“Jangan Percaya Kalau Anak Diam Bila Bermain.” Deena Emir Dedahkan Aktiviti Nakal Ali

Share

Deena Emir, Isteri kepada pelakon popular, Saharul Ridzwan telah berkongsi sebuah video di instagram dimana anaknya Muhammad Luth Ali yang berusia 1 tahu lebih yang sedang bermain dengan barang make-up nya secara senyap-senyap.

Video yang mendapat hampir 30 ribu tontonan memaparkan Ali yang comot dan keseluruhan bilik penuh dengan lipstick ibunya telah menarik minat Netizen. Video tersebut telah dimuatnaik dengan caption “Jangan percaya bila anak boleh diam je bila bermain”.

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman anak-anak mereka yang sedang membesar. Tak kurang juga ada yang menasihati supaya barang-barang tersebut diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat.

Allah, Ali ni creative betul lah

Kena sorok benda-benda macam tu, esp gunting

Sel-sel otak sedang berhubung

Jenuh mama nak sental cadar & almari

Sumber: Deenemir

IKLAN