Ramai ibu ayah menghadapi cabaran bila anak susah nak makan sayur. Kadang kita dah masak sedap, potong kecil, cuba suap perlahan tetap juga ditolak. Ada yang siap pilih satu-satu dalam pinggan, tinggal sayur semua. Memang menguji kesabaran.
Tapi walaupun perangai picky eater ni nampak macam perkara kecil, pengambilan sayur sebenarnya memainkan peranan besar untuk perkembangan otak dan kesihatan keseluruhan anak. Sayur bukan sekadar “lauk sampingan” ia sumber vitamin, mineral dan antioksidan yang membantu fokus, memori, mood, malah tumbesaran mereka.
Yang penting, cara kita perkenalkan sayur sejak anak kecil akan bentuk selera dan kebiasaan makan mereka sampai besar. Kalau dari awal mereka belajar terima, suka dan kenal sayur, lebih mudah untuk mereka kekalkan tabiat makan sihat bila dewasa nanti.
Sebab itu ibu ayah memang kena cari cara yang kreatif, lembut dan berstrategi untuk bagi anak rasa sayur tanpa paksa dan tanpa buat mereka trauma makanan. Dengan pendekatan yang betul, anak yang dulu tak suka sayur pun boleh perlahan-lahan terima dan akhirnya makan tanpa drama.
Jenis Sayur Untuk Boost Otak Anak
Sayur-sayuran berwarna terang seperti tomato, lobak merah, labu, ubi keledek serta sayuran hijau gelap dan sayuran cruciferous seperti brokoli dan kubis kaya dengan antioksidan. Nutrien ini membantu melindungi tubuh dan otak daripada kerosakan radikal bebas.
Sayur berdaun hijau seperti bayam pula merupakan sumber folat yang sangat baik nutrien penting untuk pembaikan sel, penyelenggaraan tisu badan dan pembangunan DNA.
Secara keseluruhan, sayur memang komponen wajib dalam diet seimbang. Jadi pastikan anak-anak mendapat pengambilan sayur yang mencukupi setiap hari untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan mereka.
-
Sayuran Hijau
Contoh: Bayam, kubis hijau, brokoli
Khasiat: Kaya antioksidan dan vitamin seperti folat
Fungsi: Membantu meningkatkan memori dan daya ingatan -
Sayuran Berwarna Cerah
Contoh: Labu, lobak
Khasiat: Mengandungi beta-karotena dan vitamin A
Fungsi: Menyokong perkembangan otak dan kemampuan berpikir -
Sayuran Lain Yang Baik Untuk Otak
Contoh: Kubis bunga
Khasiat: Kaya vitamin C & K
Fungsi: Mendukung perkembangan intelektual dan visual anak
Tip Cara Buat Anak Suka Sayur
-
Sembunyikan Dalam Makanan Kegemaran
Cincang atau kisar sayur dan masukkan dalam hidangan yang anak suka seperti nasi goreng, bubur, sup atau pasta. Contohnya, puri labu dalam pancake, bayam dalam telur dadar atau brokoli dalam bebola ayam. -
Buat Sayur Jadi Kudapan Menarik
Snek tak semestinya keropok atau biskut. Cuba sediakan kerepek bayam homemade, timun celup yogurt, atau batang lobak celup hummus. -
Masak Dengan Rasa Anak Suka
Anak mungkin tak suka sayur rebus kosong. Tapi bila dimasak dengan mentega, keju parut atau sos tomato, rasa jadi lebih mesra dengan citarasa mereka. -
Libatkan Anak Dalam Penyediaan
Ajak anak pilih sayur di pasar, bantu susun dalam pinggan atau tolong basuh. Bila mereka rasa ‘terlibat’, keinginan untuk mencuba lebih tinggi. Anak yang rasa dihargai lebih terbuka untuk mencuba. -
Hias Pinggan Dengan Kreatif
Bentuk sayur jadi wajah comel, haiwan atau pelangi untuk tarik perhatian anak. Visual yang menarik boleh menjadikan sayur lebih ‘friendly’ di mata mereka.
Bonus:
Buat jus sayur campur buah seperti epal dan limau supaya lebih sedap dan menyeronokkan untuk anak minum.
Dengan sedikit kreativiti dan kesabaran, sayur boleh menjadi makanan kegemaran anak yang penuh manfaat!

