Selepas lapan bulan berkahwin, pelakon Harris Annuar kini bakal bergelar bapa selepas memaklumkan isterinya, Asha Merican kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Harris menerusi laman Instagramnya.
Dikhabarkan kandungan isteri Harris kini sudah pun memasuki fasa trimester ketiga dan tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk bergelar bapa.
“Sebenarnya isteri saya dah mengandung banyak bulan, tapi kami memilih untuk merahsiakan.
“Jantina anak pun kami dah tahu tapi bila dah lahir nanti baru kami kongsi,” katanya.
Ads
Berkongsi kisah kehamilan isterinya itu di awal trimester, kongsi Haris isterinya turut mengalami mabuk atau alahan ketika di awal kehamilannya.
Tambah Harris lagi, isteri kesayangannya itu pernah mengidam untuk makan di depan Pantai Klebang, Melaka dan menikmati asam pedas sepanjang kehamilannya.
Kongsi Harris lagi, dia sebolehnya cuba untuk merealisasikan hasrat isterinya itu.
Ads
Bercerita kisah kejutan yang dilakukan isterinya, dia menyangka isterinya itu positif Covid-19.
“Saya dengan dia pergi mini bulan madu di Cameron Highland, petang itu saya pergi joging. Bila balik dari joging dia buat kejutan dengan letak alat ujian kehamilan bawah selimut.
Ads
“Mula-mula saya ingat dia positif COVID-19 sebab saya tak pernah tengok alat itu. Rupanya dia cakap dia mengandung, menangis juga saya masa itu,” kongsinya.
Kelas antenatal bukan sekadar satu trend terkini tetapi ia membekalkan bakal ibu untuk bersedia sepenuhnya untuk menempuh fasa baru. Begitu juga dengan bakal bapa.
Bagi yang tidak tahu, kelas antennal juga akan memberikan maklumat berharga seperti melibatkan aspek penjagaan dan perkara yang harus dijangkakan sebelum bersalin, cara penyusuan susu ibu, serta suplemen yang diperlukan bagi memastikan tahap kebajikan dan kesihatan sentiasa dalam keadaan terbaik.
Berdasarkan cadangan pakar dan pengajar, tempoh paling sesuai untuk menyertai kelas ini adalah apabila kandungan berusia antara 30 hingga 32 minggu.
Kelebihan utama jika mengikuti kelas bersalin:
1. Berjumpa rakan baharu
Salah satu faedah utama menyertai kelas ini adalah anda akan bertemu wanita hamil lain. Ia akan membantu anda membina sekumpulan rakan baharu yang melalui pengalaman sama. Ini sekali gus membolehkan diri berkongsi pengalaman, soalan dan mengadu.
Ada juga ibu yang menghadiri kelas ini sudah pun mempunyai anak. Mereka pastinya mempunyai lebih pengalaman dan boleh membantu menjawab segala persoalan yang anda alami.
2. Mendapat ilmu pengetahuan mengenai kehamilan dan proses bersalin
Kelas bersalin ini dapat memberikan ibu mengandung banyak maklumat dan memberikan penjelasan berkaitan aspek kelahiran bayi.
Dalam masa sama, anda juga akan diterangkan mengenai kemungkinan komplikasi yang boleh terjadi semasa bersalin dan cara penyelesaiannya.
Selain itu, anda juga akan diberi penerangan mengenai terminologi perubatan, sekali gus membolehkan anda memahami apa yang dibincangkan oleh doktor dan jururawat semasa bersalin.
Kelas ini akan memberikan anda kepastian mengenai prosedur yang terlibat dan merungkai ketidakpastian khususnya buat wanita hamil yang pertama kali bergelar ibu.
Paling penting, anda harus tahu setiap maklumat yang diberikan boleh dipercayai kerana mereka adalah pakar terlatih.
3. Meningkatkan keyakinan diri
Antara manfaat menyertai kelas ini adalah untuk meningkatkan rasa yakin diri. Ini kerana apabila anda memahami lebih perkara yang terlibat dalam prosedur melahirkan anak, sudah tentu diri akan berasa lebih yakin dan tenang.
Kebanyakan pasangan atau bakal ibu bapa akan lebih tenang dan yakin kerana mereka mengetahui apa yang boleh dijangkakan dan cara menguruskan apabila perkara itu berlaku.
4. Mendekatkan diri dengan pasangan
Manfaat kelas antenatal 2024 juga boleh membantu anda dan pasangan mendapatkan tahap keintiman dan kemesraan yang lebih baik malah mempelajari proses bersalin bersama-sama.
5. Lebih seimbang & sihat
Menyertai kelas bersalin ini dapat membuatkan anda lebih memahami tentang prosedur dan proses berkaitan bersalin, sekali gus membantu anda membuat keputusan lebih baik dalam meningkatkan kesihatan diri.
Anda akan mempelajari risiko dan faedah yang berkaitan dengan pelbagai prosedur serta cara terbaik dalam menangani komplikasi kehamilan tertentu.
Kelas antenatal online mahupun secara fizikal juga dapat memberikan anda pemahaman menyeluruh mengenai cara terbaik untuk mengekalkan pemakanan dan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Istilah ‘seluk’ menjadi seakan trauma buat ibu yang bakal melahirkan anak namun ia perlu dilalukan untuk memeriksa laluan serviks.
Pemeriksaan faraj (vaginal examination) dilakukan apabila usia kandungan wanita hamil mencecah 9 bulan. Ia dilakukan untuk memeriksa keluasan serviks mengembang, berapa banyak ia menipis dan posisi bayi dalam pelvis ibu.
Pemeriksaan ini juga adalah untuk menentukan jika si ibu sudah bersedia untuk bersalin.
Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim.
Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka.
Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka.
Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.
Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.
Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.
Jangan panik. Ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang tiada pengalaman melahirkan.
Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.
Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.
Maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. Di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...