Kedudukan seorang ibu di sisi Islam sangat tinggi, bahkan doanya juga diangkat. Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu untuk anak-anaknya umpama sebuah doa. Bahkan Allah SWT telah memartabatkan doa seorang ibu di tempat tertinggi untuk dimakbulkan.

Keikhlasan ketika berdoa sangat penting. Anak-anak memerlukan reda dan restu ibu untuk berjaya dalam kehidupan selain usaha berpanjangan. Sebagai seorang ibu, berwaspadalah ketika berkata-kata.

Di dalam perkongsiannya, Ustazah Isfadiah ada menceritakan tentang hal ini. Semoga dengan perkongsiannya dapat memberi kesedaran serta manfaat untuk kita semua.

“Jangan Tikam Belakang Anak Dengan Doa Buruk.” Ustazah Kongsi ‘Kuatnya’ Doa Ibu Ayah
Kredit foto: Facebook Emy Haznida

Baca Juga:

“Buat Burger Ke Dik?”. Achey Kongsi Video Kelakar Tiara Bersihkan Meja, Bukan Main Rajin!

IKLAN

Cute Cailie! Pakai Gaun Putih Sambut Birthday, Muka Comel Anak Ikmal Amry Dipuji Ramai

Nak Tidur Tapi Ayah Berdengkur, Lucu Tengok Muka Baby Ni Tak Puas Hati. Comel Betul!

“Jangan tikam belakang anak-anak dengan doa keburukan..”

IKLAN

Ada seorang lelaki bertemu Abdullah bin Mubarak mengadukan sikap durhaka anaknya. Abdullah bin Mubarak bertanya “Apakah engkau telah mendoakan keburukan atasnya?” Dia menjawab, “Ya! Benar”. Lantas Abdullah berkata, “Kalau begitu engkau telah memusnahkannya”.

Doa ibu ayah mustajab, ibarat senjata canggih yang mantap, bila salah guna akan merana, bila betul caranya akan terhijab nikmatnya.

Jika anak menyakiti hati kita, biadap dan kurang prihatin walaupun sakit di hati pujuklah hati sendiri. Sebelum mendoakan dia ampunkan dulu segala kesalahan anak. Tarik nafas berulang kali, jangan tarik muka! Cepat kedut nanti.

Selepas memaafkan anak cepat-cepat doakan anak kita agar dia sedar silapnya, diberi kekuatan untuk mentaati ibubapanya. Mohon Allah ampunkan dosa anak kita tu.

IKLAN
“Jangan Tikam Belakang Anak Dengan Doa Buruk.” Ustazah Kongsi ‘Kuatnya’ Doa Ibu Ayah
Kredit foto: Facebook Emy Haznida

Kalau nak doa keburukan buat anak memang boleh tapi percayalah ‘badi’ buruk tu akan terkena kita juga! Bila susah anak tu akan cari kita juga, dia mengadukan nasibnya lah, minta pinjam duitlah, minta bantuan kita lagi dan lagi akhirnya kita sendiri yang sakit jantung mengenangkan masalah dia.

Semoga Allah bantu kita untuk mudah maafkan anak, bersabar dengan mereka dan mendoakan mereka memperolehi hidayah dan rahmat Allah sentiasa.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI