Kerapkali ada ibu mendapati susu yang diperah cair tetapi banyak. Persoalannya, mudaratkah jika ia diberikan kepada bayi? Ini penjelasan pakar laktasi.
Mungkin ada ibu yang gusar susu kelihatan agak cair dan mula memikirkan sekiranya ada yang tidak kena serta apakah puncanya. Walhal ibu makan seimbang dan tidak berdiet. Hinggakan ada ibu yang risau untuk memberikan susu perahan yang cair kepada bayi kerana mempengaruhi kesihatan dan perkembangan bayi. Bimbang jika ia kurang berkhasiat.
KUALITI SUSU IBU BUKAN DITENTUKAN OLEH KEPEKATANNYA
Menurut Dr Zaharah Sulaiman, Pensyarah Kanan & Pakar Perunding Laktasi (IBCLC), Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, kualiti susu ibu tidak ditentukan dengan pekat atau cairnya warna susu ibu tersebut. Susu ibu mengandungi lebih kurang 88 peratus air. Kandungan air di dalam susu ibu memberikan konsistensi susu ibu kelihatan cair dan bukan bermakna susu ibu kurang berhasiat.
Kebiasaannya susu yang kelihatan cair ini dapat dilihat pada masa awal perahan.Tetapi semakin lama ibu memerah susu, maka ibu akan mendapati susu semakin pekat. Ini adalah kerana semakin banyak kandungan lemak di dalam susu mula dikeluarkan. Kandungan lemak ini juga penting untuk membekalkan tenaga kepada bayi puan dan membantu meningkatkan berat badan bayi.
BANYAK SEL IMUNITI
Ads
Susu yang kelihatan cair juga mengandungi protein yang banyak sel imuniti. Sel-sel in penting kerana ia melindungi bayi puan daripada jangkitan kuman. Pada awal kelahiran sehingga bayi berusia 12 hingga 18 bulan, system imuniti (daya pertahaan) bayi belum terbentuk dengan sempurna. Oleh itu susu ibu yang kaya dengan daya pertahanan ini berfungsi untuk memberikan perlindungan kepada bayi.
FOREMILK DAN HINDMILK
Susu awal yang keluar semasa perah atau semasa bayi menyusu dipanggil juga foremilk. Manakala susu akhir dipanggil hindmilk. Adalah penting untuk puan memberikan kedua-dua foremilk dan hindmik kepada anak puan kerana selain bayi puan perlu mendapat perlindungan daripada foremilk, bayi juga perlu mendapatkan tenaga daripada hindmilk.
Dr Zaharah menyarankan ibu yang menyusukan bayi agar mengamalkan pemakananan seimbang dan meminum air mengikut keperluan. Walaupun susu perahan kelihatan cair, teruskan memerah sehingga dapat melihat susu hindmilk yang kelihatan lebih pekat. Pastikan anda memberi susu foremilk dan susu hindmilk kepada bayi puan kerana bayi memerlukan kedua-duanya.
Ads
SEBAB SUSU CAIR
Antara sebab susu perahan cair adalah:
Cuaca yang panas
Cuaca yang panas boleh mendorong seseorang ibu meminum air dengan lebih banyak. Hal ini akan menghasilkan susu yang lebih cair.
Kurang kerap memerah susu
Apabila seseorang ibu kurang kerap memerah susu, maka susu yang terkumpul lama di dalam payudara akan menjadi lebih cair
Ads
Sesi perahan yang pendek
Apabila seseorang ibu memerah hanya sebentar sahaja, maka tidak kesemua susu dikeluarkan. Oleh itu hanya susu awal yang mengandungi lebih air saya yang diperah keluar dan kelihatan lebih cair.
TIP KEPADA IBU YANG MEMERAH SUSU IBU
Oleh yang demikian semasa di tempat kerja, pastikan ibu dapat memerah setiap dua hingga tiga jam. Untuk setiap sesi perahan pula, pastikan juga sesi memerah tidak terlalu pendek supaya bukan hanya susu foremilk yang diperah keluar, tetapi juga susu hindmilk.
Jika susu perahan foremilk terlalu banyak, ibu boleh simpan sebahagian di dalam bekas yang berasingan. Apabila hendak berikan susu perhaan kepada bayi, berikan hanya sebahagian susu foremilk tersebut dan pastikan susu hindmilk juga diberikan kepada bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran Rina benar-benar penyeri buat Ryzal dan isterinya Maryam You Narae. Dengan gaya seperti budak besar, tiap kali bapanya bertanya, dia akan tersenyum sambil mengeluarkan suaranya seolah membalas pertanyaan Ryzal.
Melihat kecomelan Rina dengan rambut yang lebat dan bermata sepet, peminat Ryzal dan Maryam cukup geram dengannya. Makin besar, nampaknya Rina dah makin ikut muka Ryzal.
Di penghujung video tersebut, Rina seperti mengajuk suara Ryzal. Nampak gayanya bila besar nanti jenis peramah seperti mommy dia ni.
Berkerut muka tak suka bau durian
Sementara itu, dalam perkongsian di instagram mommy Rina, Maryam Younarae, gelagat Rina yang mencium buah durian seperti tak suka bau raja buah itu sangat melucukan.
Mommy tunggu makan durian dengan Rina tapi…Rina pun tak suka durian..?
Seolah-olah Rina macam tak selesa bau buah durian hingga berkerut muka setelah mommynya saja menyakat dan letak di hidung.
Ramai pengikut mommynya yang melihat gelagat Rina tergelak dan menyatakan comel je riak wajah Rina itu.
“Hahahahahhah awal-awal je nanti Rina dah besar sikit dia suka laa. Hari-hari makan durian dengan mommy..”
“Dia bau jer dah pelik..”
“Berkerut muka.. Sedap la Rinaa..”
Maryam selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 21 Oktober lalu selepas berkahwin pada Ogos 2019.
Kredit: IG duriankimchijunior & maryamyunrrr
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Anak dah berapa bulan? Sudah pandai buat apa?” Mungkin itu antara soalan popular yang orang suka tanya kepada ibu yang ada bayi kecil. Jom semak carta perkembangan anak anda.
Ketahui kemampuan anak melalui carta perkembangan anak daripada usia tujuh hingga 12 bulan. Secara tidak langsung ia membantu anda memantau perkembangan anak.
1. Mula kenal orang yang berada di sekelilingnya atau yang biasa dilihatnya.
2. Mampu menolak barang yang tidak diingini.
3. Suka permainan mudah seperti ba ba cak.
4. Boleh mengangkat tangan tanda ucapan selamat tinggal.
5. Memberikan respon apabila namanya dipanggil.
6. Mula berguling, duduk dengan tegap tanpa bantuan sokongan.
7. Merangkak dengan laju terutama ke tempat sasaran.
8. Berdiri dengan berpegang pada sesuatu misalnya perabot dan bertatih secara perlahan-lahan apabila tangannya dipegang.
9. Kedua belah tangan digunakan untuk mengambil atau mengangkat sesuatu objek.
10. Boleh mengambil objek besar atau kecil.
11. Mula boleh menyuap makanan jejari atau menggunakan sudu dengan sendiri.
12. Boleh bertepuk tangan.
13. Membuat bunyi seperti da-da, ma-ma, ba-ba.
14. Memahami frasa mudah seperti “tidak”, “hilang”, “jangan” dan “susu”.
15. Menyukai alat permainan berirama.
16. Melihat pada persekitaran apabila mendengar bunyi-bunyian.
17. Daya penglihatan masih terhad iaitu hanya sebesar kismis.
18. Akan tersenyum apabila melihat wajahnya sendiri di cermin.
19. Boleh melihat pelbagai jenis warna.
20. Akan menangis apabila orang yang dia kenali pura-pura meninggalkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasan tak, adakalanya ada baby suka melihat individu tertentu? Tetapi dalam situasi lain pulak, baby anda mungkin akan menunjukkan reaksi tidak suka kepada sesetengah individu. Haaa..nak tahu tak sebab apa? Ada rahsia menarik yang nak dikongsikan.
