Siapa tak mahu jadi ibu bapa ohsem buat anak-anak. Maksudnya kita adalah sempurna di mata mereka. Mungkin sebelum ini, ada yang dah anggap caranya dah betul mendidik anak. Tak kurang juga yang rasa gagal sebab anak-anak susah nak dengar kata.
Menurut Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, mak ayah kena yakin kita adalah ibu bapa hebat dan mampu memberi kecemerlangan untuk anak-anak. Cuma bagaimana acuannya bergantung kepada cara kita mengemudi.
Bagaimanapun ramai ibu bapa rasa mereka tak layak nak jadi ibu bapa ohsem pada anak-anak kerana tak belajar tinggi, kerja biasa-biasa dan bukanlah dari golongan yang senang. Ingat sebenarnya Allah dah cipta sebaik-baik kejadian.
Cuma bagaimana kita melaksanakannya bergantung pada kehendak kita. Dengan syarat kita dah didik anak itu dengan betul, doa tak pernah putus serta sentiasa memberi semangat positif dalam diri anak.
Ads
Ingat guru pertama anak adalah ibu. Jika ibu lebih peka, cemerlang, cakna tak mustahil anak mampu berjaya dunia akhirat walaupun kita hanya biasa-biasa sahaja.
Paling penting tanamkan dalam hati niat yang baik. Bila hati bersih apa yang kita doakan mudah termakbul. Sebaiknya ibu cubalah luangkan masa untuk lakukan solat sunat, baca al-quran dan buat kebaikan sepanjang masa.
Nak jadi ibu bapa yang ohsem, kena selalu positif. Setiap anak dah ada rezeki dan kehebatan masing-masing. Cuma trend sekarang ini ramai pasangan dah siap-siap cakap saya nak dua je anak sebab tak mampu, kos sara hidup mahal dan macam-macam lagi. Apa-apa pun sepatutnya berbalik la pada qada dan qadar Allah.
Berdasarkan kajian juga 75 hingga 85 peratus pemikiran kita adalah negatif. Sebab itu Rasulullah selalu berpesan kena sentiasa bersangka baik pada diri, anak dan orang sekeliling kita.
Ads
Selain itu, jagalah ibadah dan tingkah laku kita selain amalkan suasana rumah tangga kondusif. Paling penting, rezeki yang di bawa balik kena berkat.
Ads
Lagi satu ciri nak jadi ibu bapa yang ohsem juga adalah bila cakap dengan anak kena ikut tahap kefahaman akal anak. Anak kecil lain, anak besar lain, anak keras hati lain. Bila mak-mak positif, anak pun positif.
Setiap wanita yang berkahwin pasti ingin mempunyai zuriat sendiri. Namun tidak semua bernasib baik untuk hamil. Ia mungkin disebabkan masalah kesuburan atau juga beberapa masalah lain yang sering melanda kaum wanita.
salah satunya adalah Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS. Sindrom polisistik ovari (PCOS) merupakan merupakan salah satu penyakit yang lazim dialami oleh wanita yang sukar hendak hamil.
Ia boleh memberikan kesan perubahan fisiologi kepada kitaran haid dan rupa fizikal seseorang individu yang menghidapnya.
Keadaan kesihatan ini akan menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon di dalam badan.
Ia juga boleh menyebabkan paras hormon androgen (hormon lelaki) meningkat melebihi paras normal.
Perkara ini boleh menyebabkan simptom seperti hirsutisme (tumbuh misai, janggut, bulu dada), keguguran rambut dan jerawat berlaku.
Walaupun wanita dengan masalah PCOS sukar untuk hamil, namun ada rawatan dan kaedah yang mampu meningkatkan kebarangkalian mereka untuk menimang cahaya mata.
Teruskan membaca untuk mengetahui tips cepat hamil bagi pesakit PCOS dengan lebih lanjut.
#1 Kawal berat badan untuk tingkatkan kesuburan
Kawalan berat badan tidak menjamin kehamilan, namun ia merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Mereka yang mengalami masalah PCOS kebiasaannya bergelut dengan berat badan sendiri.
Ini berikutan proses patologi penyakit itu sendiri menyebabkan badan tidak memproses tindak balas insulin secara normal.
Kesannya, mereka yang mengalami PCOS mudah untuk mendapat masalah obesiti.
Obesiti boleh menyebabkan mereka yang didiagnosis dengan PCOS untuk tidak mengalami proses ovulasi.
Ovulasi adalah proses fisiologi yang melibatkan pengeluaran sel telur (ovum) ke saluran reproduktif untuk disenyawakan dengan sperma.
Tanpa ovum, persenyawaan tidak akan berlaku maka wanita terbabit akan mengalami kesukaran untuk hamil.
