
Ramai ibu ayah menghadapi cabaran bila anak susah nak makan sayur. Kadang kita dah masak sedap, potong kecil, cuba suap perlahan tetap juga ditolak. Ada yang siap pilih satu-satu dalam pinggan, tinggal sayur semua. Memang menguji kesabaran.
Tapi walaupun perangai picky eater ni nampak macam perkara kecil, pengambilan sayur sebenarnya memainkan peranan besar untuk perkembangan otak dan kesihatan keseluruhan anak. Sayur bukan sekadar “lauk sampingan” ia sumber vitamin, mineral dan antioksidan yang membantu fokus, memori, mood, malah tumbesaran mereka.

Yang penting, cara kita perkenalkan sayur sejak anak kecil akan bentuk selera dan kebiasaan makan mereka sampai besar. Kalau dari awal mereka belajar terima, suka dan kenal sayur, lebih mudah untuk mereka kekalkan tabiat makan sihat bila dewasa nanti.
Sebab itu ibu ayah memang kena cari cara yang kreatif, lembut dan berstrategi untuk bagi anak rasa sayur tanpa paksa dan tanpa buat mereka trauma makanan. Dengan pendekatan yang betul, anak yang dulu tak suka sayur pun boleh perlahan-lahan terima dan akhirnya makan tanpa drama.
Jenis Sayur Untuk Boost Otak Anak
Sayur-sayuran berwarna terang seperti tomato, lobak merah, labu, ubi keledek serta sayuran hijau gelap dan sayuran cruciferous seperti brokoli dan kubis kaya dengan antioksidan. Nutrien ini membantu melindungi tubuh dan otak daripada kerosakan radikal bebas.
Sayur berdaun hijau seperti bayam pula merupakan sumber folat yang sangat baik nutrien penting untuk pembaikan sel, penyelenggaraan tisu badan dan pembangunan DNA.
Secara keseluruhan, sayur memang komponen wajib dalam diet seimbang. Jadi pastikan anak-anak mendapat pengambilan sayur yang mencukupi setiap hari untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan mereka.

Sayuran Hijau
Contoh: Bayam, kubis hijau, brokoli
Khasiat: Kaya antioksidan dan vitamin seperti folat
Fungsi: Membantu meningkatkan memori dan daya ingatanSayuran Berwarna Cerah
Contoh: Labu, lobak
Khasiat: Mengandungi beta-karotena dan vitamin A
Fungsi: Menyokong perkembangan otak dan kemampuan berpikirSayuran Lain Yang Baik Untuk Otak
Contoh: Kubis bunga
Khasiat: Kaya vitamin C & K
Fungsi: Mendukung perkembangan intelektual dan visual anak
Tip Cara Buat Anak Suka Sayur

Sembunyikan Dalam Makanan Kegemaran
Cincang atau kisar sayur dan masukkan dalam hidangan yang anak suka seperti nasi goreng, bubur, sup atau pasta. Contohnya, puri labu dalam pancake, bayam dalam telur dadar atau brokoli dalam bebola ayam.Buat Sayur Jadi Kudapan Menarik
Snek tak semestinya keropok atau biskut. Cuba sediakan kerepek bayam homemade, timun celup yogurt, atau batang lobak celup hummus.Masak Dengan Rasa Anak Suka
Anak mungkin tak suka sayur rebus kosong. Tapi bila dimasak dengan mentega, keju parut atau sos tomato, rasa jadi lebih mesra dengan citarasa mereka.Libatkan Anak Dalam Penyediaan
Ajak anak pilih sayur di pasar, bantu susun dalam pinggan atau tolong basuh. Bila mereka rasa ‘terlibat’, keinginan untuk mencuba lebih tinggi. Anak yang rasa dihargai lebih terbuka untuk mencuba.Hias Pinggan Dengan Kreatif
Bentuk sayur jadi wajah comel, haiwan atau pelangi untuk tarik perhatian anak. Visual yang menarik boleh menjadikan sayur lebih ‘friendly’ di mata mereka.
Bonus:
Buat jus sayur campur buah seperti epal dan limau supaya lebih sedap dan menyeronokkan untuk anak minum.
Dengan sedikit kreativiti dan kesabaran, sayur boleh menjadi makanan kegemaran anak yang penuh manfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ikan Siakap Masak Kengsom. Kombinasi 3 Rasa Masam, Manis, Pedas Cukup Padu!

Asyik masak gulai yang bersantan je, kadang tu jemu juga kan. Sesekali nak juga rasa masakan yang lain sikit. Tak perlu nak pening-pening kepala lagi masak apa.
Apa kata cuba resipi Ikan Siakap Masak Kengsom. Resipi ini popular di negara Thailand dan menjadi antara salah satu menu kegemaran ramai. Rasanya yang masam, manis, pedas memang cukup power dan buatkan anda tak menyesal untuk mencuba!
RESIPI WAJIB CUBA [Burger Prosperity Homemade. Puas Hati Buat Sendiri, Hilang Kempunan Nak Makan!]

Resipi asal ini dari Blog Azie Kitchen tapi dikongsikan di page Viral Muafakat Johor.
IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula

Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar – sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup
ARTIKEL RESIPI MENARIK [Resipi Kuah Lodeh Tersedap Tapi Senang Nak Buat, Ini Rahsianya!]
Cara cara:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
4. Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
5. Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.
*** resepi asal dari blog azie kitchen
Sumber: Viral Muafakat Johor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Roti Dah Nak Expired, Jangan Bazir. Boleh Cuba Resipi Bingka Roti Pandan Ni

Jangan membazir kalau ada lebihan roti yang hampir tamat tempoh tu. Kalau dah bosan makan begitu saja dicicah air kopi, bolehlah cuba resipi ini.
Puding roti dah biasa, tapi kali ini resipi bingka roti pandan. Bingka roti ini boleh dimakan begitu saja atau kalau nak lain sikit, bolehlah dinikmati dengan sos kastard seperti puding roti. Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea.

Artikel Menarik: [Layan Movie Sambil Makan Keropok Lekor. Resipi Ni Tak Guna Ikan, Serius Sedap!]
💓 BINGKA ROTI PANDAN 💓
Kalau ada roti dah nak tamat tempoh tu tapi tak tau nak buat apa , apa kata cuba buat bingka roti pandan nie 😋👇
Bahan Bahan :
Bahan A :
2 1/2 cawan air
10 helai daun pandan
Bahan B :
1 cawan gula
1 cawan santan
2 sb mentega
3 biji telur
1/2 sk garam halus
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna hijau
Bahan C :
500g / 18 keping roti
Bahan Lain :
Bijan
Artikel Menarik: [Tak Perlu Oven Pun, ‘Pizza Kuali’ Ni 100 Peratus Masak Atas Api Je, Padu!]
Cara-cara:
- Kisarkan Bahan A dan tapiskan . Kemudian tuangkan semula ke dalam pengisar dan masukkan ke semua Bahan B. Kisar lagi sehingga sebati.
- Sementara itu di dalam bekas lain , carik-carikkan Bahan C kepada kepingan kecil. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam Bahan C dan kacau menggunakan senduk sehingga sedikit hancur.
- Panaskan oven bersama loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak. Keluarkan loyang dan tuangkan adunan sebanyak 3/4 penuh.
- Ratakan permukaan adunan dan taburkan bijan. Bkar pada suhu 180°C selama 1 jam atau sehingga masak.
- Kemudian bakar seketika menggunakan api atas sahaja untuk menggaringkan permukaan bingka.
- Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Siap, selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pancake Makin Gebu & Lembut, Anak Senang Nak Makan, Ini Cara Ibu Ni Hasilkannya!

Hujung minggu adalah hari bereksperimen pelbagai resipi untuk bayi dan anak-anak kecil kita. Mencuba setiap resipi berkhasiat sememangnya membuatkan ibu rasa puas hati. Apa lagi bila anak makan sampai habis.
Salah satu menu yang wajib dicuba pada hujung minggu ini adalah Pancake Bluebery yang disediakan oleh ibu Ana Maria. Pancake yang satu ini cukup lembut malah gebu dan cukup sesuai untuk diberikan kepada bayi dan anak kita yang masih kecil. Jom intai 12 langkah demi langkah yang dikongsikan oleh ibu ini.

Blueberry Pancake
Bahan A
2 biji kuning telur
3 sudu besar susu full cream
2 sudu membukit tepung gandum
Secubit baking powder
Lemon zest
Blueberry (tak ada dalam gambar)
Bahan B
2 biji putih telur
1 sudu kecil jus lemon

1. Pukul kuning telur dengan susu sehingga sebati dan kuning pucat.
2. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak.

3. Kacau rata sehingga nampak berkrim.
4. Parutkan lemon zest bagi mengantikan esen vanilla.
5. Dalam mangkuk lain pukul putih telur pula.
6. Sambil tu masukkan jus lemon.
7. Putar lagi sehingga bertanduk dan kental. Tapi jangan terlebih pukul.
8. Campur adunan putih telur dalam bahan A, dan kaup balik sehingga sebati masukkan blueberry.

9. Panaskan non stick pan dengan api kecil. Pan jangan terlampau panas ya.
10. Cedokkan adunan dalam pan, tutup dengan tudung periuk, api perlahan.
11. Lepas 3 4 minit boleh bukak dan terbalikkan.
12. Siap.
2 Tip lembutkan dan hasilkan pancake sempurna
* Pastikan baking powder yang digunakan dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ini penting kerana baking powder adalah ejen untuk mengembang dan melembutkan pancake.
* Asingkan bahan basah dengan bahan kering ketika menyediakannya. Satukan bahan basah terlebih dahulu, kemudian barulah disusuli dengan bahan kering yang siap di ayak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