Bayi comel merenung ke arah anda? Ini sebabnya!
Secara semula jadi
Pernah tak apabila anda berdepan dengan bayi dan dia kelihatan seperti suka melihat anda? Itu tandanya pada pandangan mereka anda adalah cantik / kacak. Mesti rasa bangga, bukan? Kembanglah hidung sekejap.
Ini bukan rekaan tetapi ia adalah satu kajian yang dilakukan di United Kingdom. Dijalankan pada tahun 2004, kajian ini adalah berkisarkan mengenai aspek tingkah laku atau psikologi seseorang bayi.
Dalam kajian ini mendapati bayi tidak perlu diajar atau belajar mengenai cara dan kaedah mengenal wajah, tetapi mereka secara semula jadi sudah dilahirkan dengan kemahiran ini. Menarik, bukan?
Individu cantik
Dalam penyelidikan melibatkan bayi-bayi yang berusia seawal sehari, mereka diperlihatkan atau ditayangkan gambar-gambar muka dan hasilnya mendapati bayi-bayi tersebut lebih banyak menghabiskan masa untuk melihatkan wajah dengan ciri wajah menarik.
Menurut salah seorang penyelidik daripada University of Exeter, Alan Slater, “Daya tarikan bukan terletak pada kaca mata mereka yang melihat. Ia adalah satu perkara yang semula jadi wujud dalam bayi yang baru lahir.”
Melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Slater yang melibatkan bayi seawal usia sehari ini, membuktikan bahawa bayi tidak lahir ke dunia dengan sekadar ‘lembaran kosong’. Tetapi mereka memasuki dunia dengan sistem perkembangan persepsi yang cukup seimbang.
Simetri sempurna
Slater menjelaskan bayi suka melihat individu yang mempunyai raut wajah menarik mungkin kerana beranggapan bahawa individu cantik dan kacak ini mempunyai simetri wajah yang sempurna sebagai seorang manusia.
“Seorang bayi dilahirkan dengan persepsi wajah individu manusia yang sempurna. Disebabkan itu, mereka seperti sudah biasa melihat wajah individu cantik dan kacak.
Situasi ini sekali gus membantu mereka untuk lebih mengenali wajah-wajah individu lain. Malahan, secara tidak langsung, individu dengan raut wajah menarik ini dapat membantu mereka mengenali dunia sosial,” jelas Slater.
Bayi comel tengok sebab lebih kepercayaan
Satu kajian lain yang diterbitkan dalam British Journal of Developmental Psychology menunjukkan bayi serta kanak-kanak lebih mudah mempercayai kata-kata yang dilafazkan oleh individu dengan raut wajah yang menarik. Ini khususnya melibatkan wanita cantik. Beruntunglah wanita yang mempunyai raut wajah cantik!
Kajian ini menyatakan sama ada bayi lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai tahap minat dan kepercayaan yang sama. Ini bermakna mereka lebih mempercayai wanita cantik atau lelaki yang kacak berbanding individu dengan raut wajah kurang menarik.
Pengiktirafan ikhlas
Jadi apa yang boleh disimpulkan daripada artikel ini? Mudah je. Kalau kata selepas ini bayi anda atau mana-mana bayi merenung anda, percayalah itu merupakan satu pengiktirafan paling ikhlas yang menyatakan bahawa anda adalah individu cantik dan kacak. Senyum dan berbanggalah!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
22 tahun hidup bersama, rumah tangga Edika Yusof dilanda badai. Kisah rumahtangga pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, menjadi perhatian apabila dilaporkan bahawa Hidayah telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar pertengahan Februari lalu.