Pa&Ma selaku medium keibubapaan nombor 1 di Malaysia yang kini telah menginjak ke usia 21 tahun menjadi pilihan mama papa untuk dijadikan rujukan. Dengan pelbagai tip perkembangan dan kesihatan anak serta ilmu parenting membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat dan relevan di hati masyarakat Malaysia.
Sama seperti dua tahun sebelum ini, sekali lagi Pa&Ma memberi pengiktirafan kepada semua jenama berkualiti dan diyakini untuk dianugerahkan dengan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021. Ia merupakan tahun ketiga diadakan selepas diadakan buat julung kalinya pada tahun 2019.
Ads
Idea untuk mengadakan Jenama Pilihan Pa&Ma ini tercetus apabila melihat kerjasama yang baik daripada pihak terlibat dan ia menjadi inisiatif Pa&Ma untuk membantu mama papa di luar sana untuk memilih hanya yang terbaik buat si manja dan keluarga tersayang.
Anugerah berprestij ini telah diberikan kepada pelbagai jenama di bawah kategori Produk Ibu, Produk Anak, Rakan Hospital & Pakar serta Shopping & Libur. Sebanyak 40 jenama terpilih pada tahun ini dan kesemuanya dipilih berdasarkan kualiti serta kredibiliti masing-masing.
Ads
Diharapkan dengan anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma ini boleh menjadi rujukan kepada mama papa untuk membuat pilihan tepat buat seisi keluarga. Sokongan anda, menjadi tulang belakang Pa&Ma!
Untuk mengetahui senarai penuh Jenama Pilihan Pa&Ma 2021, mama papa boleh layari SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu untuk merangsang perkembangan anak adalah dengan memberi mereka pendedahan kepada rancangan TV yang memberi manfaat kepada si manja. Baharulah syok! Sambil menonton boleh belajar juga. Tahukah mama papa, Cartoonito telah dilancarkan di Astro dan disajikan setiap pagi menerusi saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD).
Cartoonito menawarkan pendekatan moden yang diprogramkan buat kanak-kanak berumur lingkungan 2 hingga 5 tahun. Ia merupakan ruang buat mereka untuk merasai sendiri keseronokan dan pada masa yang sama, memupuk pemikiran kreatif di mana setiap rancangan dicipta demi menyokong potensi unik setiap seorang daripadanya.
Perkara tersebut dicapai dengan rangka kerja dipanggil “Humancentric Learning”. Dicipta oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak, Dr Laura Brown, kurikulum berkenaan terdiri daripada empat tiang utama: Creativity (kreativiti), Caring (rasa sayang), Curiosity (rasa ingin tahu) and Courage (keberanian). Cara pembelajaran bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, belajar daripada kesilapan dan melayani orang lain dengan rasa empati serta hormat.
Sebagai contoh, dalam animasi Lucas the Spider – yang diadaptasi daripada siri viral YouTube – watak berkenaan, seekor labah-labah bernama Lucas, selalu menunjukkan kebaikan dan kesungguhan dalam setiap pengembaraannya.
Dalam pada itu, Cartoonito turut dipadukan dengan animasi menarik lain seperti Baby Looney Tunes, Dino Ranch, Monchhichi, Alice & Lewis, Ranger Rob, Mush Mush & The Mushables dan Esme & Roy yang diinspirasi oleh Sesame Street.
Rancangan-rancangan tersebut membentuk untaian animasi yang meraikan ciri keperibadian dan keaslian sementelah mengangkat semangat kreativiti, belas kasihan dan keterangkuman. Kebanyakan rancangan yang disebutkan – termasuk juga Sesame Street–boleh ditonton menerusi laman penstriman, HBO GO.
Lebih mengujakan, antara yang baharu kepada penonton termasuk bintang-bintang Cartoonito iaitu Nito, Glob, Itty dan Wedge. Karakter-karakter ini sangat suka mengembara dunia dan mempelajari perkara-perkara baharu, dan mereka sentiasa bersedia untuk membantu penonton dalam setiap selingan rancangan.
Beberapa minggu menjelang pelancaran Cartoonito, para keluarga di sekitar Asia ditugaskan untuk bermain permainan hide and seek (sembunyi-sembunyi) bersama maskot-maskot TV comel ini yang muncul di lokasi terkenal seluruh Malaysia. Cartoonito mempunyai risalah aktiviti dan permainan yang boleh dimuat turun dalam laman rasminya termasuk filter Realiti Tambahan AR (bakal dilancarkan pada pertengahan April) yang menggalakkan kanak-kanak menari bersama Itty dan pada masa yang sama, memupuk sikap berani dan kreatif.
Jangan lupa tonton dan rasai sendiri keseronokan Cartoonito menerusi Cartoon Network (Astro Ch 615 HD) setiap pagi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari atau tonton di laman penstriman, HBO GObermula Isnin 18 April. Untuk maklumat lanjut, gunakan tanda pagar #CartoonitoAsia dan laman web CartoonNetworkAsia.com/Cartoonito serta @CartoonitoAsia di Facebook dan Instagram.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik dan langsing, persis anak dara. Inilah yang boleh dikatakan mengenai pelakon cantik manis ini, Bella Astillah.
