Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyifatkan jangkitan koronavirus ini sebagai salah satu cabaran paling berbahaya yang dihadapi masyarakat antarabangsa.
Katanya menerusi petikan perkongsian Astro Awani, inilah masanya untuk masyarakat antarabangsa bersama bekerja dan bersatu menghentikan virus yang mengancam nyawa ramai ini.
Kajian Johns Hopkins mendapati seramai 1,500,830 orang telah dijangkiti virus itu sejak ia muncul di China empat bulan lalu, termasuk 87,705 orang yang meninggal dunia dan 317,855 individu yang telah pulih sepenuhnya.
Amerika Syarikat (AS) pula tetap menjadi negara dengan jumlah jangkitan paling tinggi dengan lebih daripada 423,000 orang, tetapi Itali mencatat negara dengan angka kematian tertinggi sebanyak 17,669.
Malah kajian itu turut menyatakan virus yang disifatkan sebagai pandemik ini telah merebak sekurang-kurangnya ke 184 negara.
Peningkatan jumlah kes sebanyak 4,119 yang dicatatkan di negara kita semalam ternyata agak membimbangkan. Walaupun adanya peningkatan dalam bilangan pesakit yang sembuh namun jumlah yang semakin meningkatkan membuatkan kita perlu untuk terus berada di rumah.
Ads
Sebagai tanda sokongan dan bertanggungjawab untuk mengelakkan bilangan angka dari terus bertambah, masyarakat sebaiknya perlu patuh dengan kekal di rumah sepanjang PKP. Inilah yang sebaiknya kita lakukan.
JANGKITAN COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi angka 1.5 juta orang.
Kajian Johns Hopkins mendapati bahawa 1,500,830 orang telah dijangkiti virus itu sejak ia muncul di China empat bulan lalu, termasuk 87,705 orang yang meninggal dunia dan 317,855 individu yang telah pulih sepenuhnya.
Amerika Syarikat (AS) tetap menjadi negara dengan jumlah jangkitan paling tinggi dengan lebih daripada 423,000 orang, tetapi Itali mencatat negara dengan angka kematian tertinggi sebanyak 17,669.
Kajian turut menyatakan virus itu telah merebak ke sekurang-kurangnya 184 negara dan wilayah selepas pertama kali ia dikesan di bandar Wuhan, China pada Disember tahun lalu.
Ia menyerang sistem pernafasan, dan boleh membawa maut.
Ads
Kebanyakan mangsa yang dijangkiti akan menunjukkan simptom yang sederhana tetapi ia boleh membawa maut kepada orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit sedia ada seperti hipertensi, diabetes, sakit jantung dan asma.
Beberapa usaha sedang dilakukan untuk pembangunan vaksin tetapi kebanyakan pakar percaya bahawa ia hanya akan diperoleh sekurang-kurangnya dalam tempoh satu tahun ke 18 bulan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Rabu menyifatkan jangkitan koronavirus ini sebagai salah satu cabaran paling berbahaya yang dihadapi masyarakat antarabangsa.
“Sekarang adalah masa untuk masyarakat antarabangsa bersama bekerja dan bersatu menghentikan virus ini dan kesannya yang menghancurkan,” kata Guterres.
COVID-19 dianggap sebagai krisis paling dahsyat ke atas keperadaban manusia yang memberi kesan terhadap kesihatan dan sosial yang serius.
Beberapa hari lalu tular gambar bayi dan ibu yang terlibat dalam kemalangan akibat daripada kain yang dipakai mangsa tersangkut pada rantai motor suaminya.
Demi menyelamatkan bayinya yang baru beberapa hari lahir, mangsa sanggup menghempaskan diri agar si kecil tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu. Tiada siapa yang inginkan kemalangan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan anak kecil. Namun kecuaian kecil boleh membawa padah.
Kisah ini dikongsi oleh pemilik facebook Maha Rani dan rata-rata wargaNet bersimpati dengan kedaan ibu yang masih berpantang. Beberapa keping gambar juga memperlihatkan mangsa masih dalam keadaan berpantang melalui cara pemakaian iaitu berstokin dan berbengkung.
Dalam perjalanan ke Koperasi Redang Punggur, saya sempat membantu mangsa jatuh motor kerana kain isterinya tersangkut pada rantai motor.
Isterinya sedang mengendung anak kecil dan isterinya masih dalam pantang. Kejadian berlaku di hadapan SMK Sultan Abdullah Chenderong, Balai Labu Kubung. Nasib baik kedua anak mereka tidak mengalami kecederaan. Mangsa nak pergi klinik nak buat rawatan selepas bersalin.
Alhamdulillah semua selamat kecuali ibu dalam mengerang kesakitan mungkin terhempas. Itulah kasih ibu sanggup dirinya terhempas demi memastikan anak kecilnya selamat. Masya Allah!!
Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat. Setiap suami mahukan isterinya dikurniakan Jannah, begitu juga si ibu mendoakan anak-anak dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebahagiaan berpanjangan. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rumah tangga yag kekal harmoni dan sentiasa diberkati Allah SWT?
Menurut Ustaz Ebit Lew tiada siapa boleh beri kita bahagia melainkan Allah SWT sahaja. Dialah yang memberikan hati kita tenang dan bahagia. Dialah yang menjadikan suami/isteri saling sayang-menyayang dan anak-anak baik mendengar kata.
Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Allah SWT bagi macam-macam nikmat kepada kita.
Nak bahagia kena berjuang dan berkorban
Macam mana nak buat supaya anak-anak dengar cakap, macam mana nak buat supaya isteri/suami bertambah sayang pada kita? Apa amalan-amalan yang patut kita buat?
Tambah Ustaz lagi, kalau kita nak kan kebahagiaan tersebut mula-mula sekali kena buat baik pada keluarga, sentiasa doa kepada Allah supaya gerakkan hati pasangan kita untuk sayangkan kita, gerakkan hati anak-anak mudah mendengar cakap.
Oleh itu ketua keluarga iaitu suami kena bawa isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Bawa ahli keluarga belajar iman, kenal Allah dan Rasulullah s.a.w.
Contoh keluarga bahagia dan rumah tangga paling bahagia adalah rumah tangga Nabi s.a.w. Jadikan kisah kehidupan Nabi sebagai contoh kita hidup berkeluarga.Kalau kita nak Allah SWT sayang jadi kita kena sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Allah sayang kita. Dalam hidup ini tak perlu cari siapa salah dan siapa silap. Suami tak perlu cakap isteri silap dan isteri juga tak perlu salahkan suami. Masing-masing kena berkorban dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT.
Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
Amal 3 Doa Ini Untuk Bahagia:
1. Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome. Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang Allah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekat dengan Allah SWT dan Nabi s.a.w.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.” Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan peluk cium suami/isteri dan anak-anak.Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua alli keluarganya memeluk Islam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perceraian tidak perlu jadi penyebab kepada kurangnya hak anak. Biarpun tidak lagi bersama sebagai suami isteri dan meneruskan perkahwinannya, usahawan dan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak berseteru dalam hal penjagaan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.
Jebat perlu menerima haknya sebagai anak untuk disayangi dan merasai kasih sayang dari kedua ibu dan bapanya. Begitu tegas Nabila. Satu keputusan yang cukup hebat. Mengenepikan emosi dan perasaan sendiri demi anak. Itu sebaiknya yang perlu dicontohi oleh pasangan bercerai lain.
Malah kakak kepada pengacara dan pelakon popular, Neelofa ini mempunyai pandangannya yang tersendiri. Malah Jebat yang berusia dua tahun pada Ogos ini menjadi keutamaannya dan Shanaaz.
“Bila sudah berpisah, anak menjadi keutamaan. Semuanya berkenaan dengan anak, bukan sebab diri sendiri.
“Anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan. Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan hak dia sebagai seorang anak.
“Hak anak kena ada kasih sayang daripada ibu dan bapa. Jadi, kedua-duanya harus bekerjasama biarpun tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan. Kalau kita menidakkan hak anak, kita berdosa,” katanya.
Itulah yang sebaiknya dilakukan malah kata Nabila lagi, isu perebutan anak seharusnya tidak perlu timbul jika ibu dan bapa tahu akan hak anak mereka.
Selesa hidup sendiri
Tambah Nabila yang kini selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal, dia banyak belajar dari episod perceraian yang dilalui sebelum ini.
“Apa yang saya belajar ialah perkahwinan memerlukan dua orang yang mahu ikatan itu kekal.
“Usaha itu datang daripada dua belah pihak, suami dan isteri. Jika satu pihak sahaja, ia tidak okay,” katanya lagi.
Nabila dan Sharnaaz sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Perpisahan bukan penghalang Jebat merasai kasih sayang dari kedua ibu bapanya. Malah baik Nabila, Shanaaz juga sentiasa melapangkan masa buat permata hati mereka ini. Seronok melihat kedua-dua saling berusaha memberikan yang terbaik buat Jebat. Inspirasi untuk semua.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...