Kanak-kanak memang suka bermain sehinggakan tidak selera makan. Mama Papa kena kawal supaya tidak jejas kecerdasan anak. Namun hakikatnya kanak-kanak pra sekolah memang seorang yang aktif. Mereka suka bermain dengan mainan kegemarannya. Mereka kelihatan mempunyai banyak tenaga sehingga seharian tidak makan. Malah masih boleh aktif ke sana sini bermain tanpa henti. Keadaan ini berlaku kerana sifat naluri kanak-kanak pada peringkat usia ini suka bermain tanpa mengira masa.
Mereka ini langsung tidak menunjukkan keadaan penat pada dirinya. Mungkin sekali-sekala akan memasuki dapur untuk minuman untuk menghilangkan dahaga dan lapar. Apabila suruh makan pelbagai alasan diberi. Keadaan ini membuatkan ibu bapa risau dengan perkembangan anak ini.
Namun keadaan ini berlaku disebabkan mereka mempunyai banyak tenaga yang berlebihan dengan otot-otot digerakkan untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Pada peringkat usia ini, pertumbesaran mereka cepat yang menyebabkan mereka semakin lasak dan aktif.
Bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap usia ini tidak harus dibiarkan bermain tanpa kawalan daripada ibu bapa. Kanak-kanak ini perlu ditunjuk ajar dan membimbing kanak-kanak untuk membentuk potensi dalam diri.
Aktiviti bermain
Ads
Dalam pada itu, ibu bapa jangan terlalu memaksa kanak-kanak untuk menyukai aktiviti yang mereka tidak suka lakukannya. Namun anda boleh memberikan aktiviti yang bersesuaian mengikut minat dan kecenderungan anak anda. Ini kerana sifat ingin tahu dalam dirinya dalam dirinya semakin meningkat.
1.Barang mainan
Ads
Dengan barang permainannya kanak-kanak boleh melakukan imaginasi dan meneroka. Contohnya kereta mainan, dia akan membayangkan diri membawa kereta itu. Semasa bermain dengan akan meneroka bagaimana kereka itu bergerak dan kenapa tayar kereta itu bulat dan warna kenderaan itu. Aktiviti ini sesuai untuk merangsang mindanya. Jadi pilihlah aktiviti yang sesuai dengan usianya dan jelaskan aktiviti permainan itu.
2.Buku cerita
Ads
Duduk bersama anak anda untuk membaca buku cerita yang disukainya. Aktiviti ini mengajar anak anda menjadi seorang yang pendengar dan belajar mengingati jalan cerita dan watak cerita itu. Ilustrasi dan warna yang ditampilkan dalam buku cerita itu akan membuatkan anak anda berimaginasi terhadap watak dalam cerita itu. Pilihlah buku cerita yang mengisahkan teladan dan mempunyai nilai moral yang tinggi.
3.Bersosial dengan akan sebaya
Mengadakan majlis hari jadi merupakan salah satu akviti sosial yang selamat untuk kanak-kanak pra sekolah. Majlis ini biasanya akan menjemput rakan-rakan sebaya di kawasan tempat tinggal dan di tadika. Situasi ini mengajar kepada anak anda mengenai erti persahabatan, setia kawan, perkongsian dan sikap tidak mementingkan diri sendiri. Cara ini mampu memberi impak kepada emosinya apabila dewasa nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema bukan sekadar masalah kulit – ia adalah sebuah cabaran hidup yang memberi kesan besar terhadap kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial seseorang. Di sebalik gatal yang tidak henti, kulit yang meradang, dan malam yang tanpa lena, wujudnya kisah perjuangan yang tidak semua orang faham. Dalam artikel ini, kita akan menyelami dengan lebih mendalam tentang apa itu ekzema, kenapa ia berlaku, bagaimana ia boleh dikawal, serta peranan masyarakat dalam menyokong pesakit ekzema.
