Al Kauthar Eduqids (AKE) terus berusaha dalam memajukan bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan menjalinkan kerjasama bersama Cybernetics International College of Technology.

Menyedari akan pentingnya menjalinkan hubungan erat di antara satu sama lain kedua-duanya bersetuju untuk mengadakan suatu hubungan kerjasama akademik industri.

Al Kauthar Eduqids, KTAC Jalin Kerjasama. Bakal Lahirkan Graduan Kompeten

Objektif kerjasama ini adalah untuk saling meningkatkan kepakaran dan faedah bersama bagi menyumbang kepada negara untuk membentuk graduan yang kompeten melalui pendedahan kepada industri menerusi kemudahan-kemudahan yang ada.

Menurut Pengasas Al Kauthar Eduqids Dato Bakhtiar Aliff, kerjasama ini dilaksanakan dengan persetujuan kedua-dua pihak dan punya peranan masing-masing dalam memastikan objektifnya tercapai.

“Antara peranan utama Al Kauthar Eduqids ialah memberi peluang kepada Cybernetics menempatkan pelajar-pelajar atau lepasan pelajar sebagai pelatih industri dari Cybernetics International College of Technology atau memberi khidmat sokongan di Al Kauthar Eduqids (tertakluk kepada syarat kelayakan) bagi suatu tempoh yang dipersetujui kedua-dua pihak.

IKLAN

Tidak hanya itu, Cybernetics juga berpeluang memanfaatkan khidmat nasihat Al Kauthar Eduqids dan menganjurkan ceramah teknikal kepada pelajar Kolej Cybernetics mengikut bidang perniagaan Al Kauthar Eduqids,” ulas beliau.

Tambah beliau lagi, selain daripada peranan Al Kauthar pihak Cybernetics juga akan memainkan peranan dalam menjayakan kerjasama ini. Antaranya ialah Cybernetics akan mengutamakan Al Kauthar Eduqids berbanding syarikat lain dalam memberikan peluang pekerjaan kepada pelajar dan bekas pelajar dalam bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh Al Kauthar Eduqids.

Al Kauthar Eduqids, KTAC Jalin Kerjasama. Bakal Lahirkan Graduan Kompeten

IKLAN

Seterusnya, dari segi promosi syarikat Al Kauthar Eduqids berpeluang untuk membuat penerangan atau seminar kerjaya bersama, mengiklankan kekosongan jawatan di Cybernetics dan mengadakan sesi temuduga dengan pelajar-pelajar Cybernetics bagi tujuan pemilihan dan pengambilan pekerja yang sesuai.

Apa yang menarik lagi, bagi memberi peluang kepada pelajar Cybernetics merasai pengalaman sebenar Al Kauthar Eduqids akan memberikan kemudahan kepada aktiviti-aktiviti pelajar Kolej Cybernetics seperti lawatan ke persekitaran industri.

Al Kauthar Eduqids berpegang teguh pada misinya sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan selamat berasaskan pada nilai dan ajaran Islam. Ia direka untuk membentuk dan mengukuhkan generasi baru yang mempunyai asas Islam yang baik, iman yang teguh dan nilai-nilai akhlak yang tinggi.

IKLAN

Al Kauthar Eduqids, KTAC Jalin Kerjasama. Bakal Lahirkan Graduan Kompeten

Dengan memiliki lebih daripada 500 orang pendidik dan 6000 orang pelajar di seluruh negara, maka tidak hairanlah AKE mendapat pengiktirafan daripada pelbagai jenama termasuklah Jenama Pilihan Pa&Ma, SME Entrepreneur Business Awards, Malaysian Prestigious Industry Awards, Superbrands Malaysia’s Choice, The Brand Laureate dan Baby Talk Readers’ Choice Awards.

Terdahulu, Al Kauthar Eduqids turut menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa institusi pendidikan bertauliah negara iaitu Open University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokesional ERT Setapak.

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut berkenaan Al Kauthar Eduqids, layari https://www.alkauthareduqids.edu.my/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI