Masih ada lagi mak ayah yang tak tahu anak mereka jenis yang mana satu auditori, visual atau kinestatic.
Bila anak tak dengar cakap di katanya nakal, degil, lasak. Padahal yang sebenarnya cara mak ayah beri teguran tu salah. Anak tak faham. Sebab cara beri teguran tu tak sesuai dengan cara otak mereka berfungsi.
Ini 3 Jenis Learning Style, semua mak ayah wajib tahu :
1-AUDITORI
Anak auditori ni sangat peka dengan audio atau bunyi. Mereka suka keadaan yang tenang dan tak bingit.
Nak tahu anak jenis auditori lihat pada minat dia. Kadang-kadang anak auditori ni minat dengar lagu, dan lebih mudah hafal lagu daripada gambar.
Mengajar anak auditori ni kena banyakkan sebut dan dengar ulang-ulang kali. Lagi kerap dia sebut dan dengar lagi cepat dia akan belajar. Repetition ialah penentu kejayaan mereka.
Ads
Amaran : Jangan cakap yang bukan-bukan depan anak auditori sebab sekali dia dengar dia akan ingat sampai bila-bila.
2- VISUAL
Kasihan. Anak visual ni selalu di panggil degil. Sebabnya mereka tak pernah dengar bila di tegur. Panggil banyak kali baru mereka nak menyahut.
Memang mereka tak dengar kerana otak mereka tak di program untuk dengar. Sebaliknya otak mereka di program untuk melihat. Anak visual lebih peka pada gambar, orang, dan apa sahaja dalam bentul visual. Yang boleh nampak.
Mendidik anak visual kena jelaskan dengan gambar atau lakaran. Atau buat demonstrasi depan mereka. Langkah demi langkah, di tunjuk baru mereka faham. Tegur guna mulut boleh tapi kena selit dengan pergerakan tangan supaya mereka fokus masa kita bercakap.
Ads
Nota : Anak visual ni kalau kita membebel depan dia tanpa ada gambar atau pergerakan memang mereka akan berangan atau khayal. Bila mata tak boleh fokus, fikiran pun melayanglah.
3- KINESTATIC
Anak kinestatic ni selalu di salah anggap lasak, hyperaktif dan tak makan saman punya budak. Kita jerit mereka tak dengar, kita marah pun dia buat tak tahu je.
Ini kerana anak kinestatic belajar dengan rasa sendiri pengalaman dan pergerakan tubuh mereka. Mereka belajar selepas dah rasa sakit, jatuh, pahit, luka dan benjol. Selagi tak rasa sendiri selagi itu mereka tak akan puas.
Ads
Anak kinestatic ni kita tak boleh larang bila dia nak buat sesuatu, sebab kalau di larang ibarat kita larang dia jadi pandai. Mereka berkembang dengan teroka dan belajar ( Explore & Learn ). Biarkan je, tapi dengan pantauan mak ayah.
Nota : Anak kinestatic jangan di suruh duduk diam, memang tak jalan punya. Lebih baik sediakan satu aktiviti atau tempat untuk dia melempiaskan tenaga dia tu. Ini yang terbaik.
” Anak kinestatic ini tenaga mereka boleh meruntuhkan gunung dan mengegarkan dunia tau “
Kenali potensi anak sebelum kita menutup potensi sebenar mereka.
Jumpa anak nanti terus bagi 3 ujian ni. Satu dengar audio, satu tunjuk gambar dan satu lagi suruh mereka buat sendiri. Ada budak learning style dia lebih dari satu, jadi jangan terkejut kalau anak auditori boleh cergas macam kinestatic.
Mohd Fhais
Jangan salah faham dengan anak lagi okay !
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak pegang title sebagai ibu ayah, dalam sehari ada tak rasa nak marah anak? Jika anda rasa ye itu normal tetapi perasaan ini boleh kita kawal jika tahu tekniknya.
