“Fiona, kau dah ada dua orang anak kan? Ajarlah aku resipi makanan bayi, nak cuba bagi dekat Adam nanti!”, tanya Nadia dalam keadaan teruja.
Kedatangan si comel dalam keluarga memang memberi banyak perasaan positif. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak kecil mereka, terutama sekali apabila bayi anda sudah mula makan makanan pepejal.
Namun, ibu bapa harus peka akan 5 makanan yang dilarang untuk diperkenalkan kepada si comel anda.
Usah perkenalkan makanan bayi ini dulu
Terdapat beberapa jenis makanan yang belum sesuai untuk bayi kerana faktor umur mereka. Proses pencernaan mereka belum berkembang sepenuhnya seperti orang dewasa.
Oleh itu, penting untuk anda mengambil kira resipi makanan bayi yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.
Makanan tinggi kandungan garam
Banyak makanan, terutama sekali makanan yang diproses mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Kandungan garam tinggi tidak baik untuk diet bayi anda kerana ia akan memberi efek terhadap buah pinggang mereka.
Tidak perlulah untuk letak garam, kiub stok atau kuah yang mengandungi garam ke dalam diet bayi anda.
Sebaliknya, anda boleh membuat broth sendiri daripada tulang atau kaki ayam tanpa garam. Ia lebih sihat dan membantu perkembangan antibodi bayi anda.
Contoh makanan tinggi kandungan garam ialah :
dendeng daging
sosej
kentang goreng bergaram
kerepek
makanan yang dibeli di luar
Makanan tinggi kandungan gula
Resipi makanan bayi anda tidak perlu kandungan gula yang banyak. Bukan makanan sahaja, namun ingatlah bahawa banyak minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat.
Jus buah dikaitkan dengan gaya hidup sihat bagi yang dewasa, tetapi ia tidak baik sama sekali untuk si comel anda. Walaupun tidak bergula, proses membuat jus tersebut telah menyingkirkan khasiat yang diperlukan oleh bayi anda.
Kandungan gula tinggi juga menjejaskan tumbesaran gigi anak anda.
Beberapa makanan tinggi gula yang tidak digalakkan ialah:
Minuman berkarbonat
Jus
Biskut
Agar-agar
Makanan tinggi lemak tepu
Makanan bayi anda tidak seharusnya mengandungi lemak tepu yang tinggi.
Bacalah label nutrisi makanan sebelum membeli untuk si comel anda. Pilihlah makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu dan lemak trans bawah 2 gram.
Lemak tepu berupaya untuk meningkatkan risiko masalah jantung kepada si kecil anda.
Ia senang dijumpai dalam kumpulan makanan ringan dan makanan segera.
Contohnya :
Biskut, kek, pai
Manisan
Burger diproses
Sosej
Nuget
Seperti nuget dan juga burger, ia senang sekali untuk dibuat sendiri. Anda boleh dapatkan resipi yang lebih berkhasiat untuk makanan bayi anda dan cuba sendiri di rumah.
Madu, masalah untuk makanan bayi juga?
Kadangkala, sesetengah madu mengandungi kuman yang boleh menghasilkan toksin dalam usus bayi, dikenali sebagai toksin botulinium. Ia mampu menjejaskan kesihatan bayi anda dan menyebabkan penyakit infant botulism.
Keadaan ini bahaya kerana toksin itu boleh menyerang sistem saraf bayi dan menyebabkan kelumpuhan.
Selain itu, ingatlah madu juga tinggi kandungan gulanya. Ia tidak bagus untuk diet bayi anda dan boleh merosakkan gigi si manja. Cuba elakkan beri madu kepada bayi anda sehingga mereka berumur setahun ke atas.
Kekacang – makanan bayi atau tidak?
Jawapannya, tidak. Tunggulah sehingga si manja anda berumur 5 tahun ke atas kerana bayi berisiko tercekik jika makan kacang.
Namun begitu, jika kacang tersebut dikisar, ditumbuk atau dalam bentuk mentega kacang, anda boleh cuba untuk memberi kepada bayi anda.
Haruslah ingat bahawa jika bayi, anda atau ahli keluarga terdekat mempunyai alergi untuk sesetengah makanan, lebih elok untuk anda berjumpa dengan doktor sebelum cuba memberinya kepada si manja.
Konklusi
Terdapat banyak lagi resepi makanan bayi yang tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi anda. Resepi makanan bayi yang elok seharusnya semula jadi, dimasak sepenuhnya dan tidak mengandungi banyak bahan perasa.
Sememangnya sukar sama sekali untuk menidakkan kemahuan si comel anda, namun ingatlah sesetengah makanan yang diberikan terlalu awal mampu memudaratkan kesihatan mereka.
Sebelum memperkenalkan makanan baru kepada anak anda, silalah rujuk kepada pegawai perubatan atau pegawai dietetik untuk mendapat informasi lanjut yang tepat dan bermanfaat untuk si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan anak-anak lebih menggemari makanan ringan. Walaupun kandungan garam, gula dan penambah rasanya tinggi tetapi ia seolah-olah menjadi tabiat. Lagi makan, lagi sedap.
Namun adakah anda terfikir ia memberi kesan pada kesihatan anak-anak jika tak dikawal pengambilannya.
Menurut Ainini Zainal, jika tak mampu dapatkan brain supplement untuk anak tak apa. Asalkan tak bagi jajan, mee segera, processed food tinggi MSG, gula, pewarna tiruan.
Saya bagi contoh makanan terproses yang sikit sikit lama lama beri kesan besar untuk otak anak. Anak TIDAK dapat membesar dengan baik melalui pengambilan sosej, nugget, kepingan daging burger komersial yang HIGHLY PROCESSED.
Kenapa? Kerana nutrisinya sudah hampir tiada. Hanya ditambah pelbagai khasiat tiruan (jika pengeluar mahu tambah), tapi biasanya fokus mereka adalah untuk:
Kekalkan warna, bentuk, rasa sedap pada daging yang telah banyak hilang dalam proses pembuatannya. Jadi, chemical-based substances/ingredients ditambah.
Ambil tahu kesan nitrate (pengawet), MSG dalam sosej kegemaran anak, pada sistem badan, sistem imun dan otak.
Bahan ini popular dalam pembuatan highly processed frozen foods. Nak bagi tahan lama kan? Daripada kilang ke pasaraya, kedai, mini market, walaupun dah pasti lori penghantaran makanan makanan ini bersejuk beku, tetapi risiko mudah rosak tetap ada.
Itulah kegunaan pengawet.
Ia mungkin TIDAK ada dalam senarai label makanan jika jumlah yang digunakan tidak banyak. Memang pengeluar tak perlu senaraikan pun.
TAPI apa kesan kalau ambil kerap? Ia ROSAKKAN USUS ANAK KITA. Lapisan sel usus mudah rosak, risiko banyak penyakit berkaitan usus juga tinggi.
Kaitkan pula keadaan ini dengan fakta bahawa GUT (USUS) IS SECOND BRAIN.
Sihat usus, sihatlah otak dan seluruh sistem badan. Jika usus tak sihat? Badan akan sihat tak?
Benda nampak simple, kan?. Sebab tak semua anak terus tunjukkan reaksi alahan terhadap semua bahan tak sihat ni.
Sikit sikit, lama-lama jadi bukit. Kita cuba ya, ibu ayah. Ubah sedikit demi sedikit.
Kredit: Ainini Zainal
Follow saya, Ainini Zainal @aininizainal di Facebook&Instagram untuk semua info, tips, idea, resipi sihat anak. Ikuti IG&FB Story saya untuk semua video masakan dan info Dapur Sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saya baru sahaja melahirkan anak sulung. Saya ingin tahu apakah amalan pemakanan yang boleh membantu saya mendapatkan anak yang cerdik otaknya?
Jawapan:
Jawapan saya, boleh! Soalan ini adalah soalan yang sering kali saya terima ketika berbincang dengan ibu-ibu hamil. Saya lihat mereka sanggup berpantang pelbagai perkara yang dirasakan boleh menjejaskan tumbesaran anak ketika mengandung, tetapi mula lupa tentang aspek yang perlu dititikberatkan selepas anak dilahirkan dan dalam proses membesar.
Pemakanan bayi memberi kesan kepada perkembangan otaknya bermula di antara pertengahan kehamilan dan usia dua tahun. Pertumbuhan otak yang tidak mencukupi menjelaskan mengapa kanak-kanak yang kekurangan nutrisi semasa janin dan bayi mengalami defisit tingkah laku dan kemahiran kognitif seperti lambat bercakap, IQ rendah dan pencapaian akademik yang rendah.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu puan dan suami lakukan bagi memastikan anak membesar sebagai seorang anak yang pintar.
1. Selepas kelahiran, pertumbuhan otak ini sangat bergantung kepada kualiti pemakanannya. Susu ibu menawarkan campuran nutrien paling baik untuk menggalakkan pertumbuhan otak. Oleh yang demikian, kualiti susu ibu sangat bergantung kepada kualiti pemakanan puan. Elakkan makanan diproses seperti jeruk, keropok, kerepek dan lain-lain lagi. Variasikan jenis makanan dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini bermakna lebih banyak vitamin yang diperolehi daripada jenis makanan tersebut.
2. Pilih makanan yang mengandungi protein berkualiti tinggi. Banyakkan makan ikan terutamanya ikan yang tinggi dengan Omega-3 seperti salmon, tenggiri dan kembung. Selain itu, dapatkannya juga daripada suplemen seperti minyak ikan atau makanan yang telah ditambah dengan omega-3 seperti telur, susu dan lain-lain.
3. Setelah bayi mencapai usia enam bulan, kenalkan dia kepada makanan yang sihat dan lengkap. Dia boleh diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijadikan puri. Masukkan sumber protein secara perlahan-lahan ke dalam menu hariannya. Puri boleh dicampurkan dengan perahan susu ibu untuk menjadikannya lebih berkhasiat dan enak. Jangan hadkan pemakanan anda hanya dengan bubur nasi atau bijirin komersial semata-mata.
4. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan defisit kognitif pada anak. Oleh itu, penting untuk beri dia zat besi mencukupi. Zat besi bukan sahaja banyak terdapat dalam kerangan dan organ dalaman tetapi turut wujud di dalam lauk pauk seharian seperti ayam, daging dan ikan.
5. Beri anak makan banyak sayur dan akhiri dengan buah-buahan sitrus yang tinggi dengan Vitamin C. Zat besi adalah kritikal untuk mengekalkan kebolehan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan.
6.Jika anak tidak disusukan dengan susu ibu, pilihlah susu formula bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Susu-susu ini diformulakan untuk meniru formula yang terdapat di dalam susu ibu. Namun, harus diingatkan bahawa susu ibu mempunyai lebih keupayaan untuk meningkatkan kepintaran anak.
Soalan ini dijawab oleh Noorlailina Moha Mohtar, Pegawai Dietetik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pisang boleh merawat anak sembelit tetapi yang perlu anda tahu, pisang juga boleh membuatkan anak sembelit. Macam mana?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, pilih yang tidak masak ranum sepenuhnya berpotensi untuk membuatkan anak sembelit. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Pisang boleh buat sembelit, pisang jugak boleh bantu rawat sembelit. Pilih pisang yang betul-betul ranum untuk elakkan risiko anak sembelit.
Pisang yang belum sepenuhnya ranum, tinggi dengan kandungan kanji susah hadam. Atau nama lain resistant starch.
Resistant starch ni yang buat anak susah nak membuang bila makan pisang.
Elakkan yang macam ni kalau anak asyik sembelit bila makan pisang.
Pilih pisang warna kuning yang dah ranum, elakkan yang masih kuning kehijauan. Anak mungkin akan sembelit sebab kanji dalam pisang kuning kehijauan susah untuk dihadam. Usus anak tak dapat jalankan fungsi dengan baik. Maka akan susah nak membuang.
Pisang ranum tinggi kandungan antioksida dan fiber mudah larut. Ini akan bantu anak lagi mudah nak membuang.
Sebab tu ada baby makan pisang, sembelit teruk sangat, tapi ada baby yang makan, laju je membuang.
Pisang macam ni mungkin boleh rawat sembelit.
Kena tengok balik pisang apa yang ibu bagi. Sebaiknya cari yang betul-betul ranum, untuk elakkan masalah macam ni.
Pun begitu, kena kenal jugak perut anak, sesuai atau tidak dengan pisang. Kalau makan pisang ranum pun masih jadi sembelit, elakkan dulu dari anak. Penting untuk anak membuang setiap hari supaya toksin tak kekal dalam badan anak.
Blend campur santan bagi anak minum. Mudahhh nak membuang nanti. Tinggi antioksida tau pisang macam ni.
Cari buah lain yang sesuai. Yang mana bila anak makan, mudah juga untuk dia keluarkan.
Pisang ranum atau belum ranum, yang pastinya dua-dua pun ada kebaikan masing-masing. Ranum elakkan sembelit. Belum ranum bantu kurangkan cirit-birit.
Indahkan real food sebenarnya. Selain anak dapat kenyang, proses penyembuhan pun boleh berlaku kalau kena caranya.
Tahap keranuman pisang.
Kita sama-sama banyakkan real food dan kurangkan makanan proses dari anak-anak ya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.