Sekeping gambar yang dimuat Bella di Instagramnya beberapa hari lalu menerima pujian ramai.
Mana tidaknya, walau tampil begitu ringkas dan kemeja T dan skirt berona coklat jingga, penampilan ibu kepada dua anak ini memang memukau.
Dengan ukuran saiz pinggang idaman semua, Bella dilihat berjaya mengekalkan berat badannya walau sudah punya anak dua.
“I didn’t change, I just found myself,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Dalam pada itu, isteri kesayangan Aliff Aziz yang kini tampil sebagai tunjang utama menerusi drama lakonannya, Aku Tanpa Cintamu mempamerkan lakonan berkesan malah watak Nuha yang dibawanya begitu menyentuh hati ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji Bella begitu cantik dan langsing. Tidak ketinggalan juga yang meminta ibu cantik manis ini berkongsi tip penjagaan badan yang diamalkan Bella.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreana.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kehebatan RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) dengan peneraju utamanya, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang banyak merubah kejayaan dan masa depan ramai sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Auranya begitu luar biasa.
Kali ini RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) menghimpunkan sekitar 3,500 peserta dari seluruh negara pada 10 hingga 12 Mei lalu dengan program Transformasi360 yang ternyata mendapat sambutan yang cukup luar biasa.
Sambutan hebat dari seluruh negara ini membuktikan ramai rakyat Malaysia yang serius mahu keluar dari tekanan hidup dan mencapai kejayaan dalam kewangan serta kehidupan masa depan anak-anak yang lebih terjamin dan selesa.
Transformasi360 merupakan inisiatif RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) dengan kerjasama Astro sebagai rakan media yang menawarkan pengalaman transformasi
mendalam yang terbukti dengan pendekatan ilmu, strategi, mindset dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu peserta mengenal pasti potensi diri mereka secara
lebih efektif.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, sambutan luar biasa yang diterima kali ini sangat mengejutkan, malah pihak penganjur terpaksa menyediakan kerusi tambahan bagi menampung kehadiran yang melebihi jangkaan.
“Kami jangkakan kehadiran dalam 2,500 peserta namun yang hadir sekitar 3,500 bersamaan 75 peratus. Mereka yang hadir dari luar Lembah Kelang, Kelantan, Kedah, Sabah, Sarawak malah Brunei, Singapura dan Indonesia.
“Ini jelas menunjukkan betapa ramai yang dahagakan perubahan dan mahu tambah baik lagi serta keluar dari tekanan hidup yang mereka alami sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Dr. Radz Mohd., Ketua Pegawai Operasi, Richworks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG), Suley Nordyana Yahya, Ketua
Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dan (POSITION) Datin Norashikin Habibur Rahman.
Transformasi360 ini ditambah baik daripada Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) selama tiga hari, bermula dari 10 hingga 12 Mei di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam ini menarik penyertaan pelbagai golongan yang terdiri daripada usahawan, kakitangan kerajaan dan swasta, ibu tunggal, sehinggalah ke graduan muda. Semuanya hadir dengan satu matlamat: mahu ubah hidup dan bangkit.
Tambah Dr. Azizan lagi, sepanjang program, peserta dibimbing dalam membina semula kekuatan dalaman, menetapkan hala tuju hidup, serta membentuk tindakan yang konsisten dan praktikal untuk mencapai kejayaan yang lebih seimbang antara kewangan dan kehidupan peribadi.
“Teknologi Ai yang digunakan membolehkan peserta mengenal pasti profil personaliti dan arah tindakan terbaik mereka berdasarkan data, menjadikan Transformasi360 lebih tepat dan relevan dalam membantu peserta membina pelan tindakan peribadi.
“Reaksi peserta sangat menggalakkan, dengan banyak testimoni menyentuh hati di mana ada yang mula sedar potensi sebenar diri, ada yang temui semula hala tuju hidup dan tidak kurang yang mengalirkan air mata apabila menyedari apa yang menghalang mereka selama ini ialah kepercayaan yang membataskan diri sendiri,” ujarnya.
Tambahnya lagi, Transformasi360 bukan sekadar seminar. Ini adalah bukti bahawa bila diberi bimbingan dan komuniti yang menyokong, manusia boleh berubah, boleh bangkit dan boleh bina hidup yang lebih baik.
“Melihat kepada impak yang begitu besar, RichWorks merancang untuk menganjurkan satu lagi siri Transformasi360 pada bulan September ini, bagi memberi peluang kepada lebih ramai individu yang terlepas sesi kali ini untuk menyertai perjalanan transformasi mereka.
“Kami komited untuk terus membantu lebih ramai rakyat Malaysia keluar dari tekanan hidup dan kewangan yang menjerut. Transformasi360 hanyalah permulaan kepada perubahan yang lebih besar buat mereka,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nutrisi perkembangan minda anak bermula daripada pemakanan harian. Ketahui 8 makanan terbaik seperti telur, ikan berlemak, susu, avokado dan bayam yang membantu meningkatkan fokus, memori serta perkembangan otak kanak-kanak.