Teruja sangat bila tengok si kecil mula melangkah. Mama lah orang paling bahagia, dah terbayang macam-macam jenis kasut yang akan dibeli. Tapi sebenarnya, bila anak mula berjalan jangan cepat sangat pakaikan mereka kasut. Kenapa? Baca perkongsian ini.
Ini masa Ashrof Haikol umur setahun lebih. Jalan pun macam anak itik
Satu pesanan keramat oleh Child Psychiatrist kepada saya masa tu
“Bila anak dah boleh jalan, JANGAN CEPAT SANGAT PAKAIKAN KASUT. Sebab tapak kaki anak perlu banyak menerima ‘tekanan’ dari pelbagai permukaan, untuk ransang sistem saraf & otak dia.”
Hmm. Lalu hati saya berbisik “Abih 5 pasang kasut yang aku baru beli ni nak buat apa, doktor?”
“Buat dedak je la, markonahhh.” Jawab doktor di dalam hati. Hahahahah.
Salah satu aktiviti yang sangat disarankan oleh Child Psychiatrist tersebut adalah berjalan kaki ayam di atas jalan tar, rumput, pasir, lumpur dan sebagainya, macam dalam video ni. Dapat buat 20-30minit sehari pun dah memadai.
Ads
Mula2 nak expose Haikal jalan kaki ayam ni memang macam2 jugak lah cengkadaknya. Geli, menangis, meronta. Tapi hadap je la.
Itu belum campur kena hadap cakap2 orang lagi– Takut kaki anak luka lah. Takut ada paku, kaca, semut api, tahik kucing lah. Takut tapak kaki anak jadi kasar lah. Takut nanti anak tak biasa pakai kasut lah.
Tapi redahkan aje. Lantakkan orang nak cakap apa. Teruskan buat benda betul (seperti yang disarankan doktor) dan berwaspada sentiasa.
Tak lama lepas Haikal dibiasakan dengan aktiviti kaki ayam ni, macam2 perubahan positif yg saya nampak pada Haikal.
1. Fine & gross motor skills dia semakin kemas. 2. Focus & alertness dia semakin tajam. 3. Physical strength semakin padu. 4. Sense of balance & body awareness semakin baik. 5. Creativity semakin out of the box. 6. Sensory development dia secara keseluruhan sangat advanced berbanding kanak2 seusianya.
Ads
Dan masa tu, orang2 yg sibuk cakap2 dulu tu datang semula kat saya dan tanya– camane eh kau buat kat anak kau sampai jadi camni?
Itulah lumrah kehidupan ye tuan puan.
At first, people will ask you WHY you do it because they think you’re crazy. But later, they’ll ask you HOW you do it because they jeles oredi.
Tapi nak buat benda betul yang tak biasa dilihat dalam masyarakat ni memang bukan satu perkara yang mudah, tapi kalau kau yakin itu betul — DIAM DAN BUAT JE.
Ads
And let the success make the noise. Ini 5 lagi perkara penting yang Child Psychiatrist pesan pada saya dulu :
1. Lepas anak 2 bulan, jangan pakaikan mittens (sarung tangan) dan stokin dah. Kecuali bila sejuk.
2. Bila anak dah start berjalan, jangan cepat sangat belikan kasut. Jangan jadi bodoh macam aku, anak baru menapak 2-3 langkah terus menggelupur beli 5 pasang kasut. Dalam rumah pun pakai kasut kengkadang. Konon comel.
3. Untuk anak 2 tahun ke bawah, hanya belikan kasut yang bertapak lembut. Yang tapak tebal2 tu toksah.
4. Dedahkan tapak kaki dan tapak tangan anak dengan pelbagai tekstur permukaan. This is veryyyy important to stimulate their sensory, nervous, and brain system.
5. Kurangkan screen time, because it limits child’s body movements and sensory stimulations. Human limbs are made to move. Ada kajian mengatakan, paksa anak (bawah 4 tahun) duduk diam lebih dari 20 minit adalah satu bentuk penderaan. Because they need to move A LOT, especially pada 2 tahun pertama. Kalau tak banyak bergerak, ada lah nanti “short” kat mana2 untuk perkembangan tahun2 yang seterusnya.
Saya harap perkongsian ringkas hari ni bermanfaat k.
Ibu ayah cuba perhatikan berapa lama anak-anak kita boleh beri perhatian dalam satu-satu masa. Jika tak sampai 30 minit kemungkinan anak dalam kategori visual learner. Biasanya anak dalam kategori ini dia lebih suka pada paparan bergambar dan video untuknya belajar.
Apabila ibu ayah dah tahu anak dalam kategori ini, sekurang-kurangnya anda dah faham serta tak lah memaksa sehingga lain pula jadinya. Anak kategori ini mereka akan tetap akan berjaya juga. Jangan risau!
Menurut Coach Parenting, Mohd Fhais Salim, visual learner adalah yang paling ramai. Kira-kira 60 peratus orang di dunia adalah visual. Paling senang nak belajar, budak visual la.
Mereka cepat belajar jika kaedah mengajar tu,
✅ kena ada visual
✅ kena bagi dia nampak
✅ kena menarik visualnya
✅ kena grab attention
✅ kena ada gambar atau video
Baru la potensi sebenar dia terserlah. Sungguh!
Cuma kelemahan mereka ialah,
❌ tak boleh fokus lama
❌ cepat bosan & menguap
❌ mudah terganggu visuali
❌ susah “dengar” arahan verbal
❌ kuat termenung
15 – 20 minit tu memang dah limit dah. Lebih dari tu memang minda dia sampai ke langit 7 dia punya berangan.
Kuasa visual hebat dah, cuma dia kena belajar lebih sikit untuk self-manage kuasa visualnya.
Macam superman, kalau tak pandai kawal kuasa semua benda dia sentuh boleh rosak.
Anak visual anak yang hebat. Kuat memori, super kreatif & kuasa imaginasi tanpa batasan.
Kredit: Mohd Fhais Salim
– hanya orang visual je faham ada otak visual.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa anak dapat kalau main pasir? Ada tak anak-anak yang takut atau nampak macam geli je bila pegang pasir? Kalau ada anak-anak jadi macam tu, ini adalah pertanda yang menunjukkan anak berkemungkinan ada masalah sensori sentuhan (tactile).
Untuk permulaan, tarik perhatian anak dulu supaya dia berminat nak main. Bagi dia sentuh-sentuh sikit dulu pasir tu. Kemudian boleh sapu sikit-sikit pasir kat tangan dia. Masa dia sentuh atau kita sapu pasir pada tangan anak, anak mungkin akan menangis disebabkan dia ada masalah sensori tu, masa tu kita boleh kata “tak apa la, tak sakit pun” “Yeay! Seronoknya!”.
Aktiviti bermain pasir ni boleh juga kita pelbagaikan atau jadikan dia lebih menarik contohnya tanamkan guli atau objek bersesuaian secara tersembunyi ke dalam pasir kemudian beri arahan yang ringkas dan jelas pada anak untuk cari objek tu bagi meningkatkan fokus dan attention, meningkatkan kemahiran motor halus anak serta kemahiran mendengar arahan.
Bila anak berjaya jumpa objek yang disembunyikan tu, ibu bapa boleh puji anak untuk buat anak rasa teruja nak main. Contohnya “Pandainya adik!” “Wah! Dah jumpa!”.
Ibu bapa juga boleh ajak anak cedok pasir dan letak dalam cawan bagi melatih koordinasi tangan anak. Nak ajar kemahiran mendengar arahan dan kemahiran menunggu pun boleh tau masa main pasir ni. Caranya, ibu bapa cedok dulu pasir masuk dalam bekas, lepas tu giliran anak pula.
Selain itu, ibu bapa boleh ajak anak main tekap-tekap bentuk untuk tingkatkan kemahiran bermain dan boleh tambah input bahasa sekali masa bermain tu. Contohnya macam”Jom main pasir!” “Ni pasir” “Sentuh pasir” “Jom cari guli (objek yang disembunyi)” “Ibu nak warna merah (warna objek)”.
Dapat sesuatu dari perkongsian ini kan? Jadi tunggu apa lagi, nanti ajak anak main pasir sama-sama tau. Jangan pula kata takut anak makan pasir la, pasir masuk mulut la.. Itu la pentingnya ibu bapa untuk join main sekali sebab dapat pantau anak.?
Dalam era digital yang serba canggih ini, ramai kanak-kanak lebih cenderung untuk menghabiskan masa dengan gajet berbanding aktiviti fizikal. Sedangkan bersenam adalah penting untuk perkembangan fizikal dan mental anak. Ibu bapa memegang peranan utama dalam mendidik anak agar menjadikan senaman sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Artikel ini akan mengupas lima aspek penting iaitu kepentingan bersenam, tips mengajar anak, keburukan jika tidak bersenam, peranan ibu bapa, jenis senaman yang sesuai serta penutup.