Ekzema, atau dermatitis atopik, adalah sejenis gangguan kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, gatal, dan meradang. Ia sering berlaku disebabkan oleh gabungan faktor genetik dan persekitaran. Individu yang mempunyai sejarah keluarga menghidap ekzema, asma, atau rinitis alergi berisiko lebih tinggi untuk mengalaminya.
Selain itu, pencetus seperti cuaca kering, sabun yang keras, habuk, makanan tertentu dan tekanan emosi juga boleh mencetuskan atau memburukkan keadaan ekzema. Sistem imun yang bertindak balas secara berlebihan kepada rangsangan luaran menjadikan kulit terlalu sensitif, lalu menyebabkan keradangan yang menyakitkan.
Kesan ekzema bukan hanya pada fizikal, tetapi juga pada emosi dan psikologi pesakit. Kulit yang gatal berterusan boleh mengganggu tidur malam, menjejaskan prestasi kerja atau pelajaran, dan mencetuskan tekanan perasaan. Ramai pesakit ekzema mengalami rasa rendah diri, malu, atau murung akibat penampilan kulit mereka yang sering bersisik atau luka.
Kanak-kanak yang menghidap ekzema juga mungkin mengalami gangguan perkembangan emosi jika tidak mendapat sokongan yang sewajarnya. Oleh itu, ekzema bukan penyakit ringan yang boleh dipandang enteng – ia perlu ditangani secara holistik.
Walaupun belum ada penawar mutlak untuk ekzema, terdapat banyak langkah yang boleh membantu mengawalnya:
Sokongan moral dan kefahaman daripada keluarga serta masyarakat amat penting dalam membantu pesakit ekzema menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Elakkan membuat ejekan atau komen negatif terhadap penampilan pesakit. Sebaliknya, berikan galakan dan bantu mereka mencari rawatan atau penyelesaian alternatif.
Guru di sekolah juga perlu diberi pendedahan tentang ekzema agar mereka lebih peka terhadap keperluan murid yang menghidapnya, terutamanya dari segi aktiviti fizikal atau penggunaan bahan dalam kelas.
Meningkatkan kesedaran tentang ekzema di peringkat masyarakat akan membuka ruang kepada lebih banyak perbincangan, pemahaman dan penyelidikan. Apabila masyarakat memahami bahawa ekzema bukan penyakit berjangkit, stigma dapat dikurangkan dan pesakit lebih yakin untuk mendapatkan bantuan.
Kempen kesihatan, ceramah awam dan perkongsian pengalaman oleh pesakit ekzema boleh menjadi alat yang berkesan dalam membina kefahaman kolektif dan empati dalam kalangan masyarakat.
Ekzema bukan hanya satu keadaan kulit – ia adalah pengalaman hidup yang memerlukan ketabahan, ilmu dan sokongan. Dengan kefahaman yang tepat, pengurusan yang konsisten dan sokongan berterusan daripada semua pihak, pesakit ekzema mampu menjalani kehidupan yang lebih selesa dan bermakna. Jadikan pengetahuan ini sebagai langkah pertama untuk kita semua menjadi lebih prihatin terhadap mereka yang menghidap ekzema – kerana kesihatan kulit adalah sebahagian daripada kesejahteraan sejati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda bahawa haiwan peliharaan sebenarnya boleh menjadi sesuatu perkara yang dapat membantu perkembangan seorang kanak-kanak? Ya, anda mungkin pernah mendengarnya tetapi adakah anda pernah melihatnya sendiri?
Hakikatnya, haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, hamster, ikan, burung dan pelbagai lagi jenis haiwan lain bukan sahaja perlu dipelihara kerana penampilannya yang comel dan manja itu. Ia malahan akan membantu dalam perkembangan anak anda.
Selain daripada cara pemakanan, teknik pengasuhan dan pelbagai lagi aspek yang dapat membantu perkembangan si kecil, haiwan peliharaan juga sebenarnya adalah termasuk dalam salah satu daripada aspek-aspek tersebut.
