Pertanyaan demi pertanyaan dari anak kecil kita adakalanya membuatkan kita rimas. Jangan merungut atau mengelak sebaliknya bersyukurlah si kecil kita sudah mula bercakap berbanding dengan ibu bapa lain yang masih menunggu anak bercakap saban hari.

Layankan sahaja kerana inilah yang sebaiknya. Menurut ahli terapi cara kerja, Pn Ayesha Sairi, anak-anak di usia 6 tahun ke bawah adalah ‘golden age’ yang seharusnya diberikan input dan ilmu sebaiknya. Jadi jawablah pertanyaan anak dengan sebaiknya.


Melayan anak umur 3 tahun.

Anak sulung saya bakal menginjak ke usia 3 tahun. Biasalah umur ini, budak akan suka bertanya. Kadang-kadang tu rasa malas jugak nak menjawab.

Kenapa?
Siapa?
Macam mana?
Bila?

Jangan Rimas Bila Anak Mula Bertanya Itu & Ini, Otaknya Tengah Berhubung, Mama Layankan Saja!

Soalan-soalan ini akan berulang-ulang kali ditanya. Boleh jadi topik yang sama atau topik yang baru. Kita rasa macam dah habis terangkan pada dia. Eh, ada lagi soalan. Kita terang lagi. Eh, ada lagi nak tanya. Aduhai anak.

Contohnya: telefon berbunyi, bapaknya jawab telefon. Selesai sahaja perbualan, bermulalah sesi soal jawab.

IKLAN

Siapa tu bapak? Dia nak apa? Kenapa blablabla? Bila dia nak blablabla? Oooo habis tu macam mana? Blablabla kan bapak?

Masa ni apa yang kita kena buat ialah raikan persoalan dia. Jawab soalan dia dengan laras bahasa yang mudah. Beri penerangan. Beri penjelasan. Kalau dia seperti tak faham, berikan contoh.

Jangan Rimas Bila Anak Mula Bertanya Itu & Ini, Otaknya Tengah Berhubung, Mama Layankan Saja!

Ingat, kefahaman anak kita lebih dari yang kita sangkakan. Cuma dia tak boleh sebut perkataan itu atau dia terlupa. Mungkin nanti bila dia teringat dia akan sebut semula perkara yang kita berbual bersama.

Seterusnya, semasa kita menjawab soalan anak, boleh juga perkenalkan perkataan baru kepada dia. Semakin banyak anak mendengar dan memahami sesuatu perkataan, semakin mudah untuk dia gunakan dengan betul. Semakin mudah untuk dia kaitkan dengan sesuatu.

IKLAN

Masa kita sebut perkataan baru tu, biarlah dengan sebutan yang jelas. Anak boleh dengar dengan baik. Kalau masih tak faham bila kita terangkan dengan perkataan, tunjukkan gambar.

Apa-apa pun, kita kena banyak bersyukur anak kita rajin bertanya, petah bercakap. Sel-sel otak sedang berhubung dengan pesat masa umur bawah 6 tahun. Inilah yang dikatakan sebagai ‘golden age’

Bila saya rasa malas nak layan soalan anak, saya selalu ingatkan diri, betapa ramai ibu bapa di luar sana yang nak anak bercakap. Tertunggu-tunggu bila anak nak bersuara. Hatta menyebut mama, baba. Bukan sedikit.

Jangan Rimas Bila Anak Mula Bertanya Itu & Ini, Otaknya Tengah Berhubung, Mama Layankan Saja!

IKLAN

Jadi kena banyak bersyukur. Kena raikan setiap pertanyaan. Kena beri jawapan yang sesuai dengan umurnya. Kena pandang matanya dan beri senyuman sambil anggguk kepala sebagai sokongan. Teruskan beri galakan kepada anak untuk bertanya dan mempunyai sifat inkuiri.

Ada yang sanggup korbankan masa dan tenaga untuk bawa jumpa para terapis. Korbankan wang ringgit hingga beribu-ribu khusus untuk sesi terapi anak. Setia menunggu giliran untuk berjumpa terapis hingga mengambil masa 3-6 bulan. Rajin mengikut perkongsian para terapis secara online sama ada di FB, instagram, Youtube dan sebagainya.

Maka, sabarlah sikit duhai diri. Sampai masanya mungkin anak dah kurang mahu bercakap dengan kita. Lebih banyak melayan rakan dan telefon masing-masing.

Artikel berkaitan: Anak Kecil Lagi Biasalah Sepah, Jangan Biasakan, Sepah Kena Ajar Anak Kemas Lepas Main, Walaupun 1 Mainan!

Tak Kisah Mainan Murah Atau Mahal, Jangan Biarkan Anak Main Sendiri, Bantu Otaknya Berkembang!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI