Semua bayi dilahirkan comel, justeru, kita tidak dapat menghalang diri kita daripada mencium dan menggomol bayi.

Malangnya, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa perbuatan ini boleh membahayakan kesihatan bayi baru lahir. Berikut 3 penyakit paling lazim yang boleh menjangkiti bayi jika dia sering dicium.

Mononucleosis (“Penyakit mencium” atau “Mono”)

Mononucleosis ditafsirkan sebagai penyakit berjangkit yang disebarkan melalui perpindahan air liur yang mengandungi virus Epstein-Barr viruses (EBV). Pendedahan paling biasa kepada penyakit ini adalah melalui tindakan mencium. Namun, pesakit juga boleh mendapat virus ini melalui seseorang yang mengalami batuk, bersin atau berkongsi perkakas makanan dengan orang yang dijangkiti.

Walaupun mononucleosis tidak berbahaya, namun ia boleh menyebabkan komplikasi dan mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul. Antara komplikasinya termasuklah:

IKLAN

+ Pembesaran limpa – organ kecil berdekatan dengan perut yang bertanggungjawab kepada kualiti sel darah. Dalam kes yang teruk, pesakit mungkin memerluakn pembedahan kerana ia boleh menyebabkan limpa pecah.
+ Masalah hati  – pesakit boleh menderita sama ada Hepatitis (radang hati sederhana) atau Jaundis (kulit dan mata bertukar kuning)

Komplikasi biasa lain seperti anemia, masalah jantung, thrombocytopenia (kurang platelet dalam darah) atau bengkak tonsil sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

Jangan Sebarkan Virus! Ini Sebab Mengapa Tidak Boleh Sewenang-wenangnya Cium Bayi

IKLAN

Virus kayap bunga (HSV):

Herpes ataupun kayap adalah satu jangkitan kronik yang disebabkan apabila salah satu 1 dalam 2 jenis virus yang berkait rapat memasuki kulit dalam kawasan tertentu:

+ Virus kayap bunga jenis 1 (HSV-1) kebanyakannya dihantar melalui hubungan oral. Ia boleh menyebabkan kayap oral.
+ Virus kayap bunga jenis 2 (HSV-2) kebanyakannya dihantar melalui hubungan seks. Ia boleh menyebabkan kayap genital (bahagian intim).

IKLAN

Jika bayi baru lahir anda dicium pada mulut, dia mungkin akan mendapat jangkitan kayap bunga jenis 1 dan kayap oral – keadaan di mana berlaku lepuh kecil yang menyakitkan (juga dikenali lepuh sejuk) mula merebak pada bahagian bibir, gusi, lidah, dan dalam mulut bayi.
Kayap ini tidak membawa maut kepada orang dewasa. Bagaimanapun, ia boleh mengancam nyawa bayi baru lahir memandangkan sistem ketahanan tubuh mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Virus ini boleh menyerang teruk tubuh mereka, menyebabkan komplikasi seperti encephalitis (radang otak) dan keratitis (radang mata).

Pereputan gigi awal

Mencium bayi pada mulutnya boleh menyebabkan mereka mendapat kaviti semasa peringkat awal alam kanak-kanak mereka. Ini kerana orang dewasa boleh memindahkan bakteria yang disebabkan kaviti seperti Streptococcus mutans melalui air liur mereka ke dalam mulut bayi. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan daripada meniup makanan bayi mereka kerana ini juga adalah cara pemindahan air liur.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI