Malam ini pasti ada mak ayah yang masih lagi mencuba pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa esok hari.
Berpuasa tidak memerlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan apa itu puasa, agar lama-kelamaan anak itu sendiri akan timbul minat untuk berpuasa.
Inilah yang cuba disampaikan oleh Dr Taufiq Razif melalui satu perkongsiannya di facebook.
Kalau anak kita tak bersedia untuk menyambut Ramadhan, mereka akan: – terkejut – tak selesa – bermalas-malasan – anggap bulan puasa tempat berlapar semata
Padahal bulan puasa ni kalau betul persiapannya, ia akan menjadi bulan yang paling anak kita tertunggu tunggu setiap tahun.
Asalkan kita didik dan persiapkan anak kita – kita bagitahu anak kita bulan Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi
Ads
– kita cerita pada anak kita tentang nikmat dan ganjaran orang berpuasa
– kita bagitahu anak kita bahawa bulan cuma bukan cuma puasa makan semata tetapi puasa juga mata, kaki, tangan, lidah dan seluruh anggota.
– kita persiapkan ruangan khusus untuk baca Al Quran dan berbuka bersama keluarga.
Ads
– kita hiburkan hati anak anak dengan pengalaman lucu kita berpuasa sewaktu kita di usia muda
InsyaAllah anak yang bahagia berpuasa di awal usia akan bahagia untuk berpuasa di umur dewasa.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkahwinan itu tidak semudah yang disangka. Namun jika berjaya membawa sebuah perkahwinan dengan tiang agama yang ditetapkan pada anak dan isteri, sudah semestinya satu ganjaran dari Allah di syurga kelak.
Isteri yang disayangi malah dipimpin sebaiknya di jalan Allah pasti membuatkan isterilah insan paling bahagia. Jangan menidakkan hak isteri.
Perkongsian Muhammad Hassan atau EncikMatt yang sering berkongsi kisah kehidupan berkeluarga ini boleh kita jadikan panduan dalam berumah tangga. Kita jalankan tanggungjawab kita sebaiknya pada anak isteri.
Jika isteri kahwin lagi setelah kematian suami, nanti disyurga dengan siapa mereka akan bersama? Ustaz dalam kuliah bagi dua jawapan.
Pertama: Syukur sangat terus jika masuk syurga, takut dua-dua masuk neraka sebab didunia tidak saling jaga agama, jauh dengan agama.
Kedua: Baru ustaz jawab soal.
Isteri akan bersama dengan suami yang dia betul-betul sayang didunia dan yang betul-betul ikhlas didik dia pada agama taat Allah dan Rasul.
Jika di dunia sepak terajang isteri, buat isteri macam hamba, bermaksiat dengan perempuan lain. Takpernah ajar isteri agama, solat, tutup aurat. Bagaimana di akhirat nanti nak bersama isteri dalam syurga.
Sebab itulah kita suami besar tanggungjawab. Bukan sekadar cukupkan makan minum dan tempat tinggal sahaja. Bekalan diakhirat tersangatlah penting.
Jika kita mati dalam keadaan isteri berpuas hati dengan kita, tidak menzalimi dia. Tinggal sedikit harta dan bekalan agama untuk dia.
Mudahan Allah bangkit kita di diakhirat masuk syurga tanpa hisab tanpa Isteri dan anak-anak tuntut dari kita. Inilah usaha yang sangat bernilai di alam yang kekal abadi.
Jadi suami itu mudah. Untuk galas tanggungjawab itu susah.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang dulu tak ada Google, tapi dia ada naluri. Tak ada skincare mahal, tapi ada bedak sejuk. Tak ada diffuser, tapi daun pandan jadi penenang. Petua mak-mak lama ni bukan sekadar petua ia warisan, cinta, dan survival.
Zaman sekarang kita sibuk kejar efficiency nak semua cepat, senang, klik-klik terus dapat. Tapi makin moden kita, makin penat jiwa. Pernah tak rasa rindu suasana rumah nenek dulu yang tenang, wangi, dan rasa selamat? Itu hasil petua dan amalan orang dulu. Mereka cipta kesejahteraan dengan bahan semula jadi, doa yang tak putus, dan kasih yang tak berkira.
Kalau kita rasa tertekan, penat, burnout, atau rasa macam tak cukup “mak-mak”, cuba tarik nafas dan tengok balik apa yang mak kita dulu buat. Mungkin, jawapannya ada kat situ.
Orang dulu buat minyak kelapa sendiri. Malam-malam urut anak lepas mandi. Untuk tidur lena, buang angin, elak kembung. Bau dia pun dah cukup menenangkan.
