kata kesat dihamburkan pada anak. Bukan saja anak terkesan, bimbang nanti anak akan mengikut cara dan teknik yang sama pada orang lain pula.

Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim turut berkongsi hal ini. Jangan jadikan kemarahan sebagai salah satu cara kita mendidik. Nak marah, tenang-tenang sahaja. Ini cara yang dikongsikan oleh beliau.

Jangan ‘Over’ Marah Anak, Risau Anak Terikut-Ikut Gaya Marah Kita, Tenang-Tenang Saja!


Terkesima lihat cara anak marah! Sebijik! Raut wajah dia, gerak tubuh dia dan kata-kata yang keluar dari mulut dia.

“Hah! Buat lagi buat lagi” Terkesima saya lihat cara si kakak marah si adik, sebiji sama macam saya marah dia dulu.

Betul la, kita ni tak boleh beriya sangat masa nak marah anak-anak. Jangan ‘over’, risau anak akan terikut-ikut dengan gaya dan cara kita ketika marah.

Kalau kita kuat memukul anak, tak mustahil anak pun akan kuat memukul orang lain. Sebaiknya control sikit cara kita nak lepaskan kemarahan.

Jangan ‘Over’ Marah Anak, Risau Anak Terikut-Ikut Gaya Marah Kita, Tenang-Tenang Saja!

Bak kata pakar komunikasi, nada suara dan bahasa tubuh kita 93% peratus lebih mudah di tiru oleh anak-anak berbanding dari kata-kata.

Jadi tak pelik la, apa yang kita cakap jarang anak nak ikut tapi apa yang kita buat senang senang je dia ikut.

IKLAN

Rupanya sebelum kita nak betulkan anak, cara berkomunikasi kita tu perlu di perbetulkan dulu.
Cara terbaik bila nak marah ialah dengan PELUKAN.

Jangan ‘Over’ Marah Anak, Risau Anak Terikut-Ikut Gaya Marah Kita, Tenang-Tenang Saja!

MasyaAllah, kuasa pelukan ni kalau nak tahu bukan sahaja boleh redakan emosi malah ada kuasa ‘menyembuh’ ( Healing Power )

1 – Sebelum nak marah terus peluk anak, gosok belakang dada dia, usap umbun umbun kepala dia, tak sampai 5 minit rasa marah kita tu akan beransur hilang dengan sendiri. Cubalah.

2 – Bukan rasa marah kita je reda, malah rasa takut anak pun akan berkurang. Daripada rasa takut kena marah, terus jadi bertambah sayang pada kita.

3 – Setiap sentuhan kita pada anak walaupun 5 minit dah cukup untuk tingkatkan hormon ‘gembira’ dalam tubuh. Dari nak bergaduh terus dua-dua jadi gembira.

Jangan ‘Over’ Marah Anak, Risau Anak Terikut-Ikut Gaya Marah Kita, Tenang-Tenang Saja!

IKLAN

4 – Pelukan juga boleh bina ‘rapport’ kita dengan anak. Rapport ni maksudnya hubungan, dari hati berhubung ke hati anak. Ada rapport ni, baru setiap teguran kita mudah anak nak serap.

5 – Self Esteem anak juga akan meningkat dengan kuasa pelukan dari kita tau. Ye la, bila selalu kena peluk dengan ibu ayah ‘keyakinan diri’ anak pun jadi meningkat sama.

6 – Ada masalah stress atau anxiety? Hah, peluk la anak-anak kita setiap hari, comfirm 2 masalah tu akan berkurangan.

7 – Pelukan juga adalah simbol paling besar untuk ‘Love & Support’. Kadang-kadang anak tak tahu yang kita sayang pada mereka, pelukan ni sahaja boleh bagitahu mereka.

Jangan ‘Over’ Marah Anak, Risau Anak Terikut-Ikut Gaya Marah Kita, Tenang-Tenang Saja!

Peluk memeluk ni pun cara mudah kita nak buat Self Care, Self Love dan Self Healing. Jika marah buat hati anak makin jauh, pelukan pula buat hati anak makin mahu dekat dengan kita.

IKLAN

Makin dekat hati makin tambah sayang, makin tambah sayang maka makin kurang la nak rasa memarahnya..
Didik anak dengan penuh kasih sayang baru la hati dia dan hati kita bersatu saling membahagiakan.

Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim

Menarik: Sewa Perut Sudah Habis, Cepat Keluar, Bakal Bersalin Minggu Depan, Maryam & Ryzal Teruja Tunggu Baby!

Jangan ‘Over’ Marah Anak, Risau Anak Terikut-Ikut Gaya Marah Kita, Tenang-Tenang Saja!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI