Kesabaran ibu ayah memang tak dapat dikawal lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan perangai anak yang berbeza-beza. Sungguh mencabar! Sehingga tahap ibu ayah terpaksa menengking anak barulah mereka diam seketika.
Namun sebenarnya perbuatan tersebut memberikan kesan negatif kepada anak lebih-lebih lagi anak yang berusia 7 tahun ke bawah. Di usia ini, sel otak anak baru mula berkembang. Jadi bagaimana cara yang betul untuk kekal tenang? Ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar.
Apabila seorang ibu/ayah jerit pada anak “hey hey diamlah. Mama/papa tengah pening ni!” Apa yang dicontohkan pada anak itu?
Ketika seorang ibu/ayah kata pada anaknya “japlah tak leh sabar sikit ke” dengan suara tinggi, apa yang sedang diajar pada anak itu?
Ads
Di saat seorang ayah/ibu berkata “dah berbuih dah mulut ummi/abah cakap. Tak dengar dengar. Degil betul!” Agaknya apakah mesej yang sedang ditanam di subconscious mind si anak.
Ketika kita marah, stres, suhu emosi menggelegak pada anak lakukan 3 perkara:
1. Alihkan kedudukan kita. Kalau sedang duduk, bangunlah. Atau bersandar sebentar.
Ads
2. Pandang ke arah lain. Elakkan bertentang mata dengan si anak.
3. Tarik nafas dalam dalam melalui hidung. Hembuskan melalui mulut. Perlahan. Diulang tiga kali.
Ads
Setelah selesai baharulah mula bercakap dengan anak. Pasti ada perubahan. Nada suara lebih lembut dan tenang.
Boleh cuba. Boleh amalkan. Sila rasai sendiri perbezaannya.
Busy Board Boleh Buat Anak Lupa Gajet, Leka Bermain Sambil Belajar
Busy board adalah antara alternatif permainan yang mampu mengalihkan perhatian anak-anak pada gajet. Jika diperhatikan sekarang ini anak-anak lebih banyak terdedah dengan gajet.
Biasanya bila duduk dalam rumah, televisyen dan gajet yang akan jadi peneman anak untuk hilangkan rasa bosan. Kalau dilihat kesan jangka panjang ini akan membantutkan perkembangan diri anak.
Sepatutnya anak perlu melakukan aktiviti yang dapat merangsang kemahiran motor halus dan kasar serta kemahiran deria. Berjalan di taman dan bersosial dengan kanak-kanak lain, itulah yang seeloknya dilakukan.
Kanak-kanak kecil harus mampu melontar bola, melompat, berlari dan bernyanyi. Namun disebabkan kekangan waktu terutama bagi ibu yang bekerja, semua itu tak dapat dilakukan.
Jadi bagi memberi rangsangan untuk anak, pilihan busy board salah satu cara untuk elak ketagihan gajet. Apakah itu busy board? Ia adalah satu papan yang diletakkan aksesori dan peralatan dengan fungsi yang berbeza yang dapat membuatkan kanak-kanak sibuk dan terhibur.
Pengunaan busy board ini telah digunakan secara meluas di luar negara dan diakui keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak sama ada kanak-kanak normal, hiperaktif atau lembam. Ia juga dapat melatih anak-anak berfikir untuk menyelesaikan masalah.
Sebagai contoh bagaimana untuk membuka mangga mengunakan kunci, bagaimana membunyikan loceng basikal, menyalakan lampu dan macam-macam lagi. Di samping itu, ia juga mampu membentuk anak yang lebih kreatif, kritis dan inovatif.
Busy board sesuai untuk bayi seawal usia 6 bulan dan ke atas atau apabila anak anda sudah belajar untuk duduk dan menunjukkan minat pada barang-barang rumah seperti alat kawalan jauh, pintu, suis dan lain-lain. Menariknya ia sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Berikut perkongsian Puan Suhaiza Sa’at yang membuat busy board buat anak-anaknya dengan cara mudah. Busy board ini terpulang kepada ibu bapa nak letakkan barang apa, asalkan memberi keseronokan pada anak.
Busy board yang dihasilkan oleh Puan Suhaiza Sa’at ini terhasil daripada kertas kadbod 2 lapis.
Busy board terdiri daripada:
-zip -snap button -tali pinggang -ring -velcro -selak pintu -selak pintu macam pintu hotel tu (sorry tak tau nama) – buka pintu, ada gambar famili -roda 3 -lampu pulas -keyboard -cermin
-tutup botol (penutup attach dgn botol via tali) -towel bulu -rumput tiruan -span basuh pinggan -lampu tekan -opener kotak susu -opener wipes (bila buka, ada gambar anak2) -container ubat -pompom track by tissue role
Sekurang-kurangnya dalam 30 minit anak bermain dengan busy board ini cukup untuk melatih kemahiran motor, selain memberi masa dan ruang untuk ibu melakukan kerja rumah. Cubalah!
Pilih mainan mesti betul-betul supaya berikan impak maksima kepada perkembangan si kecil. Mainan terlalu banyak dan canggih sebenarnya akan mengganggu fokus & kreativiti kanak-kanak.
Siapa sangka jumlah mainan yang kurang lebih baik untuk si kecil berbanding mainan yang canggih dan banyak. Patologis Pertuturan ini berikan sebabnya.
Kanak-kanak sukakan permainan. Tidak hairan kalau ada yang buat aksi berguling dan mengamuk bila tidak dibelikan mainan. Tapi mama papa perlu tahu fungsi mainan ialah untuk menggalakkan perkembangan pertuturan, bahasa dan anak ke tahap optimu
Menurut Aishah Kassim, Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim Academy, untuk memastikan permainan membantu perkembangan anak jadi bijak dan pintar, ibu bapa boleh mengikuti 5 tip ini.
#1 MAINAN TANPA BATERI
Mainan yang berbateri memang best. Sebab kita tak payah berusaha sangat untuk mainan itu bergerak dan hasilkan bunyi.
Tapi mainan yang mmpunyai bateri akan menghadkan pembelajaran kanak-kanak kerana merekan hanya perlu melihat sahaja, tak perlu buat bunyi atau gerakkan.
Tanpa bateri, kanak-kanak boleh belajar untuk menggerakkan mainan tersebut seperti menolak, menekan, menarik, dan ini melatih kemahiran motor mereka..
Selain itu, mereka juga boleh buat bunyi seperti brooomm, meow, pop, mooo dan lain-lain bunyi. Ini boleh mnggalakkan mereka melatih kemahiran asas untuk bercakap iaitu membuat bunyi dulu, nanti baru sebut perkataan.
Jika sudah ada mainan yang menggunakan bateri tak menjadi masalah. Cabut je bateri dan mainkan iasecara manual.
#2 PILIH MAINAN YANG BIASA-BIASA JE
Mainan biasa-biasa ni maksudnya kita tak perlukan mainan yang berteknologi tinggi, mainan yang terkini atau yang mahal. Tapi mainan yg klasik yang kita biasa main boleh banyak membantu kanak-kanak.
Contohnya seperti mainan masak-masak, kereta, set haiwan, blocks, lego, malah barang rumah seperti kusyen, sudu, cawan pun boleh digunakan.
Ini kerana mainan seperti ini adalah jenis ‘open ended’ iaitu maksudnya tiada kesudahan. Ianya boleh dimainkan dengan pelbagai cara, bila-bila masa dan selama mana pun yang kita nak.
Contoh: Main kereta Kereta tidak semestinya kita tolak je kan. Kita boleh buat naik bukit, turun bukit, letak orang atas kereta, boleh jalan laju/perlahan, boleh berhenti dan lain-lain.
Selain belajar banyak perkataan, kanak-kanak boleh menjadi kreatif dengan berfikir untuk bermain dengan cara yang pelbagai. Kalau anak tak tau, anda tunjukkan lah macam mana.
#3 GALAKKAN ANAK BERGERAK SEMASA BERMAIN
Galakkan anak untuk bergerak semasa bermain kerana ia boleh membantu minda mereka lebih aktif dan berfikir. Tapi pastikan pergerakan anak dengan ada hala tuju lah ya..
Tidak perlu keluar rumah, dalam rumah pun boleh. Anda boleh main panjat kusyen, lalu bawah meja yang dijadikan terowong, duduk bawah selimut, lompat atas mat(tikar mainan), dan macam-macam lagi.
Tidak perlu spesifik mainan pun untuk buat semua ini. Banyak yang boleh anda ajar seperti:
– Pergerakan dan koordinasi badan
– Boleh belajar berfikir dan selesaikan masalah
– Belajar bahasa seperti nama aksi, kedudukan atas, bawah dan lain-lain.
Jadi, anda boleh bergerak bersama sama anak.
#4 KUANTITI SEDIKIT LEBIH BAGUS
Memang kanak-kanak akan sangat gembira bila tengok banyak mainan. Tapi sedikit mainan itu lebih baik.
Maksudnya bukan tidak boleh sediakan banyak mainan kepada anak. Tapi keluarkan dan gunakan sedikit sahaja mainan pd satu-satu masa..
Jika mainan terlalu banyak, ia sebenarnya akan mengganggu fokus kanak-kanak terutamanya pada kanak-kanak yang mmpunyai masalah untuk fokus.
Mereka akan main mainan ini sekejap, lepas tu tukar mainan lain dan belum smpt habis dah tukar mainan lagi. Jika ini terjadi, macam mana kanak-kanak nak belajar untuk fokus dan kekalkan fokus mereka untuk satu jangka masa kan..
Jadi keluarkan mainan secara berperingkat adalah lebih baik. Bila habis main, simpan dan keluarkan set yang baru.
#5 BERMAIN DENGAN IBU BAPA ITU YANG TERBAIK
Dan yang paling penting sekali adalah bukan mainan itu sendiri, tapi dengan siapa kanak-kanak itu bermain.
Seperti yang diterangkan di atas, anda boleh menggunakan macam macam sebagai mainan. Pinggan, cawan, kertas, kotak, sudu, bantal, kerusi dan lain-lain pun boleh dijadikan mainan.
BAIK IBU BAPA PERLU KREATIF
Ibu ayah hanya perlu kreatif dan jadi seperti kanak-kanak atau dalam erti kata lain tidak perlu ‘skema’ sangat bila bermain. Bermain dan berinteraksi dengan anak adalah asas pembelajaran komunikasi yang paling berkesan…
Setiap ibu bapa menaruh harapan yang tinggi terhadap pencapaian akademik walaupun anaknya masih lagi di tadika. Tanpa menyedari perkembangan diri kanak-kanak itu berbeza dengan kanak-kanak lain.
Bagi perkembangan kanak-kanak di peringkat umur antara tiga tahun hingga empat tahun dan kadangkala sehingga enam tahun masih lagi minat untuk bermain. Main pada kanak-kanak adalah belajar. Kanak-kanak belajar sambil bermain untuk memahami sesuatu konsep. Sambil bermain mereka belajar mengenali sesuatu dengan menggunakan deria lihat, sentuh, rasa, dengar dan mentafsir mengikut pandangan dunianya sendiri.
Tingkah laku positif kanak-kanak sepatutnya diterapkan seawal usia sebelum ke tadika. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk kanak-kanak berdisiplin. Adalah tidak adil untuk meletakkan segala tanggungjawab dibebankan kepada institusi tadika dan sekolah.
1.PEMBENTUKAN DISIPLIN DI RUMAH
Pernahkah ibu bapa melatih anak-anaknya mematuhi perkara yang dilakukan semasa di rumah? Sebagai contoh jadual di rumah waktu bermain, menonton televisyen, solat, mandi dan tidur. Kesemuanya perlu dimulakan sejak kecil lagi. Mereka perlu dibiasakan perkara-perkara yang diingini oleh orang dewasa seperti tidak menyepahkan barang mainan selepas main, membaca dan sebagainya. Jangan jadikan sesuatu yang negatif seperti tidak mengemas barang mainan selepas bermain dibiarkan begitu sahaja. Maklumkan berkemas sebagai satu peraturan dan sekiranya ingkar hukuman tidak benarkan bermain lagi. Ibu bapa perlu memberi contoh seperti mengemas bersama-sama untuk beberapa kali dan berikan pujian sebagai ganjaran kerana mengemas barang mainannya. Selepas itu galakkan kanak-kanak melakukannya sendiri mengikut jadual yang ditetapkan seperti masa menonton televisyen, membaca, mandi dan tidur.
2.LATIH ANAK MEMBERI TUMPUAN
Kanak-kanak yang tidak dilatih mendengar dengan memberi tumpuan dengan menggunakan mata biasanya tidak dapat mengikut arahan dengan betul. Kadangkala mereka sukar untuk memahami perkara yang disampaikan. Arahan yang hendak disampaikan hendaklah jelas, ringkas dan dapat dilihat atau digambarkan. Contohnya, “Selepas bermain barang mainan hendaklah dikemas masukkan ke dalam kotak.” Kanak-kanak dapat memahami dengan jelas dan mengetahui apa yang perlu dibuat untuk menyimpan barang mainannya. Berbanding dengan contoh berikut: “Mainan yang bersepah ini perlu dikemas sekarang juga.” Kanak-kanak tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyimpan barang mainannya.
3.BELAJAR BERASASKAN MAUJUD
Pada usia enam tahun tidak semua mencapai kematangan dan mereka masih di tahap mempelajari sesuatu perkara berasaskan perkara yang maujud atau konkrit. Mereka tidak dapat membayangkan sesuatu yang abstrak. Contohnya, apabila ditanya berapa nilai nombor lima. Mereka tidak dapat mengaitkan persamaan nilai lima dengan benda lain. Walhal nilai lima boleh dikaitkan dengan lima jemari, lima biji biskut dan sebagainya. Setiap perkara yang dipelajari perlu ada unsur main. Bahan yang diberikan hendaklah selaras dengan minat dan keupayaan kanak-kanak.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memahami perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat usia terhadap kesesuaian kesediaan belajar. Setiap tahap kesediaan belajar kanak-kanak berbeza bergantung kepada keupayaan individu. Setiap kanak-kanak keupayaan, kemahiran dan minatnya berbeza. Kenal pasti minat dan kebolehan anak anda dan berikan perkara yang diminati untuk memupuk minat belajar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!