Manfaat membela haiwan peliharaan buat kanak-kanak
Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa terdapat banyak manfaat membela haiwan peliharaan buat kanak-kanak. Kadangkala, kita sendiri pun tidak terfikir langsung mengenai manfaat tersebut.
Berikut merupakan manfaat-manfaat tersebut:
#1. Ajar anak berdisiplin
Kanak-kanak akan belajar tentang disiplin sepanjang memelihara haiwan kesayangan mereka. Contohnya, mereka perlu mengetahui cara penjagaan haiwan yang betul seperti waktu memberikan haiwan makan, waktu tidur haiwan dan juga waktu memandikan haiwan peliharaan.
Dengan cara ini dapat membantu mereka mengetahui peraturan-peraturan yang perlu diikuti sepanjang menjaga haiwan. Itulah juga yang akan diterapkan dalam kehidupan harian mereka nanti.
#2. Semai rasa tanggungjawab
Haiwan peliharaan memerlukan perhatian dan penjagaan daripada individu yang membela mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat membangkitkan rasa tanggungjawab dalam kalangan kanak-kanak terutama semasa peringkat awal kehidupan mereka.
Contohnya, kanak-kanak akan mempelajari waktu yang sesuai untuk memberikan haiwan kesayangan mereka makan, bermain dan menguruskan kelengkapan mereka. Selain itu, mereka juga belajar menjadi seorang yang penyayang dan bersifat belas kasihan kepada haiwan.
Sikap bertanggungjawab kepada makhluk lain ini secara tidak langsung turut disemai dalam diri mereka untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.
#3. Tingkat keyakinan diri
Sikap tanggungjawab yang disemai kelak dapat membantu meningkatkan keyakinan diri kepada kanak-kanak. Contohnya, jika mereka sudah pandai memberikan makanan atau minuman kepada haiwan kesayangan, anak anda akan menganggap itu sebagai suatu pencapaian untuk mereka.
Tambahan pula jika ada yang memuji haiwan mereka comel atau lain-lain ucapan yang positif. Bagi mereka itu adalah suatu kejayaan memandangkan merekalah yang menjaga haiwan tersebut.
#4. Rangsang kemahiran motor
Interaksi dengan haiwan peliharaan akan membuatkan kanak-kanak bergerak lebih aktif dan cergas. Jika memelihara haiwan peliharaan, masa anak anda akan terisi dengan perkara lain selain daripada televisyen dan gajet. Kanak-kanak juga akan terdorong untuk lebih banyak bergerak sekali gus dapat meningkatkan lagi kemahiran motor mereka.
#5. Belajar benda baharu
Semasa memelihara haiwan, kanak-kanak akan turut berminat untuk mengetahui segala hal berkenaan haiwannya. Contohnya, bagaimana untuk menjaga bulu haiwan, bagaimana untuk membiakkan haiwan, bagaimana untuk menjaga haiwan yang sakit dan sebagainya.
Hal ini akan membuat minda seorang kanak-kanak lebih berkembang untuk memahami kitaran hidup haiwan kesayangan mereka sekali gus meluaskan lagi pengetahuan mereka.
#6. Sebagai penghibur hati
Di kala suka, duka atau marah, kanak-kanak pasti akan mendapatkan haiwan peliharaannya dulu bagi menceritakan perasaannya. Menurut kajian, haiwan mempunyai aura yang membawa rasa ketenangan kepada manusia.
Selain itu, haiwan peliharaan bukan sahaja akan memberi manfaat kepada anak anda tetapi juga akan memberi manfaat kepada anda. Tidak percaya dengan penyataan ini? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.
Manfaat membela haiwan peliharaan buat ibu bapa
Tahukah anda bahawa haiwan peliharaan juga mampu menjadi terapi buat individu dewasa. Jadi, tidak hairanlah jika satu keluarga itu akan sentiasa kekal sihat dan gembira jika mereka ada membela haiwan peliharaan di kediaman mereka.