Hari ni kita boleh beli je minyak kelapa dara, tapi jangan skip urut. Gunakan masa tu untuk bonding usap kepala anak, doa perlahan-lahan, dan rasa getaran kasih tu mengalir. Urut kaki anak sambil cakap, “Mak sayang sangat kat kamu…”
Mak dulu tak panggil itu self-care, tapi sebenarnya itu healing.
Mak kita tak pergi spa. Tapi dia tahu bila badan dah berat, kepala serabut, jiwa marah ambil besen, air suam, garam kasar. Rendam kaki 10-15 minit. Letak daun limau purut kalau ada.
Air tu nanti jadi keruh. Tapi mak kata tu angin dan penat yang keluar. Lepas tu badan ringan, kepala clear. Mak tidur lena, esok bangun senyum.
Cuba buat malam ni. Kalau anak kecil, rendam sama-sama. Sambil tu borak tentang hari mereka. Kita tak perasan pun kadang kita healing anak hanya dengan kaki dalam air.
Petua ni paling mahal sebenarnya. Mak dulu simpan untuk lepas bersalin. Rebus daun sirih, manjakani, tambah sikit bunga cengkih atau halba. Minum suam-suam, terasa macam tubuh “dikemaskan” dari dalam.
Zaman sekarang ni kita asyik kejar supplement mahal, tapi petua ni sebenarnya bantu stabilkan hormon, buang angin, dan beri tenaga. Nak lagi best, minum masa badan rasa lesu menjelang period.
Mak tak pernah explain scientific terms, tapi dia tahu bila badan sendiri ‘out of sync’.
Jadi mak zaman sekarang memang lain. Kita ada banyak tools moden, banyak pilihan. Tapi kalau kita selitkan sedikit je amalan dari mak-mak kita dulu dalam rutin harian, dalam cara kita rawat anak, diri dan rumah kita bukan je menyambung warisan, tapi kita sambung semula cinta yang kadang terputus.
Petua ni bukan untuk ganti sains, tapi untuk seimbangkan jiwa. Bukan untuk ikut membuta, tapi untuk rasa berakar semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bercakap bab perancangan kelahiran anak semua akan fokus pada kaum wanita. Hakikatnya para suami pun boleh juga merancang kelahiran anak tapi kena ada ilmu dan info yang betul.
Tempoh mengandung isteri selama 9 bulan seharusnya melibatkan suami dalam bab perancangan menyambut kehadiran orang baru. Tiada lagi tipikal situasi hanya isteri sahaja yang sibuk buat persiapan sedangkan sumai buat ‘dekk’ je.
Pesanan ‘mesra’ untuk para suami yang ditulis oleh Dr Ahmad Firdausyang juga seorang bapa wajar dijadikan sebagai panduan berguna untuk suami merancang kelahiran anak.
BIRTH PLAN untuk suami.
Saya seorang lelaki. Saya tiada rahim.
Layakkah saya untuk membuat birth plan atau perancangan untuk kelahiran?
Mesti la boleh.
Bak kata orang England, it takes two to Tango. Isteri takkan tiba – tiba mengandung secara ajaib kan? Mesti ada pasangan hatinya.
Jadi, apa yang harus saya rancang?
Sebagai seorang suami yang mencintai isteri, buat keputusan bersama. Ada 38 hingga 40 minggu untuk anda bersedia dengan rancangan anda.
1. Temujanji
Bukan temujanji ‘dating’, tetapi temujanji berjumpa doktor. Buat keputusan bersama. Nak ke Klinik Kesihatan Awam atau ke Klinik Pakar Swasta. Dua – dua ada kebaikannya tersendiri.
Kalau nak dapatkan temujanji yang lebih flexible, boleh ke klinik swasta. Boleh buat temujanji pada hari Sabtu. Kalau tunggu lama sangat, nanti ada petugas yang tuangkan air coklat panas dan biskut. Tapi kena bayar lebih sikit la. Segala kos ujian darah dan pengimejan (ultrasound) perlu ditanggung sendiri.
Di klinik kesihatan awam pula, faham – faham lah. Pesakit ramai. Masa menunggu pun lama. Jangan harap lah nak ada petugas tuangkan air milo. Bayaran pula berapa? Percuma sahja. ‘Bayaran’ tersebut termasuk kos rawatan, ujian dan konsultasi.
2. Simpan duit
i. Bayaran bersalin di hospital swasta.