Kepentingan Bersenam Untuk Anak-Anak
Senaman bukan sahaja membantu dalam pertumbuhan fizikal yang sihat, malah merangsang perkembangan mental dan sosial anak-anak. Antara kepentingannya:
Menguatkan otot dan tulang – membantu perkembangan fizikal yang optimum.
Meningkatkan koordinasi dan keseimbangan – penting dalam aktiviti seharian seperti berlari, melompat dan bermain.
Meningkatkan daya tumpuan – senaman boleh meningkatkan fungsi kognitif dan membantu prestasi di sekolah.
Mencegah obesiti – dengan gaya hidup aktif, risiko berat badan berlebihan dapat dikurangkan.
Menggalakkan kesihatan mental – hormon endorfin yang dilepaskan semasa senaman membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.
Tips Mengajar Anak Bersenam dengan Betul
Mengajar anak bersenam perlukan pendekatan yang menyeronokkan dan konsisten. Berikut beberapa tips:
Jadikan senaman aktiviti keluarga – contohnya berjalan kaki selepas makan malam.
Gunakan pendekatan bermain – anak kecil belajar melalui permainan, jadi gunakan permainan aktif seperti ‘polis dan pencuri’, bola sepak mini, atau lompat tali.
Tunjukkan contoh yang baik – anak-anak meniru ibu bapa. Bila anda bersenam, mereka akan terinspirasi.
Berikan pujian dan galakan – setiap pencapaian kecil patut diraikan untuk menaikkan motivasi mereka.
Rancang masa tetap – contohnya setiap petang selepas sekolah adalah waktu aktiviti fizikal.
Keburukan Jika Anak Tidak Bersenam
Kekurangan aktiviti fizikal boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak seperti:
Masalah obesiti – berat badan berlebihan boleh membawa kepada pelbagai penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.
Lemah daya tahan tubuh – kurang bersenam boleh menjejaskan sistem imun.
Masalah tingkah laku dan emosi – kurang aktiviti fizikal dikaitkan dengan kemurungan dan keresahan.
Kurang keyakinan diri – kanak-kanak yang tidak aktif sering kurang yakin untuk bergaul atau mencuba perkara baharu.
Prestasi akademik merosot – senaman membantu otak menjadi lebih fokus dan aktif.
Peranan Ibu Bapa Dalam Mendorong Anak Bersenam
Peranan ibu bapa sangat penting untuk membentuk gaya hidup sihat anak-anak. Antara langkah yang boleh diambil:
Menyediakan ruang yang selamat untuk bermain – contohnya di halaman rumah atau taman.
Menghadkan masa skrin – tetapkan had masa harian untuk TV dan gajet.
Sertai aktiviti sekolah atau komuniti – seperti kelab sukan atau larian amal keluarga.
Memberikan peralatan sukan asas – seperti basikal, bola, atau raket untuk menggalakkan anak aktif.
Bercerita tentang manfaat senaman – gunakan cerita atau video yang sesuai umur untuk mendidik mereka.
Jenis Senaman Yang Sesuai Mengikut Umur
Senaman perlu disesuaikan dengan umur anak-anak:
Umur 2–5 tahun: Permainan bebas, berlari, menari, bermain kejar-kejar.
Umur 6–9 tahun: Sukan ringan seperti berenang, berbasikal, bola sepak mini.
Umur 10–12 tahun: Aktiviti lebih terstruktur seperti latihan senaman asas, senamrobik, hiking, atau permainan berpasukan.
Senaman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari, dan boleh dipecahkan kepada beberapa sesi singkat.
Mendidik anak untuk bersenam bukanlah sesuatu yang sukar jika dilakukan dengan pendekatan yang sesuai dan konsisten. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan membentuk disiplin diri anak-anak sejak kecil. Ingatlah, gaya hidup sihat bermula di rumah. Jadikan aktiviti fizikal sebahagian daripada rutin keluarga – bukan paksaan, tetapi keseronokan!
Info Menarik:
Kajian oleh World Health Organization (WHO) mendapati bahawa kanak-kanak yang bersenam secara aktif mempunyai kecerdasan emosi yang lebih tinggi, lebih bijak dalam menyelesaikan masalah, dan lebih mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi sosial.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.