Gelagat Achey yang memberikan sokongan padu kepada anaknya, Tiara Zinnirah ketika hari sukan anaknya itu menarik perhatian wargamaya.
Mana tidaknya, tidak hanya Tiara yang terkenal dengan gaya bersahajanya, aksi Achey juga turut mengundang tawa orang ramai.
Menurut perkongsian Achey, anaknya Tiara sedang berlumba untuk acara Ninja Race di sekolahnya dan Achey antara ibu bapa yang begitu kuat menyokong anak-anak di luar padang.
“Buat betul-betul Tiara, jangan kecewakan ayah.
Ads
“Go Tiara Go, jaga lutut.
“Jangan sangkut Tiara. Aku takut sangkut anak aku,” kata Achey yang mengundang tawa orang ramai.
Ads
Namun si comel Tiara berlari dengan pantasnya malah melepasi setiap halangan dengan baik sepanjang pertandingan itu.
Dalam pada itu, aksi Achey sudah pastilah mendapat perhatian ramai yang amat terhibur dengan gaya dua beranak itu.
Ads
Tiara sebelum ini cukup dikenali dengan gaya bersahaja dan kelakarnya bersama ayahnya. Ada-ada aksi comel Tiara. Memang cute!
Musim cuti telah bermula, namun khabar duka buat sebuah keluarga apabila kehilangan anak tersayang.
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan maut selepas dipercayai lemas akibat tergelincir ke dalam tali air di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok Kelantan pagi tadi.
Mangsa, Muhammad Bashir Mohd Arman, bersama abangnya, Mohd Iman Baharin, 10, dikatakan berbasikal ke kawasan tersebut, kira-kira 500 meter dari rumah mereka, sekitar jam 9.10 pagi untuk memancing.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika kejadian, abang mangsa melihat adiknya itu tergelincir ke dalam sungai dan cuba membantu, namun gagal.
“Abang mangsa balik ke rumah memberitahu ibu mereka bahawa mangsa lemas. Kakak mangsa kemudiannya menghubungi bapanya untuk ke lokasi.
“Mayat mangsa ditemukan empat jam selepas pencarian oleh bomba dan polis di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mayat kanak-kanak itu dibawa dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, untuk bedah siasat.
Terdahulu, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila ahli keluarga kanak-kanak lelaki terbabit dilihat tidak dapat menahan sebak.
Mereka dilihat meratapi jenazah kanak-kanak malang itu sebaik sahaja mayatnya ditemukan pasukan penyelamat selepas pencarian selama empat jam.
Dalam pada itu, Mohamad Ismail menasihatkan masyarakat supaya cakna keberadaan anak masing-masing pada musim cuti sekolah ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nahas trak FRU, anak-anak rindukan Koperal Syed Isfan, tertanya-tanya bila papa akan pulang. Sejak Koperal Syed Isfan Syed Mohammad mengalami kecederaan serius dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan pada Selasa lalu, keluarganya terutama anak-anak sudah mula merasai kehilangan dan merindui kehadirannya di rumah.
Menurut isterinya, Rasidah Suhada Zulkifli, 32, ketiga-tiga anak mereka, Syed Habib Rahman, 7; Sharifah Afeeya, 5; dan Sharifah Aylaa, 2, masih tertunggu-tunggu kepulangan bapa mereka dan berharap agar dia segera sembuh dan kembali bersama mereka.
“Saya sendiri buntu nak beri penjelasan kepada anak-anak, apatah lagi bila mereka tonton berita tentang kejadian itu di televisyen,” ujar Rasidah.
Katanya, dia hanya mampu memberitahu bahawa bapa mereka mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan dan kini dirawat oleh doktor di hospital.
“Saya cakap papa jatuh dan cedera sikit je. Saya tak sampai hati nak beritahu keadaan sebenar. Saya cuma kata, nanti papa balik, kita semua akan jaga dia sama-sama,” katanya.
Sejak kejadian itu, Rasidah terpaksa berulang-alik dari hospital ke rumah. Dua anak sulung kini dijaga oleh adik-beradiknya, manakala anak bongsu masih menyusu badan dan perlu bersamanya.
“Alhamdulillah, anak bongsu saya tidak terlalu meragam walaupun diasuh oleh orang lain buat sementara. Dulu dia takut orang, tapi sekarang dia nampak macam faham situasi,” katanya.
Tambahnya lagi, setiap kali terdengar bunyi kereta di hadapan rumah, si kecil itu akan menjerit memanggil “papa”, seolah-olah mengharap ayahnya pulang.
“Saya hanya mampu tunjukkan gambar suami kepada anak-anak untuk lepaskan rindu. Saya pujuk mereka dan bagi semangat agar terus kuat hadapi dugaan ini,” luahnya.
“Allahu Akbar… kesian anak aku ni, anak aku takut…”
Itulah antara jeritan pilu seorang bapa yang kini tular di media sosial, meruntun hati ramai apabila melihat sendiri detik cemas keluarganya terperangkap dalam banjir Perak. Dalam video berdurasi 19 saat itu yang tular di media sosial, kedengaran suara seorang wanita merayu penuh panik, meminta pertolongan sambil air semakin naik mencecah paras pinggang.
Tangisan anak kecil, laungan doa dan suara lelaki yang cuba menenangkan keluarganya bergema di sebalik deruan air yang deras cukup membuat sesiapa pun terasa luluh. Ia bukan sekadar video banjir Perak biasa, tapi gambaran sebenar bagaimana detik getir boleh menguji kasih seorang ibu dan ayah demi melindungi anak mereka.
Beberapa keping gambar yang turut dikongsikan menunjukkan seorang bapa memangku erat bayinya, berjalan perlahan-lahan meredah air sambil menahan getar dan risau di hati. Air banjir yang keruh dan deras tidak menghalang naluri seorang ayah langkahnya mungkin goyah, tapi pelukannya tetap teguh.
Turut kelihatan mangsa lain memanjat ke atas bumbung kenderaan, mencari tempat lebih tinggi untuk berlindung sementara menunggu bantuan tiba. Dalam keadaan genting begitu, hanya doa menjadi penguat semangat antara hidup dan maut, mereka masih menggenggam harapan.
Suasana yang dirakam itu cukup menyentuh hati warga maya. Ruang komen dibanjiri dengan doa dan ucapan simpati daripada netizen yang turut merasa pedihnya detik itu. Ramai juga mengingatkan agar penduduk di kawasan terjejas banjir Perak segera berpindah ke pusat pemindahan dan tidak mengambil risiko berada di rumah ketika air mula naik.
Kerana di sebalik setiap bencana, ada kisah keluarga yang sedang berjuang ada anak kecil yang menangis ketakutan, ada ibu yang tak berhenti berdoa, dan ada ayah yang sanggup redah apa saja demi memastikan keluarganya selamat.
Buat mereka yang sedang diuji, semoga diberi kekuatan dan perlindungan Allah. Semoga banjir Perak ini cepat surut, dan semoga setiap jiwa yang terkesan diberi ketabahan untuk membina semula kehidupan.
Menurut laporan terkini Berita Harian, seramai 2,171 mangsa banjir daripada 759 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Manjung serta Larut, Matang dan Selama (LMS) setakat jam 8 pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga PPS dibuka di daerah Manjung, manakala 19 PPS beroperasi di daerah Larut, Matang dan Selama.
Antara kawasan terjejas di daerah ini ialah Kampung Simpang Halt, Kampung Sungai Baru, Kampung Salak Baru, Kampung Sungai Lubok, Kampung Masjid, Kampung Batu 8, Kampung Batu 9 dan Kampung Ulu Sepetang.
Kawasan lain termasuk Kampung Jelapang Jaya, Taman Simpang Makmur, Kampung Sungai Batu Teguh, Taman Simpang, Kampung Baru Simpang, Kampung Batu 27 Hampar, Kampung Jawa dan Kampung Kelubong.
Antara kawasan terjejas akibat banjir Perak di daerah Manjung ialah Kampung Nelayan, Kampung Sungai Batu, Taman Pantai Wang, Kampung Lorong Masjid, Pantai Tin dan Kampung Padang Serai. Kawasan lain termasuk Kampung Tersusun, Taman Anggerik dan Kampung Pulau Kabung.
Selain itu, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Taiping arah utara di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) ditutup sementara akibat hujan berterusan yang menyebabkan air bertakung di kawasan berkenaan.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan di akaun rasmi X memaklumkan, penutupan itu perlu bagi memastikan keselamatan semua pengguna lebuh raya. Pengguna dinasihatkan berhati-hati dan peka dengan arahan semasa pihak berkuasa sepanjang tempoh banjir Perak ini.
Dalam suasana getir ini, seluruh rakyat Malaysia turut bersatu mendoakan agar keadaan kembali pulih. Semoga semua mangsa banjir Perak terus tabah, dan semoga setiap pengorbanan ibu bapa yang melindungi anak mereka dalam bencana ini menjadi inspirasi kepada kita semua — bahawa kasih keluarga lebih kuat daripada apa jua arus kehidupan.
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.