Jika nak bilik cantik, layanan mesra jururawat 24 jam tanpa masam muka dan pilihan doktor wanita sepenuh masa, apa salah pilih untuk bersalin di hospital swasta kan? Sediakan sahaja wang secukupnya. Dalam RM 5000 hingga RM 10,000 kena ada dalam poket.
Ingat. Ini untuk isteri dan bakal cahaya mata tercinta tau. Jangan la pula beli supplemen ‘badan kuat’ dan ekzos kereta sampai beribu riban boleh mampu, tapi untuk hal keluarga jadi tak mampu pula.
ii. Peralatan untuk susu bayi.
Botol susu, breast pump, food warmer dan bottle sterilizer. Empat benda ni sangat digalakkan untuk dibeli. Kalau beli jenis yang elok, boleh digunakan berkali – kali. Jangan lokek duit. Barang – barang ni (kecuali botol susu) boleh digunakan sampai anak ke empat.
iii. Cuti Menyusu.
Adalah menjadi impian setiap ibu mengandung untuk memberi susu ibu sepenuhnya untuk bayi mereka. Seeloknya sehingga 6 bulan (exclusive breastfeeding). Tetapi akibat komitmen kerja, ramai yang terpaksa meneruskan tugas sejurus selesai cuti bersalin.
Galakkan isteri anda untuk mengambil cuti menyusu (breast feeding leave). Walaubagaimanapun, cuti menyusu ini adalah TANPA gaji. Jadi, sediakan wang secukupnya supaya pendapatan keluarga tidak terjejas selama tempoh cuti menyusu tersebut. Simpan dahulu wang sebelum mengambil cuti menyusu.
iv. Bahan bacaan
Sediakan sedikit wang untuk membeli bahan bacaan seperti himpunan doa untuk ibu mengandung dan cara – cara mendidik anak – anak. Jangan pula menghabiskan duit beli buku perihal kesihatan, tetapi sumber rujukan penulis hanyalah blog penulis sendiri. Zaman sekarang banyak juga buku merepek yang dijual hanya untuk menjana keuntungan.
3. Cuti Rehat
Sepanjang tempoh mengandung, macam – macam perkara boleh berlaku. Pendarahan, bersalin awal, muntah dan loya yang teruk (hyperemesis gravidarum) dan sebagainya. Takkan nak biarkan isteri harungi seorang diri. Kena la tunjuk romantis dan jaga kekasih hati betul – betul. Bukan senang nak harungi 9 bulan mengandung. Sekurang – kurangnya, berikan sokongan moral.
Simpan cuti tahunan secukupnya. Boleh rancang awal – awal kan? Jangan pula datang ke klinik minta MC bohong pula. Nanti apabila anak besar, dia terikut – ikut pula dengan budaya minta MC tipu.
Jika diberi peluang, cari hospital yang mesra suami. Kebanyakan hospital awam ada menawarkan bilik bersalin yang mesra suami. Pegang tangan isteri. Usap rambut isteri. Jangan risau, berada di sisi isteri ketika bersalin tidak akan melembapkan daya pemikiran.
Sebaliknya, ia akan membuka mata si suami tentang betapa cantiknya suatu proses kelahiran. Lihat sendiri pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan zuriat yang akan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya. Kenang kembali pengorbanan ibu kita melahirkan kita. Ketika itu, doakan sekali kesejahteraan ibu bapa kita yang masih hidup atau telah pergi.
5. Doa, doa, doa
Doakan keselamatan isteri mengharungi segala dugaan ketika mengandung.
Doakan bertemu doktor dan misi yang baik ketika bersalin.
Doakan ditemukan dengan doktor wanita.
Doakan aurat isteri sentiasa dipelihara ketika bersalin nanti.
Doakan keselamatan dan kesihatan isteri dan bakal zuriat.
6. Post – partum (selepas bersalin).
Pelan anda tidak berakhir setelah isteri selesai bersalin. Tempoh post partum atau ‘pantang’ juga penting. Belajar cara menjaga bayi bersama. Belajar cara menukar lampin, memandikan anak dan memanaskan susu.
‘Bonding’ bukan sahaja untuk si ibu. Bapa pun perlu ada ‘bonding’ dengan anak. Baru ada kasih sayang utuh dalam keluarga.
Ketika ‘pantang’ ini juga, pantau pengambilan makanan isteri. Ketika ini, ramai ‘scammers’ yang akan datang promosi benda – benda pelik. Produk ketat la, produk susu la, produk ramping la, supplemen la. Jaga – jaga dengan ‘scammers’ ni. Dapatkan bantuan dan rujukan kesihatan dari mereka yang pakar.
Boleh buat kan?
Yang penting ada perancangan.
Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris (Pengerusi dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia)
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.