Dalam bab membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga tak ada istilah isteri perlu buat semuanya. Isteri patut beri kepercayaan pada suami kerana ini salah satu cara untuk memastikan masa rehat untuk isteri ada walaupun sekejap.

Cara ini jugalah yang dipraktikkan oleh selebriti dan usahawan, Ika Nabella yang juga ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Noah Zayn dalam memastikan dirinya tidak tertekan dan sentiasa ‘enjoy’ untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Jangan Takut Bagi Suami Jaga Anak.” Cara Ika Nabella Tak Stres Urus Rumah Tangga

Ika yang juga salah seorang penerima Anugerah Pa&Ma Gala 2022 untuk Best Mama Millenial ini akui, seorang isteri mesti letakkan kepercayaan pada suami. Sebagai isteri dan ibu, masa 24 jam itu macam tak cukup.

“Tambah lagi bila bekerja. Bagi ibu surirumah pun, kerja tak pernah habis dari mula celik mata hinggalah nak tidur. Sebab itu, Ika tak mahu bebankan diri sendiri. Kadang disebabkan badan terlalu penat, nak tidur pun tak boleh.

“Jangan Takut Bagi Suami Jaga Anak.” Cara Ika Nabella Tak Stres Urus Rumah Tangga

“Oleh itu, saya lebih selesa merancang apa nak buat keesokan harinya dan akan menulis satu persatu pada malamnya agar pembahagian masa dapat dilakukan dengan baik. Paling penting, apa saja kita rancang nak buat, mesti bagitau suami, barulah dia tahu tugasan isteri.

“Bagi saya, tugasan ibu bukanlah semata-mata jadi ibu. Kitalah cikgu, nurse, tukang masak, dan macam-macam lagi nak buat,” kongsi Ika semasa sesi live Pa&Ma Gala.

IKLAN

“Jangan Takut Bagi Suami Jaga Anak.” Cara Ika Nabella Tak Stres Urus Rumah Tangga

Tambah Ika lagi, kalau sebelum ini dia seorang isteri yang nak semuanya ‘perfect’ depan mata, tapi lepas ada anak, perlahan-lahan cuba bertolak ansur demi untuk diri sendiri.

“Saya banyak belajar tip ini daripada mak. Alhamdulillah perlahan-lahan rasa kita boleh recharge tenaga.

“Contoh masa waktu dalam pantang memang semua saya nak buat sendiri. Ibaratnya kalau suami buat rasa ada yang tak kena dan nak marah je.

“Jangan Takut Bagi Suami Jaga Anak.” Cara Ika Nabella Tak Stres Urus Rumah Tangga

IKLAN

“Sebab cara kita pakaikan lampin lain, sapu ubat nappy rash lain, tidurkan anak lain. Tapi  bila mak pesan bagi je kepercayaan pada suami buat, saya cuba pejam mata. Walaupun suami potong kuku anak senget sekalipun. Memang kita tak berapa puas hati tapi saya ikut apa yang mak saya cakap, bagi kepercayaan pada suami buat juga.

“Betul bila kita cuba lepaskan sedikit demi sedikit tugasan tu, baru rasa relax sikit. Penting untuk kita jaga diri dulu. Jangan takut bagi suami jaga anak. Yang penting matlamat sama untuk besarkan dan didik anak.

“Cara ni sangat berkesan sebab akhirnya kita ada me time dan rasa boleh rehat. Suami jika kita tak biasakan mereka dari awal kerja urus rumah tangga dan jaga anak, nanti lagi susah. Biarkan mereka urus cara sendiri, asalkan semuanya ok,” ujarnya.

“Jangan Takut Bagi Suami Jaga Anak.” Cara Ika Nabella Tak Stres Urus Rumah Tangga

Ika yang juga Pembimbing Penyusuan Bertauliah juga antara ibu yang gigih memperjuangkan susu ibu dan berjaya menyusukan Noah sehingga 2 tahun. Pengalamannya TTC selama 3 tahun selepas keguguran kali pertama juga suatu perjalanan yang cukup indah walaupun dengan pelbagai ujian terpaksa dilalui.

IKLAN

Bagi mendengar lebih lanjut perkongsian Best Mama Millenial ini, ikuti sesi live Pa&Ma Gala 2022, Ika Nabella di bawah ini: 

 

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

“Jangan Takut Bagi Suami Jaga Anak.” Cara Ika Nabella Tak Stres Urus Rumah Tangga

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI