Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim akui anak keempatnya, Nur Amna Quxandra yang mengalami sumbing di bahagian kiri bibir memerlukan lebih perhatian berbanding bayi lain.
Menurut Sheila, bayi yang sumbing akan menyebabkan lidah dan bibirnya menjadi cepat kering.
Atas keprihatinan tersebut, Sheila juga berkongsi tips mudah buat ibu bapa yang memiliki bayi istimewa seperti Nur Amna.
SUSAH TAK JAGA BABY CLEFT?
“Sebenarnya tak susah, cuma perlu perhatian lebih je.
Ads
“SEBAB?
“Keadaan bibir yang tak sempurna membuatkan bibir dan lidah baby senang kering.
“Macam Xandra, bila dia tidur mulut dia sentiasa terbuka. Ditambah pula bibir dia yang ‘cleft’ tu. Jadi lubang udara lebih luas dan angin senang masuk.
Ads
“Jadi ‘mommy’ kene selalu basahkan dengan air. Macam saya, saya basahkan dengan air suam. Setakat ini Xandra selesa.
“’Parents’ yang ada ‘baby cleft’, jangan rasa susah dan berat. Banyak je benda yang boleh kita mudahkan. Jadi ‘enjoy’ dengan ‘baby’ kita yang ‘special’ ni.
Ads
“Bonus tau. Orang lain tak ada. Kita dapat rasa. Kena selalu positif,” tulisnya diakaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sheila juga memohon pengikut IGnya mendoakan kesejahteraan bayi comel itu supaya dapat menjalani pembedahan untuk memperbetulkan keadaan bibir anaknya itu.
Berikutan video tular adik Anas yang berusia dua tahun berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik oleh bapanya membuatkan netizen geli hati dengan telatah comelnya.
Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya seperti mana anak-anak artis.
Mungkin tujuan bapa Anas sekadar suka-suka sahaja untuk merekod aktivitinya bersama anak namun jangka apabila dimuat naik ke facebook dan instagram nampaknya peminat mula suka dan terhibur dengan keletahnya.
Sikap bapa Anas yang suka melayannya bercakap betul-betul membuatkan Anas nampak cerdik dari usianya. Walaupun baru dua tahun tapi keyakinan dan sikapnya yang berani sama seperti budak umur 4 atau 5 tahun.
A post shared by FattahAnas (@fattahanas_official) on
Menurut bapanya, Firdaus, tiada apa-apa rahsia pun dia mendidik Anas.
“Cuma sejak Anas bayi saya sentiasa bercakap dengannya biarpun dia masih tak faham apa-apa dan hanya beri respon dengan bunyi sahaja.
“Lagi satu yang saya biasa buat dengannya sentiasa luang masa bersama. Apa yang dia tanya saya akan jawab. Tak pun kalau dia tak tanya pun saya yang akan cakap dengannya.
“Dari situ Anas banyak belajar. Kadang-kadang saya juga jadi seperti budak semata-mata nak gembirakan Anas. Mungkin orang tengok macam tak budak-budak tapi cara macam tulah bonding saya dengan Anas,” katanya.
Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang membesar pasti sekali-sekala terdetik di hati kenapa susah sangat anak nak dengar cakap. Adakah kita tahu rutin harian membasuh beras yang dilakukan itu sebenarnya rahsia paling mudah nak jadikan anak-anak lembut hatinya dan menjadi soleh dan solehah.
Tapi sebelum anda sering menyalahkan anak kerana sikapnya sedikit degil atau keras kepala sebagai ibu bapa kena teliti cara anda melayan dan mendidik mereka. Adakah terlampau garang atau terlalu dimanjakan?
Perkongsian dari Facebook Ustaz Abdullah Khairi dia memberi tip paling mudah nak diamalkan hanya dalam beberapa minit saja.
Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?
Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan putaran arah jam.
Kadangkala kita lupa nak buat. Jadi sangatlah rugi jika tak diamalkan. Ok mulai hari ini apa kata setiap kali nak membasuh beras jadikan doa ini satu amalan kerana banyak sangat manfaatnya.
Bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi boleh juga lembutkan hati pasangan dan diri ibu sendiri pun sentiasa berada dalam keadaan tenang.
Ini juga yang selalu di pesan Rasulullah SAW doa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa saja keadaan.
Bab mendidik dan membesarkan anak-anak, setiap ibu bapa ada cara tersendiri. Begitu juga dalam mengajar anak membuat kerja rumah. Orang kata, lagi awal kita ajar dan biasakan anak, lagi mudah anak faham tanggungjawabnya.
Seelok-eloknya, beri tugas yang mudah dulu mengikut usia dan bila dah terbiasa secara automatik anak lebih pandai berdikari. Sampai satu masa ia jadi tabiat dan tidaklah hanya buat bila disuruh atau takut kena marah.
Perkongsian menarik dari seorang bapa anak enam, Mohd Yazid Ismail ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dalam mendidik anak untuk sentiasa ringan tulang.
Alhamdulillah Nisreen walaupun baru darjah 1 tapi dia pandai buat sendiri banyak benda. Malah terlebih rajin, hari Jumaat dia dah siap gosok baju sekolah untuk hari Isnin. Lipat baju sendiri. Basuh pinggan sendiri sejak umur 5 tahun.
Ni semua hasil dari dia tengok kakak dan abang juga buat sendiri. Memang berbaloi kami ajar anak-anak buat kerja rumah dari awal, ia jadi norma keluarga sekarang.
Meja makan mesti dilap dan dikemaskan selepas makan. Walaupun anak baru umur 3 tahun kami ajar kalau makanan tumpah mesti kutip sendiri. Bukan Abah bukan Mama yang kutip.
Tempoh hari saya dan 5 orang anak makan di satu restoran di Bukit Mahkota. Mama dan Baby Noura tak ikut. Restoran ni laku, orang beratur tunggu nak duduk kat meja masa tu. Selepas makan saya pergi bayar di kaunter, anak-anak susun pinggan dan gelas. Lap meja guna wipe. Tapi kerja mengemas mereka agak lambat sebab berhati-hati. Padahal dah ada orang tunggu nak duduk di meja kami. Waiter datang bagitahu tak apa tak perlu susunkan pinggan-mangkuk dan tak perlu lap meja, biar waiter yang buat.
Dhia tanya saya “Tak apa ke tinggal tak kemas, Abah?”
Begitulah budak-budak ni akan rasa bersalah jika tak bersihkan selepas makan walaupun di restoran.
Cara didikan ibu bapa penentu masa depan anak
Sebenarnya tiada anak yang dilahirkan sebagai pemalas, tapi ibu bapa yang menjadikan anak malas dengan tidak bagi anak buat kerja rumah dari awal. Bila dah besar susah nak dididik. Anak lelaki dan perempuan mesti sama-sama buat kerja rumah. Tiada beza.
Gunalah peluang masa anak masih kecil untuk ajar dia buat kerja rumah. Sangat senang nak memupuk sifat rajin dari kecil sebab anak-anak masih lembut dan fleksibel. Tak perlu nak marah-marah.
Anak sebenarnya gembira dapat buat kerja rumah sebab budak-budak memang kena ada banyak aktiviti bergerak.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.