Berikut merupakan manfaat-manfaat tersebut:
#1. Mengurangkan tekanan
Paling penting, haiwan peliharaan dapat mengurangkan tekanan buat ibu bapa setelah penat seharian bekerja. Masa yang diluangkan bersama haiwan peliharaan akan melepaskan endorfin. Ini mempunyai kesan menenangkan pesakit dan mengurangkan tahap tekanan. Ini sangat bermanfaat untuk pesakit yang mengalami demensia atau gangguan lain.
Pesakit yang menghidapi penyakit-penyakit tersebut boleh menjadi tertekan dan kecewa apabila mereka tidak dapat berkomunikasi dengan orang atau tidak dapat menyatakan idea atau perasaan mereka. Walau bagaimanapun, mempunyai haiwan peliharaan membolehkan pesakit membina ikatan yang kuat dengan haiwan peliharaan mereka.
Ini sekali gus dapat mengurangkan tekanan, kesunyian, kebimbangan dan mengurangkan simptom-simptom yang dialami mereka.
#2. Mengurangkan risiko kemurungan
Selain itu, haiwan peliharaan dapat mengurangkan perasaan terasing atau keseorangan, yang akhirnya akan membawa kepada kemurungan. Ia mungkin membantu anda membuat kawan baru atau berbual dengan individu lain semasa membawa haiwan kesayangan anda bersiar-siar di luar rumah.
Terapi haiwan peliharaan secara perlahan akan mendorong pesakit untuk mendapatkan hubungan sosial yang lebih. Haiwan adalah makhluk penyayang yang menawarkan keselesaan dan jaminan kepada pemiliknya. Terdapat sesuatu yang menyegarkan secara semula jadi mengenai kucing anda ketika anda memeluknya di pangkuan anda.
Dengan memelihara haiwan kesayangan, anda tidak lagi akan berasa bersendirian. Ini sekali gus akan mengurangkan risiko kemurungan.
#3. Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Penghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit jantung, terutamanya buat mereka yang sudah berusia. Masa yang diluangkan dengan haiwan kesayangan didapati dapat menurunkan tahap tekanan darah. Ini akhirnya memainkan peranan aktif dalam menurunkan risiko masalah jantung dan masalah koronari yang lain.
Pesakit dengan tekanan darah mendapat manfaat daripada terapi haiwan peliharaan dan mungkin akan menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat.
#4. Memperbaiki emosi
Kajian mendapati bahawa individu yang terlibat dalam interaksi positif dengan haiwan mempunyai tahap “berasa baik” yang lebih tinggi berbanding penggunaan bahan kimia seperti dopamin dan serotonin.
Ya, bahan-bahan ini memang dapat membantu mengawal mood, menghalang kemurungan, mengurangkan kebimbangan dan membantu kekal tenang dalam situasi yang tertekan. Namun terapi haiwan peliharaan ini akan lebih membantu seseorang berasa “selamat”, dihargai dan mampu untuk bebas meluahkan emosi mereka.
Pendek kata, berinteraksi dengan haiwan boleh merangsang ketawa lalu mendatangkan kegembiraan dan kebahagiaan pada orang yang kehidupannya telah diliputi oleh penyakit yang melibatkan emosi.
#5. Meningkatkan aktiviti fizikal
Selain emosi, membela haiwan kesayangan juga dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal anda. Terapi haiwan peliharaan menawarkan anda dan individu tersayang berkenaan cara untuk meningkatkan aktiviti fizikal.
Dengan membawa haiwan peliharaan bersiar-siar di luar rumah, ia akan memberi peluang untuk anda melakukan senaman. Ia sekali gus meningkatkan kemahiran motor dan menggalakkan pergerakan bebas. Mengendalikan haiwan comel anda secara fizikal dapat mengurangkan risiko ketegangan dan kesakitan sendi-sendi dalam badan.
Ini terbukti sangat bermanfaat bagi pesakit yang mengalami penyakit yang melemahkan seperti artritis. Ini membantu mengekalkan kekuatan dan kelenturan.
