Tahun depan anak-anak dah mula masuk ke tadika ataupun sekolah? Memang seronok dan teruja nak tengok anak kecil kita mula ke sekolah. Terasa dah besar si kecil kita ni, pelbagai persiapan sekolah dibuat ibu ayah, semua barang terasa nak dibeli.

Namun disebalik keterujaan kita sebagai ibu ayah yang bakal menghantar anak ke sekolah ataupun tadika, ada beberapa perkara tentang anak-anak yang perlu kita pandang serius. Ikuti perkongsian ini

“Jangan Pakaikan Anak Barang Kemas Ke TADIKA” Antara 22 Peringatan Mesra Dari Cikgu Untuk Ibu Ayah

PERINGATAN MESRA ❤❤

( khusus buat ibu ayah yang anak nak masuk tadika )

1. Jangan beli barang mahal .Beli yang murah supaya bila hilang mak tak mengamuk.

2. Beli pensel warna yang 12 batang supaya anak dpt belajar tentang warna dan lebih kreatif belajar mengadun warna .

3. Ajar anak pergi ke tandas dengan cara yg betul.Nak buka zip khususnya….tersepit nanti naya! Jangan pakai tali pinggang ye….berjam nak buka tali pinggan nanti.

4. Ajar anak tidur awal dan bangun awal di cuti sekolah supaya anak tak liat bangun awal ke sekolah

5. Ajar anak minum air kosong dan jangan bawa bekal air manis ke sekolah.

IKLAN

6. Jangan bawa bekal Mcd / KFC / Pizza. Kalau nak bawa pastikan cukup untuk satu kelas makan.

7. Potong kuku anak….nanti dia cakar cikgu bila meronta nak balik .

8. Jangan beli beg sekolah atau alat tulis vouge sangat nanti orang lain meragam nak juga orang punya .Kalau hilang….pastikan mak ayah jangan suruh cikgu cari .

9. Ajar anak jangan lap mulut pd lengan baju sekolah.Kalau mak rajin sental, tak apa.

10. Mak mak jangan jadi pengintip di tingkap.
Lepas anak masuk kelas, sila balik.Kena percaya pada cikgu dan anak.Kalau rasa tak percaya, bawa anak balik rumah.

11. Jangan mesej cikgu tanya pasal anak masa waktu persekolahan .Cikgu tak ada masa nak jawab .Jangan minta suruh post gambar anak.( Cikgu sah sedang dok bersilat dalam kelas pada minggu pertama )

IKLAN

12. Tulis nama betul anak pada semua barang termasuk kasut dan stoking. Nama betul, bukan boboboy !

13. Mula panggil anak dengan nama rasmi dalam surat beranak. Bukan adik abang manja lela segala.

14. Pesan pada anak….banyak kali dan ulang setiap hari bahawa dilarang menangis dan mengamuk di sekolah.Nanti cikgu tukar jadi gorilla.

15. Google tarikh persekolahan 2020.
Semua tarikh ada. Ambil tahu bila sekolah buka macam kita ambil tahu sale lazada.

16. Jangan malu Jangan segan utk follow up tntg ank dgn cikgu. Nak tnya, whatsapp terus cikgu pada masa sesuai.

IKLAN

17. Pastikan potong rambut anak dengan kemas tanpa ada rambut stylo atau warna kuning oren biru ungu ya….

18. Pastikan check suhu badan anak sebelum hantar ke sekolah. Pastikan anak sihat sewaktu datang ke sekolah. Jika anak sakit / demam, jangan sesekali hantar ke sekolah siap bagi bekal ubat pada cikgu. jika betul2 sakit minta sijil sakit pada doc (jika perlu)

19. Jemput anak pada masa yang tepat.
Jangan ambil kesempatan minta cikgu tunggu anak anak kita. Urus pengangkutan anak dengan baik.

20. No toys… No barang kemas…Hilang cikgu tak wajib cari dan jangan whatsapp cikgu suruh cari.

21. Jangan tolong anak bawa beg sekolah.
Biar anak bawa sendiri. ( belajar berdikari )

22. Jangan tolong cari kasut anak .
Biar anak cari sendiri dan mak ayah kena sabar tunggu anak pakai kasut sendiri.

*peringatan untuk diri sendiri jugak ni

Kredit: Cikgu

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI