Enam tahun pertama adalah masa kritikal yang perlu ibu bapa lakukan untuk merangsang minda anak. Jika tempoh ini dibiarkan tanpa sebarang rangsangan, ia akan menjejaskan perkembangan mindanya.

Jika 6 Tahun Pertama Minda Anak Tidak Dirangsang, Akan Menjejaskan Perkembangan

Tambahan pula, otak kanak-kanak umpama span yang menerima apa sahaja input yang diberikan kepadanya. Bagi memastikan anak anda cemerlang, ada beberapa elemen yang boleh dijadikan panduan buat anda.

  1. Bersedia mengajar

Jadikan persekitaran sebagai ruang percuma untuk anda mengajar anak. Sebagai ibu bapa anda perlu bersedia setiap masa untuk mendidiknya. Setiap kata-kata yang diucapkan mestilah berunsurkan pendidikan dan semangat.

  1. Pimpin tangan

Biarpun anak suka berlari ke sana sini, apa kata apabila berjalan bersama anda pimpin tangannya. Misalnya ketika anda mengambilnya di tadika, pimpin tangannya walaupun kawasan itu selamat. Sentuhan cara ini membuatkan mereka berasa kehadirannya amat dihargai dalam kehidupan anda sekeluarga.

IKLAN
  1. Elak mengkritik

Biarpun anak masih kecil, tetapi tetap mempunyai perasaan. Elakkan mengkritik dengan sikapnya. Tetapi tegurnya dengan cara yang positif. Misalnya, “Jika adik buang sampah merata-rata nanti rumah kotor.”  Elakkan menggunakan perkataan negatif seperti pemalas,  pengotor dan sebagainya. Cara ini akan membuatkan rasa rendah diri pada anak anda.

  1. Galakkan membaca

Bukan mudah untuk mendidik anak suka membaca, lebih-lebih lagi masih pada usia tiga atau empat tahun. Tetapi jika amalan anda seisi keluarga adalah membaca, tentu ia tidak menjadi isu untuk dalam usaha memupuk minat membaca dikalangkan anak-anak. Barangkali boleh mewujudkan mini perpustakaan di sudut ruang tamu di rumah.

  1. Terapi pelukan

Setiap hari jangan lupa untuk memeluk anak. Pelukan membina kepercayaan dan rasa selamat. Ini membantu anakanak supaya dapat berkomunikasi secara terbuka dan jujur . Kajian mendapati anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

IKLAN
  1. Aura kasih sayang

Sebagai seorang anak, ibu bapa adalah tempat untuk berlindung dan rasa disayangi. Biarpun anda sibuk, jangan culas untuk menunjukkan kasih sayang dengan kata-kata pujian. Juga jangan lupa sebelum tidur atau menghantarnya di tadika, berikan ciuman tanda anda kasih sayang kepadanya.

  1. Jangan mengeluh

Anak belajar melalui pemerhatian di sekelilingnya.  Biarpun anda penat, jangan sesekali mengeluh kala mendidiknya atau menguruskannya. Keluhan ini akan membuatkan anak berasakan diri mereka beban.

IKLAN
  1. Disiplin diri

Biarpun anak masih kecil, sudah boleh didedahkan dengan disiplin diri. Misalnya setelah makan, kerusi mesti dimasukkan dalam meja atau botol susu perlu disimpan di rak susu. Walaupun nampak mudah, tetapi secara tersirat ia akan membentuk watak anak yang baik dengan peribadi positif.

  1. Gerak kerja tangan

Sememangnya minda anak perlu dirangsang secara positif. Caranya termasuklah melakukan aktiviti merangsang otak kanan. Anda boleh mengajak anak anda bermain tanah liat, main cat air (water colour), melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

  1. Imaginasi

Cara mudah untuk membuatkan minda anak cerdas salah satunya ialah anda bercerita dengan bahasa yang mudah difahami kemudian menyuruh anak menyambung semula cerita tersebut. Biarkan cerita itu merapu,  tidak mengapa asalkan anak mempunyai daya imaginasi .

  1. Tidur mengiring ke kanan 

Biasakan anak untuk tidur mengiring ke kanan supaya otak jadi lebih pintar dan cara ini mengikut sunnah Nabi. Cara ini dikatakan dapat membantu menjana minda anak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI