Ada yang bertanya, PERLUKAH SIMPAN UBAT DEMAM DALAM PETI SEJUK? Cuba pergi buka peti sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?
Mesti ada kan? Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.
Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan ‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.
Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.
Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?
Ubat demam dipack sesuai sekali penggunaan
Persoalannya?
Berapa lama kita boleh simpan ubat demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?
Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.
Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.
Ads
Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan. Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.
Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.
Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka
Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.
Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.
Ads
Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.
Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.
Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.
Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.
Ada pasangan yang dah berkahwin beberapa tahun hingga kini masih belum ada rezeki untuk timang cahaya mata. Begitu juga bagi suami isteri yang dah ada anak pertama tapi berhasrat untuk dapat anak kedua tetapi sekarang tetap menanti lagi.
Mungkin bagi anda yang masih ternanti-nanti kehadiran zuriat, Ustaz Mujahidin Al-Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin berkongsi mengenai doa yang patut boleh suami isteri amalkan bersama. Jika ada ibu bapa atau mentua minta mereka doakan sekali. Insya-Allah dengan izinnya dipermudahkan.
Masih banyak bertanya saya ustaz selain rawatan dengan ustaz, buat kelapa bakar apa lagi cara petua nak ikhtiar hamil??
Saya dah buat rawatan kesuburan, IUI, IVF pun pernah buat tapi belum ada rezeki zuriat lagi ustaz..Apa cara lagi yang ustaz boleh kongsikan untuk ikhtiar hamil?
Di sini saya nak kongsikan lagi pada yang nak ikhtiar zuriat. Saya ajarkan lagi salah satu ikhtiar doa untuk hamil.
Jika anda ada masih ada ibu minta tolong ibu anda doakan dan buatkan kerana doa seorang ibu kepada anak adalah doa #waliKeramat pada anak. Jika tiada ibu minta ayah buatkan. Jika tiada ibu ayah minta ibu ayah mertua buatkan. Jika ada kawan yang sedang hamil bagus minta mereka buatkan.
Doa ibu hamil ini adalah salah satu doa yang makbul juga. Jika ada anak yatim minta anak yatim buatkan. Akhir sekali minta suami buatkan dan kita sendiri yang buat. Caranya mudah sahaja.
Ambil air suam segelas lalu baca… Al Fatihah 1x Al ikhlas. 3x Ali- Imran Ayat 38 satu kali.. Al-Anbiya Ayat 89 satu kali Selawat 3x…
Kemudian tiupkan pada air suam tersebut. Sebelum minum minta doa lagi…
(Jika minta Doa Ibu ,minta Ibu doakan Cara Doa Ibu sendiri). Jika kita sendiri buat ikut doa di bawah 👇👇👇
Ya Allah …
Aku Ingin Hamil…
Engkau Permudahkan lah Rezeki Dan Urusanku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil…
BerkatilahLangkahku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil …
Kau Kurniakan lah Aku Zuriat Agar Aku Dapat Menikmati Bagaimana Menjadi Seorang Ibu…
Semoga Saat Itu Pasti Akan Tiba…
Aamiin Yaa Rabbal Allamiin..
Lepas tu minum, buat la setiap hari. Bagus juga amalkan ketika waktu subur untuk isteri. Suami pun minum sama.
Cuba la kita ikhtiar. Mana tahu Allah dengar doa kita semua. Amalkan juga doa ini ketika setiap kali lepas solat. Tapi jangan lupa pesan saya kat atas cuba minta ibu anda buatkan. Minta dia doakan sendiri. Itu adalah doa wali keramat untuk anda. Allahuakbar…
Moga cara ini dapat memberi #Hadiah yang anda inginkan ketika ini …
Ya Allah…
Permudahkan lah…
Ya Allah…
Berikanlah mereka Cahaya mata..
Ya Allah ..
Berikanlah Mereka merasa menjadi SeorangIbu Dan Ayah..