Menurut kajian yang dijalankan di sebuah Fakulti Perubatan di Washington, Amerika Syarikat (USA) penurunan berat badan dalam lingkungan 5% hingga 10% boleh menyebabkan kitaran haid bagi pesakit PCOS untuk menjadi teratur semula.
Jika digabungkan dengan penggunaan ubat kesuburan yang dibekalkan oleh doktor, peluang untuk seseorang itu hamil tinggi.
Walau bagaimanapun, bukan semua pesakit PCOS perlu menjalani penurunan berat badan sebelum mereka boleh cuba untuk hamil.
Perkara ini akan ditentukan berdasarkan kepada keadaan klinikal pesakit.
Pun begitu, memang sukar untuk wanita yang mengalami PCOS untuk menurunkan berat badan memandangkan hormon mereka tidak berfungsi dengan normal.
Oleh sebab pesakit PCOS mudah untuk mendapat masalah obesiti, amalan pengambilan makanan seimbang perlu ditekankan.
Malahan, rawatan kesuburan akan lebih berkesan sekiranya seseorang individu itu berada dalam keadaan sihat.
Meskipun begitu, ada ke amalan diet khas yang boleh diamalkan oleh mereka yang didiagnosis dengan masalah PCOS?
Kebanyakan pakar mempunyai pendapat masing-masing berkaitan dengan hal ini.
Sebagai contoh, diet yang melibatkan kandungan karbohidrat rendah.
Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Kejururawatan di Universiti Missouri-Kansas menunjukkan kaitan positif di antara pemakanan seimbang dan senaman berkala terhadap kitaran haid pesakit PCOS.
Masih tiada lagi dapatan yang menunjukkan, secara mutlaknya, amalan pemakanan sihat dan senaman berkala boleh membantu anda untuk hamil.
Namun, tubuh badan sihat penting bagi menjamin kehamilan yang sihat.
Pelbagai jenis ubat boleh dipreskripsikan kepada pesakit PCOS untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatan mereka secara menyeluruh.
Antaranya adalah ubat diabetes, metformin.
Oleh sebab pesakit PCOS mudah mendapat masalah kerintangan insulin, pengambilan metformin boleh membantu mengawal paras gula di dalam darah.
Mereka yang mengambilnya boleh menikmati pelbagai jenis kebaikan fisiologi seperti penurunan berat badan, kitaran haid yang lebih teratur, meningkatkan keberkesanan ubat kesuburan dan menurunkan risiko keguguran.
Ubat kesuburan seperti clomid pula lazim diberikan kepada mereka yang mengalami PCOS.
Tahap keberkesanannya tinggi namun terdapat individu yang rintang dengan ubat ini. Gabungan metformin dan clomid boleh meningkatkan keupayaan untuk membantu anda hamil.
Ubat lain seperti Letrozole dan gonadotropin akan diberikan sekiranya gabungan metformin dan clomid tidak berkesan.
Pemberian ubat ini boleh berbeza dan tidak semestinya mengikut urutan seperti yang dinyatakan.
Ia bergantung kepada kesesuaian semasa dan hanya boleh ditentukan oleh doktor yang memeriksa.
Jika ubat tidak berjaya membuatkan anda hamil, langkah seterusnya adalah lebih bersifat teknikal.
Doktor akan memberikan ubat yang boleh menggalakkan proses ovulasi berlaku.
Setelah ovum berjaya diambil, ia akan disenyawakan di luar badan (makmal) menggunakan satu kaedah yang dikenali sebagai persenyawaan in vitro (IVF).
Telur yang diambil akan disenyawakan di dalam beberapa buah piring Petri, dan jika berjaya, embrio yang terbentuk akan dipindah masuk ke dalam rahim ibu.
Ujian kehamilan akan dibuat beberapa minggu selepas itu.
Cabaran yang perlu ditempuhi oleh pesakit PCOS untuk hamil agak tinggi.
Walau bagaimanapun, tidak mustahil bagi mereka yang menghidapnya untuk menjalani kehidupan normal seperti individu lain.
Jika anda mempunyai PCOS dan merancang untuk hamil, sila rujuk doktor perubatan anda untuk tips cepat hamil yang lebih berkesan.
Ramai ibu mesti nak tahu tips pantas kemas baju di rumah yang dapat jimatkan masa, tenaga dan tiada lagi masalah baju menggunung lagi.
Kebanyakan ibu mesti ada masalah lipatan baju setinggi gunung kalau terlepas melipat satu hari. Melipat baju antara tugas rumah tangga yang agak ‘malas’ dilakukan oleh ramai ibu.
Jadi apa kata kita ubah cara pengurusan pakaian harian sekeluarga dengan cara lebih efisien dan pantas.
Cara dipraktikkan oleh Dr Hani Mynis ini sangat bijak dan yang penting dapat menjimatkan tenaga, masa dan ruang di dalam rumaj.
