Di sebalik kesibukan tanggungjawab menguruskan rumah tangga tetap dilaksanakan dengan baik.
Bagi pelakon Faezah Elai sebagai isteri dia tak malu jarinya melekat warna kuning kesan kunyit.
Mungkin bagi sesetengah perkara ini lumrah bagi wanita yang sentiasa masuk dapur tapi bagi Faezah dia gembira kerana berkesempatan menyediakan juadah untuk suami dan anak-anaknya untuk berbuka puasa berbanding beli lauk yang siap.
Walaupun orang nampak penampilan cantik dan menarik bila diluar tapi perut suami dan anak kena jaga. Buat apa nak mengaku malu. Inilah lumrah seorang isteri. Paling penting semua gembira dan puas hati menikmati makanan.
“Nampak dak.. kunyit ada, garam ada.. ajinamoto ada.. ampa jangan ingat muka macam Jessica Alba tangan pon cantik.. tangan macam nenek kebayan.
“Kalau tangan licin maka tak makanlah anak-anak and laki hakak dik..
“Depa sibuk upload gambaq makanan nak buka posa, nahh hakak boh gambaq tangan baru rare..“Ayaq tangan baru lepaih masak nak bukak posa.. hakak tak reti nak amik video sambil masak takut telepon jatuh dalam kuali jenuh menangis tepi bucu dapoq.
Ads
“Gambaq makan hakak boh dalam ig story na.. Selamat berbuka,” tulisnya menerusi entri terbaharu.
Foto itu juga dihujani komen positif dan menyifatkan Faezah seorang ibu dan isteri yang berdedikasi dan menyayangi keluarga dengan menyediakan hidangan dengan air tangan sendiri.
Kita bukanlah mak ayah yang sempurna, ada harinya kita tersilap kata ketika mendidik anak. Maafkan diri sendiri dan bangkit malah di bulan Ramadan yang masih berbaki beberapa hari lagi, apa kata sebagai mak ayah lebihkan berdoa untuk anak-anak kita. Doa kita adalah senjata buat bekalan untuk melindungi mereka.
Menurut Dr Redza Zainol, teramat rugi jika diantara kita yang terlepas mendoakan anak yang sedang membesar. Khususkan doa anda untuk anak-anak agar menjadi insan yang mulia dan terpuji akhlaknya.
Ruginya kalau sebagai ibu bapa, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu bapa itu tiada hijabnya.
Malam ni dah malam ke 20 Ramadan. Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambillah peluang ni berdoa untuk anak-anak kita sampai ke akhir hayat kita.
1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.
2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10) Doakan anak kita sentiasa berada di jalan akidah yang benar.
11) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ada hari-hari yang terasa seperti kita ibu bapa yang cemerlang. Tapi ada juga hari-hari yang kita rasa gagal sebagai mak ayah. Pada ketika tu, kita hanya mampu berdoa.
Antara tanda sifat pemurah dan penyayang Allah SWT kepada kita, adalah dengan memberikan doa-doa yang mustajab buat hambaNya.
Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibu bapanya (dengan izin Allah).
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bagusnya anak aku ni, kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia”. Ingat jangan membanding dan beza anak-anak!
Sebenarnya ramai yang merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan adik-beradik lain, mereka selalu di marah, selalu lebihkan adik beradik lain dan selalu tak gembira dengan kehadiran mereka ini.
Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibu bapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka. Lagi-lagi anak kecil, cepatlah sentap, kalau ibu bapa dia selalu lebihkan adik-beradik yang lain.
Antara 4 faktor yang menjadi punca ibu bapa pilih kasih :
1) Anak Kebanggaan
Dalam ramai-ramai anak pasti ada salah seorang yang sangat membanggakan daripada ibu bapa. Selalunya anak yang belajar pandai, jaguh sukan atau pandai mengaji akan jadi anak kebanggaan.
Tetapi perlu ingat! Anak-anak lain ada kelebihan juga tau. Mungkin bukan dalam akademik tapi dalam kelebihan mereka sendiri. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.
2) Anak Yang Tidak Sihat
Anak yang tidak sihat selalu mendapat perhatian lebih malah ada yang beri sepenuh perhatian pada mereka ini sehingga mengabaikan anak yang sihat.
Anak yang sihat pun boleh jatuh sakit kalau di abaikan selalu. Sakit atau tidak setiap anak perlu perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka. Dapatkan bantuan dan adil lah dalam mengagihkan kasih sayang.
3) Anak Rajin
Anak yang rajin tolong ibu bapa semestinya ibu bapa akan sayang sangat sebabnya mereka ni meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa cenderung mempercayai anak yang rajin sehingga tak percaya langsung anak-anak yang lain.
Pernah terfikir tak yang anak-anak lain mungkin bukan pemalas nak membantu tapi mereka masih menunggu dapat kepercayaan dari ibu bapa sendiri. Beri kepercayaan seadil yang boleh supaya tiada yang rasa tidak di percayai.
4) Anak Bongsu
Anak bongsu memang selalu dapat perhatian lebih. Maklumlah yang paling muda dan anak terakhir sekali, jadi sayangnya lebih. Perhatian pun berlebih lebih, sehingga banyak anak bongsu jadi terlampau manja.
Waspada bila abang/kakak dah mula anggap adik dia sebagai ancaman kerana sikap iri hati dan cemburu tu pasti akan hadir dalam diri anak-anak. Saya percaya tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya saling bermusuhan.
Jika setiap anak-anak itu ibu boleh mengandungkan sama 9 bulan 10 hari, kenapa setelah lahir mahu di beza-bezakan kasih sayang dan perhatiannya.
Sesungguhnya cinta seorang ibu menyejukkan hati, cinta seorang ayah mententeramkan jiwa.
Sumber: Mohd Fhais
Saya percaya tiada ibubapa yang suka bila anak membandingkan kita dengan ibubapa lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya anak-anak kita ni, apa yang ibu masak semua sedap. Walaupun hanya goreng telur mata dengan kicap saja. Betul tak? Walaupun lauk ringkas boleh bertambah makannya.
Itu belum lagi masak yang sedap-sedap. Rasanya lagi berselera. Kadang tu ramai yang bertanya apa rahsianya air tangan ibu. Persoalan ini sukar dijawab tetapi hakikatnya ada sesuatu yang istimewa sebenarnya.
Kebanyakannya tak perasan semasa memasak itu ada beberapa perkara yang boleh dilakukan sebelum mengenyangkan perut suami dan anak.
Bagi yang dah biasa amalkan teruskanlah untuk kebaikan ahli keluarga namun bagi yang belum mengetahuinya anda patut mulakan dari sekarang.
Berikut perkongsian dari Dr Amalina Mohd Daud mengenai apa rahsia yang boleh dilakukan ketika memasak.
Untung mak-mak yang sempat siapkan makanan anak setiap hari. Banyak portion ajaib boleh masukkan dalam masakan. Ni lah yang mak saya amalkan..
1. Setiap kali mula masak mulakan dengan bismillah. Nak masukkan bahan dalam periuk atau kuali mesti dengan bismillah.
2. Tiap kali mengacau makanan dalam kuali atau periuk kacaulah berlawanan arah jam dari kanan ke kiri. Ini sunnah!
3. Sepanjang proses memasak, banyakkan istighfar dan selawat – inilah rahsia penyedap masakan tanpa ajinomoto.
4. Untuk melembutkan hati suami dan anak-anak sentiasa lah baca ayat dari surah al-Imran : 200 yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.
Cubalah amalkan tip simple macam ni setiap kali sediakan masakan untuk seisi keluarga. Mana tahu anak-anak dan suami lebih lembut dan terang hati.