Kesilapan yang mungkin ibu bapa tak sedar, tapi berlaku dalam kalangan anak-anak kita hari ini.
Tengok anak pandai berjalan, petah bercakap, dah boleh kenal huruf dan nombor kita akan rasa anak kita hebat kerana perkembangan cepat. Tapi adakah kita terfikir mungkin disebaliknya ada kelemahan yang kita tak perasan.
Ingat setiap anak mereka masih ada kekurangan tapi bagaimana cara ibu bapa mengilap dan membantu untuk menjadi seorang anak yang seimbang dari aspek perkembangan dan akademik bergantung pada cara kita usahakannya untuk berjaya.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Wawa Shauqi mengenai anak sulungnya yang dah dianggap cepat tapi sebenarnya ada masalah deria dan mungkin boleh menganggu proses pembelajarannya nanti.
Ini Ammar, anak sulung saya. Dia seorang yang cepat berjalan dan cepat bercakap. Pada usia dia 2 tahun, dia telah mengenal huruf dan dapat memadankan kesemua huruf kecil dan huruf besar.
Pada usia 3.5 tahun, dia mula membaca dan menghafal lebih dari 20 surah. Sekarang usianya 4 tahun, telah masuk separuh buku Iqra’ kedua.
Nampak macam perkembangannya cepat, tetapi ada perkara yang dia tidak mahir kalau nak dibanding dengan teman seusianya yang lain.
Pada usia 3 tahun, dia masih belum boleh menangkap bola pada paras dada. Malah tangannya tak cukup kuat untuk menyepit objek menggunakan forcep mainan. Tangannya juga tak mampu bergayut walau 2 saat di ‘monkey bar’.
Saya sangka, mungkin kekurangannya itu kecil dan biasa. Mungkin pencapaian motor kasarnya tak mengikut carta milestone kerana dia bukan kategori ‘body intelligence’.
Yalah, sangka saya setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya.
Tapi bukan itu sahaja. Ammar seorang penggeli. Dia geli memijak pasir, geli duduk pada kerusi kulit (atau pvc) dan menjerit bila memegang ais.
Ads
Gelinya kadang-kadang keterlaluan. Pernah dia menjerit waktu kami lalu di sebuat kedai mainan. Ingatkan apa yang ditakutnya, rupanya ‘Magic Stretch Ball’. Seronok betul kami menyakat dia dengan bola tu.
Saya tak pernah sangka kesemua masalah ini mempunyai perkaitan yang sama. Malah masalah dia meraung bila mencuba kasut baru di mall dulu juga, ada kaitannya.
Dia mempunyai tanda-tanda yang kebiasaan ada pada anak-anak yang ada kecelaruan neurologi. Tanda-tanda yang disebut OT Maryam itu mengesahkan yang Ammar mempunyai masalah sensori sentuhan, atau dalam istilahnya Sensori Processing Disorder (SPD) terhadap deria Tactile (Hypersensitif).
Ammar mungkin membaca awal dan cepat tangkap dalam pembelajaran, tapi masalah ini jika saya tak sedar dari awal, akan mengganggu pembelajarannya bila dia mula bersekolah nanti.
Nasib baik saya cepat sedar. Mujur Allah cepat temukan saya dengan pakar.
Ads
Alhamdulillah setelah saya lakukan pelbagai aktiviti ransangan, sekarang ‘sensitiviti’ Ammar dah banyak berkurangan. Cuma dengan Magic Ball tu masih takut-takut. Fobia kesan dari kena sakat masa kecil agaknya.
Kadang-kadang kita terlalu mahukan anak pandai, lalu kita hulur anak buku, pensil & kertas dan kita nafikan fitrah anak bermain.
Sedangkan dari bermain itulah anak-anak membina asas akademik mereka. Dari bermainlah anak akan belajar komunikasi dan membina keyakinan diri. Dan dari bermainlah daya tumpuan anak dipertingkat.
Dari bermain jugalah kesemua deria mereka berstimulasi dan berintegrasi bersama dengan baik.
Apa kaitan DERIA ini semua dengan akademik?
Eh penting sangat. Deria sentuhan yang baik adalah asas untuk anak kuasai kemahiran motor halus seperti menulis dan mengguna tangan dengan baik.
Deria rasa pula membantu memberi stimulasi awal untuk anak menggunakan mulut untuk bercakap, selain mengelakkan masalah ‘picky eater’ pada anak.
Ads
Deria visual dan auditori pula penting untuk memberi tumpuan yang baik semasa dalam kelas dan mengenal huruf, nombor, bentuk serta simbol.
Deria sendi dan kestabilan akan bantu anak-anak menguasai hampir kesemua kemahiran dalam hidup.
TAPI.
Tapi bermain pun perlu ada tujuan. Setiap permainan perlu betul caranya supaya merangsang perkembangan anak-anak.
Seperti yang diajar OT AisyahRozalli, main pun perlu ada 5 target. Antara targetnya adalah supaya anak mahir berkomunikasi, mahir berdikari dan mahir guna tubuh.
Haa! Ajar anak main pun kena ada ilmu tau.
Ya, memang tak dapat dinafikan setiap ibu bapa ada cara didikan yang tersendiri. Tetapi ilmu masih perlu kita cari. Tempoh tumbesaran anak singkat untuk kita cuba-cuba dan buat silap.
Ikut rapat-rapat ikon-ikon keibubapaan ustaz ustazah dan para terapis, supaya kita tak silap mendidik anak.
Rupanya ada rahsia pemakanan untuk latih anak jadi pintar. Secara umumnya, setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza. Justeru ibu bapa tidak boleh membandingkan keupayaan anaknya dengan anak orang lain. Malah pada tahap ini, otak kanak-kanak umpama span yang menerima apa sahaja input yang diberikan kepadanya.
Untuk mendapat anak cemerlang, terang dan bersih hatinya, anda sebagai ibu bapa perlu menyediakan persekitaran dan kehidupan yang baik untuk anak anda termasuk aspek pemakanan.
Ikuti 5 pemakanan yang mampu merangsang minda anak anda.
1.Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2.Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak yang berkesan untuk membantu merangsang minda
3.Susu segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak yang sesuai diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4.Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
5.Buah Delima
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak-kanak.
Ibu bapa perlu mendengar semula cerita yang ingin disampaikan oleh anak mengikut kefahamannya. Ketika ini beri panduan jika anak tidak dapat menyampaikan cerita dengan baik.
Kemahiran berfikir dikalangan anak-anak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti boleh dan dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh mengemukakan cadangan, memberi pelbagai idea, menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut.
CERITA SEMULA
Sentiasa galak anak-anak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
BERTANYA SOALAN
Bertanya kepada anak-anak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru. Situasi ini akan menggalakkan anak-anak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
ANALISIS WATAK
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
KAITKAN DENGAN PENGALAMAN DIRI
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta anak-anak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila anak-anak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada cara yang terbukti bagi menganggarkan ketinggian anak kita apabila mereka besar nanti. Namun ada beberapa formula yang boleh digunakan sebagai panduan yang diberikan oleh pakar paediatrik dari Amerika Syarikat, Dr Jay L. Hoecker.
BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA?
Cara pertama:
• Tambahkan ketinggian ibu dan ayah dalam sentimeter.
• Bahagi dua untuk mendapat anggaran ketinggian anak kita bila dewasa.
Cara lain adalah dengan menggandakan dua kali ketinggian anak kita pada usia dua tahun (jika lelaki) atau pada usia 18 bulan (jika perempuan).
Walau bagaimanapun, kita kena ingat ketinggian anak kita bergantung pada faktor genetik, pemakanan dan persekitaran (terutaman aktiviti fizikal). Kanak-kanak juga membesar dengan kadar yang berbeza, ada yang cepat membesar dan ada yang lambat membesar.
Jika kita risau dengan tumbesaran anak kita, berbincanglah dengan doktor. Atau catatkan graf tumbesaran anak kita mengikut carta pertumbuhan fizikal yang standard, dan pastikan tumbesaran mereka mengikut umur anak-anak kita.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.