Pengurusan pakaian Seperti dijanjikan, ini perkongsian hani mengenai pengurusan pakaian Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yang hani paling malas nak buat ialah melipat baju
Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani cakap kat alif nak korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua untuk dijadikan “open wardrobe”.
Memandangkan sebelum ni pun memang dah sangkut dua penyangkut tu untuk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dalam bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut kat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ.
Nampak macam tak banyak je kan baju hariannya tapi last spring cleaning tahun lepas banyak baju yang hani buang dan dermakan. Sebab kadang-kadang memang jenis suka menyimpan pakaiankan tapi pakai nya baju yang sama berulang-ulang so simpan yang akan dipakai sahaja.
Untuk tips pengurusan pakaian hani:
1. Kena buat spring cleaning baju yang banyak-banyak (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju2). i.e
2. Gunakan rule ni: satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jgn beli. Haha perempuan nak bersederhana bab ni memang payah. Tapi dah dua tahun, ini lah prinsip hani. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yang kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang.
3. Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.
4. Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja.
5. Untuk tuala, khaskan dua helai tuala untuk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kitorg takda dryer. Sediakan dua tuala untuk tetamu.
6. Untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yang sebetulnya untuk melipat cadar supaya lebih kemas.
7. Mana-mana pakaian yang lebih-lebih yang rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dlm bekas tertutup (untuk elakkan debu bertahun) dan pastikn bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dalam tu.
Bila dah lama kahwin, sebahagian besar rumahtangga jadi hambar. Bebanan mencari duit, karenah anak-anak dan urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar. Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin. Jemu menghadap muka.
Keluar makan pun hilang romantik kerana perangai anak-anak. Pergi bercuti pun hal yang sama. Maka bermula episod gelap dalam rumahtangga. Ini dipanggil simptom ” Bersama dalam sunyi”. Sunyi dari kasih sayang.
Tiada lagi kata-kata manis seperti dulu. Sedangkan bahasa rindu ini penting.
“Smart abang hari ni”
Cantiknya awak hari ni”
“Apa khabar awak hari nie?
“Saya doakan awak dipermudahkan urusan kerja hari ni”
“Awak bz ker? Saja call. Rindu”
Terima kasih awak. Bawak saya keluar makan”
“Tq sebab masakkan untuk abang hari nie”
Ini sebahagian contoh bahasa rindu. Kadang-kadang ia wujud dalam usikan gurauan manja dan nakal suami isteri. Ada banyak lagi. Jangan sarkastik pada kepentingannya. Bila isteri atau suami ucap rasa seperti ‘annoying’ tapi jika ia keluar dari mulut couple terasa romantis pula.
Jangan abaikan bahasa rindu ini pada suami isteri. Ia adalah oksigen yang memugar kembali kasih sayang dalam rumahtangga. Jangan biar awek cendol menunjukkan romantis mereka. Masih banyak “isteri2-isteri cendol’ & “suami-suami cendol” di luar sana. Tak perlu ucap dalam FB. Say it to my face bak kata Tun M.
Bimbanglah kita jika bahasa rindu ini datang dari rakan sepejabat. Dari rakan group whatsapp apatah lagi ex dulu-dulu. Ini amat merbahaya. Ia ibarat api dalam sekam.
Kenapa berlaku curang atau main kayu tiga? Sebahagiannya bermula dari bahasa rindu yang membuat diri ketagih kasih sayang yang tidak didapati di rumah.
Benar curang itu lebih mudah kerana ia tiada komitmen. Tak perlu bayar bil, tak serabut karenah anak, tak perlu tukar pampers, tak perlu lipat baju, tak perlu pergi kedai beli beras dan tak perlu komitmen. Hanya bermain laras bahasa yang akhirnya membawa pelaku terperosok dalam skandal yang tiada jalan pulang.
Maka, putarlah bahasa rindu ini dalam rumahtangga. Ia adalah cerminan kasih sayang. Sibuk kerja, pening dengan anak, jerih cari duit itu benda biasa. Ia bukan halangan. Ia hanya tembok2 kecil yang boleh direntas jika suami isteri mempunyai daya lompatan yang baik iaitu kasih sayang.
Kadang-kadang bahasa rindu boleh datang dari melakukan kerja rumah bersama, saling menghormati minat pasangan dan menjadikan hubungan suami isteri suatu persahabatan di mana banyak perkara boleh dilakukan bersama.
Ada orang tanya saya ” Macam mana nak jadikan rumahtangga saya romantik macam dulu?
Saya katakan ” Buatlah apa yang anda buat ketika dulu-dulu tu. Jangan buat yang anda buat sekarang! Sebab itulah romantiknya dah hilang.
Buku Pink ibu hamil mengandungi maklumat kesihatan dan data peribadi yang sulit. Ketahui mengapa ia tidak boleh ditunjukkan sesuka hati serta siapa yang benar-benar layak melihatnya.