Soal jodoh, rezeki anak semuanya ketentuan Allah. Hanya dia yang tahu bila masanya yang sesuai untuk seseorang itu hidup berpasangan dan mempunyai anak. Tugas kita sebagai hamba-Nya adalah teruskan memohon doa.
Percayalah selaian berdoa kita juga digalakkan untuk berikhtiar sebelum berserah sepenuhnya kepada Allah.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Ustazah Noor Lalila Aniza Zakaria, beliau ada memberikan dua tip doa yang boleh diamalkan dalam hidup kita. Moga-moga ia semuanya dipermudahkan.
Baca Al Anbiyak ayat 89
Ads
Untuk sahabat, adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati bolehlah amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Pengalaman saya sendiri, saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Ads
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
Doa ini 2 dalam 1. Untuk dipermudahkan mendapat jodoh dan zuriat.
Ads
Bagi yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus. Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Bagi pengikut setia Pa&Ma, jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajar dari kecil anak-anak susun barang seperti buku, toys dan baju mengikut sistem konmari supaya mereka tahu betapa pentingnya rasa bertanggungjawab ke atas barang sendiri.
Mama juga kena selalu pesan barang susun ikut kategori. Contohnya box lego mesti ada barang lego sahaja,tidak cantik jika dicampur. Semua benda ada rumahnya, itu konsep asas home organizing.
Apa yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali dan dipraktikkan kepada anak-anaknya adalah dengan menggunakan teknik Konmari yang nampak lebih kemas dan teratur.
Bukan setakat kemas, teknik ini juga lebih mudah buat anak memilih dan mencari mainannya tanpa bercampur aduk dalam satu bekas.
Kereta tak boleh bercampur dengan lego. Kad tak boleh bercampur dengan mainan lain. Tahu kenapa?
Sebab bila kita campur semua toys,anak-anak jadi sukar nak cari mainan sebab tak nampak mainan apa yang mereka ada ataupun tak jumpa.
Bila ada sistem storage yang betul.
Kalau ke kedai nampak mainan lego bila anak minta nak beli:
“Mama..nak lego?”
“Oh lego kita ada di rumah.Nanti balik kita tengok berapa banyak lego kita ada.Mesti seronok main kan?”
Sistem storage yang sistematik juga sangat memudahkan anak-anak untuk bermain dan kemas sendiri. Jika main sepah macam mana sekalipun kita sebagai ibu tak perlu risau sebab dah sediakan sistem untuk mereka atur dan kemas semula.
Cabaran setiap zaman dan keluhan ibu bapa mengenai mendidik anak-anak zaman itu adalah sama sebenarnya. Keluhan kerana tak sama anak-anak zaman sekarang berbanding dulu adalah keluhan yang biasa dilafazkan oleh ibu bapa.
Ramai yang menyalahkan zaman dan apa yang ada pada zaman itu.
Contoh keluhan;
Anak sekarang mudah MENGAMUK, MELAWAN CAKAP, DEGIL, ASYIK BERGADUH… MALAS BELAJAR…dan KETAGIH GAJET?
Dahlah mak ayah zaman ni selalu kesuntukan masa, kerja bertimbun… dek sebab itu selalu LETIH… PENAT bila dah penat maka mudahlah marah-marah dengan anak…lepas itu akan rasa bersalah ya amat…
Tak cukup dengan itu ramai yang sering down dikatakan ibu bapa yang tak pandai didik anak?
Ada yang sudah mula rasa tak yakin boleh berjaya didik anak-anak dan nak give up.
“Ya Allah mengapalah bebudak ni suka sangat bergaduh? Stres betul! Macamana nak buat? risau tersalah langkah?” bergitulah keluhan yang sering keluar dari mulut mereka. Yang lagi sedih bagi ibu bapa ni, mereka ada terdetik bersungut kepada Tuhan mengapalah diberi anak begini…bila dah terlintas di fikiran itu…maka di hati rasa bersalah yang amat sangat mula bersarang.
Tapi rasa bersalah itu tidak pula dapat menghentikan ketidaksabaran itu. Malah rasa hampa pada diri itu menjadikan marah-marah dan rasa nak give up tu bertambah-tambah lagi.
Apa yang menjadikan situasi ini sebenarnya bukanlah perubahan zaman. Sebab perubahan itu TETAP akan berlaku.
Yang menjadi masalah adalah ketidakbersedianya ibu bapa dengan perubahan itu. Dan ini adalah kerana ramai yang menghadapi masalah itu menyangka mendidik anak-anak ini tidak memerlukan persediaan. Bila ada anak nanti kepandaian mendidik anak itu akan datang sendiri. Maka mereka sekadar menyediakan dari segi fizikal sahaja dan langsung tidak tahu dan tidak menyediakan diri mental, emosi dan jiwa.
Bila tidak PROAKTIF dan bersedia, maka inilah yang terjadi. Tidak tahu menangani masalah walaupun ianya sebenar tidak besar.
Semua ini terjadi kerana kurang kebolehan memahami situasi. Kurang kemahiran menangani masalah.
Mengapa kemahiran ini kurang?
Kerana kurang berlatih. Tidak menyediakan diri sebelum perkara itu berlaku.
Apa yang perlu disediakan diri?
Sebelum Ibu menjawab, Ibu nak menyatakan suatu penjumpaan Ibu mengenai kebolehan keibubapaan di dalam diri seseorang itu.
Ibu mendapati bila seseorang itu telah dilatih menjaga adik-adik atau anak-anak kecil dengan baik oleh ibu bapanya, bila dia mendapat anak, dia lebih mudah menguruskan anak-anaknya.
Tetapi jika dia tidak pernah menjaga adik, menyalin lampin, memberi makan dan sebagainya, maka bila dia mendapat anak, memang dia akan terkial-kial. Ditambah pula jika dia tidak membaca dan mendapatkan ilmu dan menyangka bahawa membesar dan mendidik anak ini mudah saja, maka sememanglah dia akan melalui pengalaman yang tidak indah. Kenapa? Kerana dia tiada skil dan ilmu untuk menjaga, mendidik anak kecil itu. Dan bila sikapnya juga adalah anak itu perlu ‘behave’ bila dia suruh, maka sememangnya, dia akan lemas mendidik anak-anaknya dan akan menggunakan marah dan jerkah untuk anak-anaknya mendengar cakap.
Akhirnya dia langsung tidak merasakan keindahan dan kemanisan membesarkan anak-anaknya. Dan bila anak-anaknya dah besar; maka dia akan merasakan kepedihan hasil buatan tangannya. Anak remajanya tidak mahu langsung bertegur-sapa dengannya!
Jangan pandang remeh ilmu parenting ini. Jika kita ibu atau bapa, kita akan disoal mengenai perkara ini di Akhirat nanti.
Jom Ibu kongsikan sedikit azimat yang boleh membantu anda yang menghadapi cabaran begini.
Untuk mudah membesarkan dan mendidik anak-anak dengan tenang dan sabar serta bijaksana agar anak menjadi manusia berguna. Baca seterusnya…
Azimat yang Ibu nak beri ni…sila ambil perhatian betul-betul ya sayang.
Ketahuilah, cabaran menjadi masalah bila kita tiada sikap, skil dan ilmu yang betul untuk menanganinya. Dan semua ini boleh dipelajari.
Contoh; Sebelum anda pandai menggunakan smart phone anda, ianya amat mencabar bukan? Tapi anda perolehi sikap, skil dan ilmu untuk menggunakannya dengan baik. Sekarang anda sudah mahir.
Begitu juga dengan mendidik anak-anak. Kita perlu ada sikap, skil dan ilmu yang betul. Barulah kita tak perlu rasa stres dan menahan marah. Yang penat tu sebab nak tahan marah. Tiba2 meletup! Bila dan ada 3 perkara tadi…bila terjadi situasi anak bergaduh ke, anak bermain gajet berlebihan ke, anak degil ke…anda tak akan marah sebab anda tahu apa nak buat dan bagaimana nak selesaikan. Itulah MAGIKNYA!
Ini kunci untk berjaya mendidik anak-anak zaman ini.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki anak yang cerdik dan berakhlak bukan satu angan-angan kosong asalkan papa sebagai ketua keluarga memainkan peranan hebat membesarkan mereka. Peranan ibu dan ayah sama penting dalam membesar dan mendidik anak-anak supaya mereka membesar sebagai individu yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Susuk tubuh ayah yang sado dan tegap bukan sekadar tampil sebagai hero di mata si kecil. Tetapi pengaruhnya terhadap perkembangan si anak sangatlah besar. Ayah adalah pemimpin dalam keluarga yang bertanggungjawab memimpin keluarga dan memastikan anak-anak tetap berada di landasan yang betul.
Jangan sampai terlupa tanggungjawab masing-masing bila sudah bergelar ayah. Ini antara peranan ayah dalam mendidik anak di zaman mencabar sekarang.
1. MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK
Ayah mempunyai peranan penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak menerusi bimbingan dan kasih sayang yang diberikan. Bila anak dapat cukup kasih sayang daripada seorang ayah maka dia akan membesar sebagai individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
2. MENJADIKAN ANAK SEORANG YANG BERANI
Fizikal ayah bak seorang hero sepatutnya mendidik anak menjadi seorang yang berani menghadapi cabaran. Anak akan melihat sisi berani daripada seorang ayah berbanding ibu. Jadi, pastikan ayah memainkan peranan betul membentuk sifat berani tersebut.
3. MELATIH ANAK BERDISIPLIN
Ayah juga mempunyai kelebihan untuk membesarkan anak-anaknya dengan disiplin. Biasanya anak-anak akan lebih berdisiplin dan menurut arahan jika dilakukan oleh ayah. Maka ayah wajib memberikan contoh yang baik dalam bab disiplin. Baru anak-anak mengikut.
4. SENTIASA BERI PERHATIAN PADA ANAK
Seorang anak sangat memerlukan perhatian daripada kedua ibu dan ayahnya kecuali jika salah seorang sudah meninggal dunia. Walaupun anak mendapat sepenuh perhatian daripada ibu tetapi dia tetap memerlukan perhatian dan sentuhan dari seorang ayah. Walau sibuk bekerja sekalipun, ayah jangan abaikan perhatian pada anak ya.
5. SEBAGAI MOTIVATOR
Ayah perlu menjadi pendorong dan motivator ulung kepada anak. Dengan pendekatan yang betul, ayah boleh mengubah tingkah laku anak yang sebelum ini kurang baik menjadi lebih baik.
6. MELAYAN ANAK BERMAIN
Anak memang cukup suka kalau dapat bermain dengan ayah. Jadi, ayah kena rajin melayan anak bermain ya. Jangan asyik melayan handphone sahaja, sebaliknya luangkan masa untuk layan anak bermain dan berseronok. Waktu itu anda boleh ambil peluang untuk memberi nasihat dan panduan berguna.
7. JADI ROLE MODEL
Anak adalah peniru yang hebat. Mereka juga menjadikan ayah dan ibu sebagai role model utama. Makanya wajiblah anda berdua memberikan teladan yang baik kepada anak supaya mereka membesar sebagai anak yang berakhlak mulia.
8. MENGAWASI PERGAULAN ANAK
Ayah wajib ambil tahu siapa kawan-kawan anak supaya mudah untuk mengawal dan mengawasi pergaulan anak supaya boleh mencegah perkara buruk daripada berlaku akibat salah pilih kawan.
9. MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSIONAL ANAK
Anak kecil masih belum stabil emosinya maka sebagai ayah, anda perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan kecerdasan emosional anak. Selalu berkomunikasi dengan anak supaya ada dapat membina proses saling percaya dengan anak. Kecerdasan emosional yang baik membantu anak membesar sebagai individu yang hebat satu hari nanti.
10. BERPERANAN MENGUATKAN ‘BONDING’ HUBUNGAN KELUARGA
Papa memainkan peranan penting untuk menguatkan bonding antara ahli keluarga. Selain meluangkan masa bersama, sesekali bawalah anak pergi bercuti untuk eratkan hubungan keluarga. Tak perlu tempat yang jauh dan mahal kadang-kala lokasi berhampiran rumah juga sudah mampu menggembirakan hati anak-anak asalkan dapat bersama mama dan papa.
Watak ‘superhero’ yang papa galas sepatutnya mampu menjadikan penyelamat dan pelindung sebenar kepada anak tersayang. Ia sekaligus membimbing anak-anak berada di landasan yang betul.