Tidaklah anak kita asyik rasa takut je dengan ibu ayah sendiri. Ada tu paling kesian sehingga anak pula jadi trauma jika mereka ada buat kesilapan kecil.
Menerusi perkongsian dari Teacher Lin Talib, yang banyak menulis tentang perkembangan anak dan topik keibubapaan, ada 5 tip marah anak tanpa marah-marah.
5 Tip Marah Anak Tanpa Marah-Marah
Tengok gambar bawah. Habis satu ruang tamu di tepung kan. Lantai kotor satu hal, kalau kena sofa tu ya ampunnnn dah lah susah nak bersihkan! Ishhh budak ni nak kena ni!!!
Macam tipu sangat kalau kata tak pernah marah anak. Bak kata Usop Wilcha dalam cerita Zombie Kampung Pisang…”Nampok benorr nipunya”
Jadi saya kongsikan bagaimana tip untuk marah anak.. tanpa marah-marah.
1. DIAM
Bila nampak sesuatu yang tak kena pada mata kita .. yang terus menjentik hati rasa nak marah.. diam dulu. Jangan terus jadi machine gun. Berterabur peluru kata-kata bila kita marah.
Dan percayalah.. kata-kata yang keluar ketika marah…biasanya tak indah. Anak akan mudah terluka bukan kerana kita marah.. tapi kata-kata ketika marah.
Nampak je tepung bersepai . Tarik nafas… Hembus… Dan diam. Diam ni dapat mengawal kita menghambur perkataan yang tidak elok pada anak kita… Selain itu.. ia mengawal diri kita dari bertindak di luar kawalan. Kadang ada sampai bantai anak padahal tertumpah tepung je.. sebab apa? Sebab dia tak diam. Dia gagal kawal amarah dia.
Diam dan lihat wajah anak kita. Dia senyum gembira je. Dalam diam itu zikir. Dalam diam itu kita syukur anak selamat. Hanya dengan diam.
2. TUKAR MINDSET
Selalu kita dengar kan.. ” Alahhh budak -budakkk”. Okay.
Bila anak buat salah.. tertumpah itu..terpatah ini.. tercalar itu.. tersepah ini… Terus tukar mindset
Anak ni..baru 3,5 tahun hidup. Mereka ni pendatang baru dalam dunia. Baru je 5 tahun hidup. Kita ni dah 30 tahun hidup. Mestilah beza banyak benda kita tahu berbanding dia..
Macam orang bekerja 30 tahun dengan orang bekerja baru 5 tahun.. manakan sama pengalaman mereka kan? Begitulah anak-anak.
Jadi, selagi kesalahan mereka tak mencederakan mereka dan orang lain…bertenang.. dan fikir…
” Mereka ni orang baru..mereka tak tahu”
Jadi tanggungjawab kitalah sebagai “lebih pengalaman” untuk ajar mereka. Tiada siapa akan terus pandai sesuatu bila di marah. Tetapi seseorang boleh pandai bila di tunjuk ajar. Kan?
3. PERLU DI MARAH
Ya, ada masanya anak perlu dimarah. Bila tu? Bila anak mula tunjukkan sifat individual atau “degil”. Biasanya umur 8 tahun ke atas ni boleh di marah dah.
Contoh: dari kecil kita ajar bangun pagi.. tapi bila masuk 9 tahun dia tak nak bangun dengan alasan malas Ha, ni wajib di marah.
Marah bila kita sudah tunjuk dan ajarkan tapi dia tidak mahu buat tiba-tiba .. so boleh marah.
Tapi jangan marah melampau. Marah atas kesalahan itu sahaja. Tak perlu ungkit cerita dari zaman Parameswara sampai sekarang. Nyatakan kita marah pada attitude atau peel mereka..bukan marah pada diri mereka.
Contoh: ” Ali.. tolong basuh pinggan”
Ali tak menyahut sedangkan jarak dekat saja. Dah 3 kali tak menyahut kita boleh marah.
” Mak panggil Ali tak dengar ke?? Tuhan bagi telinga ni untuk dengar. Mulut untuk menyahut!”
Jadi kat sini anda lihat.. walaupun marah.. kita bagi reasoning atau solution kepada anak tentang kesalahan mereka. Kalau mak saya dulu dia tambah pakej piat telinga.
Siap je kerja disuruh.. peluk balik anak dan katakan dia anak yang baik.. selalu dengar cakap ibu bapa.. mak abah sayang dia..
Ini untuk ingatkan anak bahawa kita tetap sayangkan dia.. marah hanya atas sebab kesalahan.. tapi itu tidak menjejaskan kasih sayang terhadap dia. Jadi InsyaAllah.. anak akan faham tentang yang salahnya adalah perbuatan.. bukannya diri dia. Okay?
Jika anak baru 4 tahun..dan dia terbuat salah.. macam tumpah air.. anda boleh ajak dia sama-sama fikir apakah yang perlu dia buat.
Contoh; air tumpah ” Alamak.. air tumpah! Macam mana ni? ”
Wujudkan interaksi dengan anak atas perbuatannya. Kiranya kita ambil tahu atau acknowledge perbuatan anak.
” Basah ni.. kalau jalan licin.. jatuh.. sakit!”
Di sini kita bagi mereka kefahaman Cause and Effect. Semua orang tak suka bila sakit
” Nak kena buat apa ni?” ” Ha! Jom kita lap lantai!”
Ambil kain dan ajak anak lap sama-sama
” Yay! Dah bersih! Tak sakit! Pandaiii kakak”
” Lain kali, kalau ada air atas lantai.. kakak lap cepat-cepat okay! Kakak jadi hero selamatkan orang. Tak jatuh!!”
Bila anak mengelap lantai.. di sini kita dah ajar anak konsep
– Cause and Effect
– Mencari solusi atau problem solving
– Mengajar konsep bertanggungjawab atas kesalahan sendiri serta tanggungjawab atas masyarakat.
Sudah tentu anda perlu ulang perkara ini dan ajarkan beberapa kali tapi percayalah, bila anak sudah faham konsep-konsep di atas.. InsyaAllah anak akan membesar dengan cemerlang!
5. REFLEKSI DIRI & ANAK
Cuba refleksi diri anda. Berapa banyak masa anda bersama anak? Berapa banyak yang anda tahu tentang anak? Makanan kegemaran.. warna kegemaran.. band kegemaran… Minat nya.. bagaimanakah komunikasi kita dengan anak? Rapatkah kita dengan anak?
Bila kita rapat dengan anak.. kitalah lebih tahu kelebihan dan kelemahan anak. Jadi jika anak ada buat salah… Jangan terjah marah dulu.
Contoh: anak tak buat kerja sekolah. Cuba anda tengok.. dan perhati anak.. kenapa dia tak siap kerja sekolah.
Tak faham atau tak tahu nak buat ke?
Dia tak suka subjek tu ke?
Dia ada masalah motor halus ke?
Dia ada masalah emosi ke?
Kawan-kawan dia tu jenis okay ke?
Semua ni anda perlu ambil kira. Kita tak tahu anak kita ni kalau ada 10 orang maka 10 lah jenis perangai.
Dan paling penting… Janganlah kita banding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Semua anak ni bijak.. ada kelebihan mereka.
Tak pandai belajar di sekolah bukan bermaksud dia bodoh.. tapi mungkin dia ada minat dan mahir di tempat lain. Tolonglah ibu bapa.. bijaknya anak kita bukan diukur dengan markah peperiksaan.
Tapi ianya bergantung dengan bagaimana anak kita boleh menyelesaikan masalah dalam kehidupannya dengan baik tanpa menyakiti orang lain. Kerana zaman ini… Ramai orang pandai akademik.. tapi malangnya mereka bodoh akhlak.
Suka untuk saya tekankan anak perlu berkembang dengan baik, bukan berkembang dengan cepat.
Jadi mak-mak ni kadang kena fikir buruk je sentiasa. Ada masa boleh husnuzon, ada masa kena jadi paranoid. Mungkin bagi suami, perkara yang tak sepatutnya difikirkan, tak perlulah nak fikir tapi kadang-kadang cara isteri ni membantu.
Betul kita tak mahu jadi apa-apa yang tak dijangka tetapi ada baiknya beringat. Kadang benda nak jadi sekelip mata saja. Tambah lagi jika ada anak kecil lebih dari seorang dalam rumah.
Seperti perkongsian ibu ini, Puan Adawiyah Abdul Rahman, dia ada cara tersendiri untuk pastikan keselamatan bayinya ketika sedang membuat kerja rumah atau memasak di dapur.
Ni cara saya kalau time jaga baby…Babynya masih kecil, abangnya pun kecik juga lagi. Jadi kalau dia tengok adik dia tu geramnya lain macam.
Pernah sekali dia nak korek mata adik dia. Agaknya cerah sangat mata kelip-kelip macam ‘spotlight’. Jadi inisiatifnya beginilah.
Katil baby letak kat ruang tamu supaya sambil layan anak-anak lain kita masih boleh pantau baby.
Tercari-cari bahan pembelajaran menarik untuk anak, boleh beli di sini
(Kalau letak dalam bilik umminya fikir buruk, takut tersedak susu ke apa ke? So sambil tengok TV boleh tengok baby. Nak pangku baby ramai pulak kerumun macam semut)
Stroller pun berguna walaupun musim Covid ni tak ke mana. Senang nak masak ke basuh pinggan ke, nak makan ke. Jadi kita letak dia dalam tu. Boleh la dia ikut kita ke mana-mana. Kadang baby ni bukan nak apa sangat. Dia cuma nak bau kita je. Lepas tu duduk dalam stroller tu rasa berayun-ayun cepatlah dia terlelap sendiri.
Walau apa pun kena ingat juga katil dan stroller ni dua-dua ada bahayanya macam buaian juga. Maksudnya kita sebagai ibu tetap juga kena sentiasa pantau anak. Katil baby tu kadang kalau kita tak pantau, pandai pulak abang dia seret kerusi sebab nak tengok adiknya. Risau tertonggeng dalam tu dengan baby.
Stroller pulak make sure sentiasa kena lock roda dia sebab nanti ada pulak gatal tangan nak cuba-cuba tolak baby. Dahlah baby kecik risau terbalik pulak stroller. Walau apa pun cara kita, yang penting anak-anak sentiasa selamat di sisi kita..Insyaallah..❤️❤️❤️
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Telur rebus selain dijadikan makanan sampingan untuk makanan berkuah seperti mi kari dan sebagainya, ia tetap jadi kesukaan anak-anak kita. Malah ada yang suka makan sebiji sehari kerana terlalu sukakan telur rebus.
Pun begitu merebus telur tetap mengambil masa yang agak lama. Apa kata kali ini gunakan teknik mudah tanpa menggunakan air untuk merebus telur.
Ikuti perkongsian tip yang dikongsikan oleh satu akaun Tik Tok, @nj_share.
Pernah dengar rebus telur tak guna air? Tak pernah? Mari saya kongsikan caranya.
Mula-mula cuti telur dulu , buang kotoran yang melekat pada kulitnya.
Sediakan pula tisu dapur. Tisu yang saya guna ni cukup lebar dan cukup tebal. Gunakan tiga keping saja.
Basahkan dengan air. Nak renjis, nak spray atau tuang macam ni pun ok. Pastikan seluruh tisu basah, basah yang sekadar menyerap air saja.
Lepas itu masukkan tisu basah ni ke dalam rice cooker. Kemaskan sedikit dan atur telur.
Siap atur, tutup rice cooker, on switch tekan butang start dan masak macam biasa.
Telur dah masak! Tisu pula lebih kering dari tadi, telur pula tak retak tak pecah. Elok je.