Jadi, sudahkah anda memutuskan untuk membela haiwan peliharaan? Jika ya, ada sesuatu perkara lagi yang perlu anda fikirkan dan putuskan iaitu haiwan apakah yang paling sesuai untuk dipelihara oleh anda sekeluarga?
Haiwan peliharaan apa yang paling sesuai buat anda sekeluarga?
Memelihara haiwan kesayangan sememangnya akan mendatangkan banyak manfaat baik dari segi fizikal mahupun mental kepada seisi keluarga anda. Ia dapat membantu anak anda untuk belajar ilmu berharga mengenai bagaimana untuk menjaga makhluk hidup selain membantu anda untuk menepis segala masalah emosi.
Selain itu, melalui sikap mengambil berat terhadap haiwan juga, anak anda akan belajar tentang sikap kebertanggungjawaban serta kebergantungan. Sesetengah haiwan peliharaan juga amat membantu dalam mengelakkan kesunyian dan kemurungan dalam kalangan kanak-kanak.
Oleh itu, mari kita lihat haiwan peliharaan apa yang selamat dan sesuai dipelihara oleh anda seisi keluarga.
#1. Kucing
Siapa sahaja yang tidak suka kepada haiwan yang comel tetapi malas ini, bukan? Sesungguhnya, kucing sudah pasti akan menjadi pilihan utama untuk dipelihara kanak-kanak tanpa mengira latar belakang. Tiada siapa mampu menafikan kecomelan dan kegebuan tubuh badan mereka.
Berbeza dengan anjing, kucing adalah lebih berdikari jadi mereka tidak berapa memerlukan perhatian keterlaluan daripada individu yang membelanya. Ini kerana kebanyakan kucing menghabiskan banyak masa mereka untuk tidur sahaja di dalam rumah terutamanya pada waktu siang.
Pun begitu, kucing masih memerlukan rutin pemeriksaan ke veterinar atau pusat jagaan haiwan untuk mendapatkan imunisasi tahunan. sekiranya keluarga anda mempunyai ruang rumah yang terhad, kucing adalah pilihan terbaik untuk mengajar anak anda mencintai haiwan dan berkawan dengannya.
Antara baka kucing terbaik untuk dipelihara oleh anda termasuklah:
#2. Ikan
Ikan adalah pilihan terbaik untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa yang gemarkan sesuatu yang mudah dan tenang. Dengan melihat ikan berenang di sekeliling akuarium atau kolam, ia dapat membantu mengurangkan stres dan memberikan anak anda mengenal mengenai jenis-jenis ikan.
Walau bagaimanapun, anda perlu mencari ikan yang senang untuk dibela seperti ikan emas supaya anak kecil anda boleh bersama-sama membantu anda menjaga ikan tersebut tanpa membuat kacau-bilau.
Ikan emas dianggap sebagai salah satu spesies ikan yang mudah membiak kerana ia suka memencil dan tidak memerlukan ruang yang terlalu besar. Anda juga tidak perlu menyediakan aerator, penapis, pemanas, atau bahan kimia untuk menjaga mereka. Paling penting, ia adalah membawa tuah jika mengikut kepada kepercayaan masyarakat Cina.
#3. Tikus
Nanti, usah anda terkejut terlebih dahulu. Tikus di sini bukanlah bermaksud haiwan perosak yang selalu merosakkan atau mengotorkan kawasan rumah anda. Tikus yang dimaksudkan adalah tikus bersih yang sangat comel untuk anda bela.
Tikus adalah pilihan yang baik untuk kanak-kanak yang berumur lebih daripada 5 tahun. Ia adalah lebih kecil, mudah dijaga, mampu dimiliki, dan tidak memerlukan perhatian yang keterlaluan.
Antara contoh tikus yang boleh dibela termasuklah tikus belanda, hamster dan gerbil. Disebabkan kebanyakan tikus hanya memerlukan ruang tinggal yang kecil, ia adalah haiwan peliharaan yang sesuai buat anda yang tinggal di ruang kediaman yang sedikit sempit.
Kajian juga menunjukkan bahawa mereka boleh menjadi haiwan peliharaan yang bagus kerana kelincahan, kebijaksanaan, dan kemesraan mereka kepada individu yang membela mereka.
#4. Iguana
Buat ibu bapa yang gemarkan kelainan, apa kata jika anda membela iguana di rumah sebagai haiwan peliharaan? Ya kebanyakan individu mungkin akan mengatakan reptilia ini adalah berbahaya buat kanak-kanak. Pun begitu, ia adalah tidak benar kerana haiwan ini sebenarnya boleh dijinakkan.
Iguana adalah sejenis cicak yang unik untuk dijadikan haiwan kesayangan yang hebat. Syaratnya, anda perlu menjinakkannya terlebih dahulu dengan pengendalian yang lembut dan konsisten sehinggalah ia dewasa.
Oleh itu, jika anda mahu membelanya, pastikan anda sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan ia di dalam sangkar terlebih dahulu sehingga anda benar-benar pasti bahawa ia telah jinak sepenuhnya sebelum membiarkan anak anda bermain dengannya.
Bagaimana jika anak anda atau anda mengalami alahan?
Ada sesetengah individu yang mengalami alahan terhadap sesuatu jenis haiwan seperti kucing, anjing dan lain-lain. Ini merupakan tindak balas terhadap protein yang terdapat dalam sel kulit, air liur atau air kencing haiwan.
Bulu atau rambut haiwan tidak mempunyai banyak alergen – bahan penyebab alahan tetapi ia boleh memerangkap debunga, debu, kulat, dan pelbagai alergen lain yang terdapat dalam ruangan udara. Alergen adalah bahan yang biasanya tidak berbahaya namun mampu mencetus sistem imun untuk bereaksi berlebihan pada individu yang mengalami alahan.
Jika anda mengalami alahan terhadap haiwan peliharaan dan tindak balas alahan anda tidak mengancam nyawa, terdapat banyak cara untuk mengurangkan alergen dalam rumah dan simptom alahan supaya anda dan haiwan kesayangan anda dapat hidup bersama dengan lebih selesa. Jika mengancam nyawa pula, anda perlu segera mendapatkan rawatan doktor.
Jadi, apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan simptom alahan anda?
Konklusi
Konklusinya, anda sekeluarga digalakkan untuk membela haiwan peliharaan di rumah anda. Pun begitu, keputusan terletak di tangan anda sepenuhnya. Terutamanya, pertimbangkan semula jika anda atau ada ahli keluarga yang lain mengalami masalah alahan haiwan yang teruk.
Hakikatnya, membesar dengan haiwan peliharaan akan mencipta pelbagai memori yang menyeronokkan dan tidak mudah dilupakan oleh kanak-kanak kerana haiwan peliharaan amat menyayangi tuan mereka jika anda melakukan yang sama juga terhadap mereka.
Sekiranya anda berhasrat untuk memberikan anak anda haiwan peliharaan, ajarlah anak anda untuk menjaga kelakuan dan sentiasa ambil berat mengenai keperluan haiwan peliharaan mereka dengan baik.
Paling utama, memilih jenis haiwan peliharaan adalah keputusan seisi rumah. Oleh itu, fikirkan tentang keadaan tempat tinggal anda sebelum bersedia untuk membawa ‘ahli keluarga’ baru ke dalam rumah anda.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasa tak ibu ayah alami masalah seperti ini- Anak faham semua apa yang kita cakapkan, tapi susah sangat nak sebut. Anak pelat sangat. Minta anak tiru, tapi tak boleh tiru. Kita sebut lain, anak sebut lain. Anak sebut kadang-kadang betul, kadang-kadang salah.
Jika ada tanda-tanda ini, mungkin anak anda adalah masalah Apraxia.
Menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim, Apraxia merujuk kepada masalah pada pertuturan pada kanak-kanak yang mana ia melibatkan masalah pada sistem saraf. Tapi perlu diingat di sini bahawa, masalah ini tidak dapat dilihat oleh pakar neurologi atau melalui scan dan ianya tidak boleh didiagnos melalui scan.
APA BEZA DENGAN MASALAH PERTUTURAN YANG LAIN?
Kebanyakan kanak-kanak dengan masalah pertuturan biasanya sukar untuk menyebut bunyi seperti bunyi /k/, bunyi /s/, bunyi /r/ dan mereka menukarnya dengan bunyi yang lain. Tetapi bagi kanak-kanak dengan apraxia, mereka memang tau apa yang mereka perlu sebut, tetapi otak mereka menghantar mesej yang salah kepada otot-otot dimulut dan menyebabkan bunyi yang disebut juga salah.
Untuk lebih mudah faham, bayangkan kita sedang memandu kereta. Kita nak ke kiri, kita pun menekan butang untuk signal kiri, tapi sebab ada masalah pada wiring kereta, lampu lain yang menyala. Padahal lampu signal kita ok. Macam itulah halnya dengan masalah apraxia ini. Kanak-kanak memang tahu apa yang mereka perlu sebut tapi lain yang keluar.
Kanak-kanak ini biasanya mempunyai organ artikulasi yang normal seperti lidah, rahang, gigi, bibir, otot mulut dll.
Oleh itu, kanak-kanak dengan apraxia ini memerlukan latihan yang konsisten dan kerap. Ini adalah supaya kanak-kanak mendapat feedback samada mereka menyebut bunyi dengan betul atau tidak. Feedback ini penting supaya otak boleh membetulkan semula bahagian yang bermasalah dan memberi signal yang betul pada organ articulator.
APA YANG MENYEBABKAN APRAXIA?
Terdapat beberapa sebab terjadinya apraxia ini seperti kecederaan otak, kerosakan bahagian pada otak, dan juga kecelaruan neurobehavior complex seperti ADHD dan Autism. Tetapi dalam kebanyakan kes, sebabnya tidak diketahui.
Masalah ini hanya boleh dilihat melalui ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Penilaian perlu dilakukan oleh Terapis Pertuturan-Bahasa untuk mengesahkan masalah.
3 KRITERIA PENTING APRAXIA OF SPEECH
Terdapat banyak kriteria-kriteria yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, tetapi 3 kriteria ini adalah yang paling ketara dan penting untuk diagnosis.
Kesalahan sebutan yang tidak konsisten pada bunyi konsosnan dan vocal yang sama. Iaitu kanak-kanak menyebut 1 perkataan berulang kali tetapi bunyinya berbeza setiap kali.
Contoh:
Perkataan: Bola
Sebutan kanak-kanak mungkin menjadi – boya, labo, biya, boa, dll
Pemanjangan atau gangguan semasa perubahan antara bunyi atau sukukata. Iaitu pertuturan kanak-kanak seperti terputus kerana kesukaran menyambung bunyi atau perkataan
Prosodi yang tidak sesuai iaitu rentak dan intonasi. Kanak-kanak bertutur mungkin akan kedengaran seperti robot, ayat yang tidak lengkap/sesuai atau tekanan yang salah pada sukukata atau perkataan
Kanak-kanak apraxia mungkin mempunyai 1 atau semua ciri-ciri ini.
Ciri-ciri lain yang mungkin dapat dilihat pada kanak-kanak apraxia adalah
RAWATAN BAGI KANAK-KANAK APRAXIA
Rawatan bagi apraxia adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak mengikut ciri-ciri yang ditunjukkan. Oleh itu penilaian dari Terapis Pertuturan-bahasa adalah sangat penting untuk mengenalpasti masalah pada kanak-kanak dan tahap keterukannya. Secara umumnya, rawatan yang biasa dilakukan adalah:
Untuk sebarang pertanyaan dan penjelasan, berjumpalah terapis-pertuturan berhampiran anda.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.