Ya Allah…
Makbulkan lah segala permintaan Mereka..
Aamiin Ya Rabbal Allamiin….
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benarlah masa tu terlalu pantas bergerak. Anak yang terasa seperti baharu dilahirkan semalam, hari ni dah membesar. Boleh berlari, melompat. Mulut pun bising mengalahkan burung murai! Sesungguhnya fasa mereka membesar inilah yang membuatkan kita sebagai ibu bapa bahagia selalu.
Biar sepenat mana kita pulang dari pejabat, bila pulang sahaja ke rumah terubat rasa letih saat memandang wajah si manja. Apatah lagi bila mereka saling berkejaran untuk mendapatkan kita dahulu untuk berpeluk. Kemudian kena dengar pula cerita apa yang berlaku sepanjang hari yang mahu dikongsikan. Seronok sangat!
Perkongsian dari pengguna laman Facebook, Ariff Ismail, tentang hal ini sedikit sebayak memberi kesedaran kepada kita.
LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK
Bila anak makin membesar ni masa terasa sangat laju. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun. Jasad kecil yang di sambut dulu kini dah menjangkau usia 2 tahun. Makin lincah makin keletah.
Pandai merajuk, pandai ikut apa yang kita cakap, makin mesra dan keletah yang tak kan pernah buat kita kering gusi dan terhibur. Masa kecil ni lah masa terbaik untuk kita luangkan masa bersama mereka.
Banyak lakukan aktiviti luar bersama anak anak untuk ajar mereka ” explore ” sesuatu yang baru. Dia nak pegang pasir biarkan, mereka nak masuk dalam air biarkan. Mereka sedang belajar sesuatu yang baru.
Bila kita luangkan masa bersama anak, waktu terasa begitu laju bergerak. Rasa macam baru satu malam pergi bercuti, tapi hakikat nya dah 4 hari tanpa kita sedar waktu berlalu. Tawa, tangis, gurau senda serta ragam anak menjadi pengubat keletihan kita.
Rasa setiap detik dan waktu begitu berharga. Bila dengan anak ni, kita rasa nak hari hari bercuti bersama mereka. Mencipta memori indah bersama anak. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak.
Tak perlu kita berhabis beribu ringgit, anak ni kita bawa pergi main tepi pantai pon mereka dah seronok. Nak bawak melancong keluar negara macam Che Ta belum lah mampu lagi. Bawa bercuti dalam Malaysia pon jadi lah.
Yang penting ” moment ” bersama mereka. Kenangan yang sangat indah bila boleh luang masa dengan anak. Jangan bagi alasan ” tiada masa ” dan ” kurang mampu “. Esok esok mereka dah besar mereka cakap tak ada masa dan tak ada duit nak jenguk kita jangan tanya kenapa!
Kita tak terfikir pun nak ‘DIY’ sendiri meja untuk anak-anak kan. Kadang-kadang terpaksa menabung untuk belikan anak meja bermain. Harga untuk satu meja bukanya murah, boleh cecah ratusan ringgit.
Ibu ini berkongsi bagaimana cara dia membuat sendiri meja sensori untuk anak perempuanya, yang penting tak sampai seratus pun! Boleh jimat banyak tau.
Kenapa la baru tahu boleh DIY sendiri je meja sensori ni. Senang je nak buat, ibu-ibu pun boleh buat tau. Tapi kena pastikan ukur elok-elok PVC pipe tu sebab takut tak ngam dengan connector.
Mommies jangan pandang enteng tau kebaikan mainan sensori ni. Saya dah apply dekat anak-anak, memang nampak perubahan. Diorang nampak lebih fokus kalau buat sesuatu.
Nak tengok cara-cara boleh tengok gambar sampai habis. Saya dah sertakan cara-cara buat dan senarai barang-barang diperlukan.
Bahan yang diperlukan:
Cara membuat:
Kredit: Wanie HS
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.