Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh. Salah tanggapan tersebut. Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal, iaitu daripada si manja lahir lagi. Masalah kerosakan gigi bayi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh.
Bila gigi pertama bayi tumbuh?
Lazimnya, bayi akan mula tumbuh gigi pertama semasa usia enam hingga lapan bulan, malah ada juga yang baru tumbuh gigi semasa usia setahun. Gigi mereka akan lengkap sepenuhnya semasa usia kanak-kanak tiga tahun.
Ads
Bagaimana penjagaan oral untuk bayi dan kanak-kanak?
Penjagaan oral atau mulut bayi perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, anda perlu mula menjaga gusi bayi. Penjagaan gusi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan berus serta ubat gigi.
Ads
Ibu bapa disarankan untuk melakukan penjagaan gusi dan mulut bayi selepas anak menyusu dan sebelum bayi tidur. Caranya adalah dengan melembapkan kain yang lembut, kemudian, gosokkan lembut pada gusi si manja bagi membersihkan sisa-sisa susu pada mulutnya. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada gusi.
Ads
Jika gigi pertama bayi sudah tumbuh, teruskan rutin penjagaan oral bayi seperti di bawah:
Bersihkan gigi pertama yang baru tumbuh dengan meletakkan sedikit ubat gigi berfluorida pada kain lembut dan sapukan pada gigi bayi.
Jika gigi geraham sudah tumbuh, anda boleh mula menggunakan berus gigi khas untuk bayi yang banyak dijual di pasaran. Letakkan ubat gigi khas untuk bayi sebesar saiz biji kacang pis pada berus gigi tersebut.
Berus di sekitar lidah dan gusi untuk menghilangkan bakteria tersembunyi dan mengelakkan mulut bayi berbau.
Lakukan rutin ini dua kali sehari iaitu sewaktu bangun tidur pada waktu pagi dan pada malam hari sebelum tidur.
Bawa bayi anda berjumpa doktor gigi semasa gigi pertamanya tumbuh ataupun selewat-lewatnya semasa usia bayi setahun. Doktor gigi akan memberikan nasihat tentang cara-cara penjagaan gigi bayi kepada ibu bapa.
Sejak kehadiran anak kedua dalam hidup pasangan Syamsul Yusuf dan isterinya Puteri Sarah Liyana, kehidupan keluarga ini bertambah bahagia. Memiliki sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam berusia dua tahun dan Sumayyah baru berusia lima bulan, Puteri Sarah akui ia pengalaman yang paling bahagia buatnya bergelar ibu.
Baru-baru ini, perkongsian di laman Instagram Puteri Sarah telah memuat naik beberapa foto sekitar majlis akikah anak perempuannya, yang dilahirkan pada Mac lalu.
Bertemakan warna merah jambu dan putih, majlis yang diadakan kelihatan ringkas tetapi cukup menarik, ditambah pula dengan kecomelan bayi perempuan pasangan selebriti itu yang tidak jemu mata memandang.
Dengan kulit yang cerah, mata bulat rata-rata menyamakan Sumayyah iras ayahnya.
Bagaimanapun, Puteri Sarah mengakui untuk majlis akikah anak perempuannya kali ini, sedikit kelainan yang mereka lakukan iaitu hanya menjemput tetamu wanita sahaja.
“Sumayyah’s akikah semalam thank you to those yang datang meriahkan! Majlis akikah Sumayyah, kali ini akikah kita buat lain sikit. Akikah untuk wanita sahaja…”
Secantik nama dengan tuan empunya diri
Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen memuji kecomelan Sumayyah dan mendoakan agar membesar menjadi anak solehah. Ada juga yang menyatakan Sumayyah turut mengambil aura mamanya.
Memang seronok pandang muka baby baru lahir yang comel. Masa pandang tu rajinlah bercakap dengan anak walaupun mereka tak faham lagi.
Ini petua anak cepat cakap yang diajar oleh Speech Therapist atau Jurupulih Pertuturan, Ruby Atika yang berkongsi caranya bercakap dengan bayi baru lahirnya.
Ibu ayah lain yang baru dapat anak bolehlah ikut cara beliau ini. Ia penting sebagai satu cara untuk merangsang anak cepat bercakap.
1) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Baby Nisa’ baru 34 hari. Dia belum bercakap. Dia cuma tau nangis, susu, tidur, berak dan urusan-urusan penting sebagai seorang bayi.
Saya tidak mengajar dia bercakap. Saya hanya nak dia dengar saja. Dengarlah wahai anakku.
2) Siri Bercakap Dengan Bayi
Saya guna intonasi yang pelbagai dengan gaya bahasa keibuan yang memanjakan bayi.
Tidak pelat. Tapi berirama dan macam rhyme / pantun sikit.
“Sayang umi sayang, sayang umi Nisa”
Ayat pendek. Perkataan berulang-ulang.
Saya rajin buat urutan bayi (walaupun saya sendiri belum berurut). Sambil urut, saya cakap.
‘tangan yang rajin’ ‘kaki yang kuat’ ‘perut yang sihat’
‘telinga yang tajam’ ‘hidung yang mancung’ ‘pipi yang comel’
ni contoh saja…boleh juga masukkan unsur-unsur Islamik.
Saya juga menyebut sukukata tidak bermakna. Tapi dengan intonasi naik turun dan panjang pendek. Saya hanya mahu dia mendengar.
3) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Mudah saja. Tapi raaaamai yang lupa nak buat. Realitinya, ada ibu-ibu di luar sana yang tak bercakap dengan bayi. Cakap sikit-sikit saja, sudah. Balik-balik panggil nama atau zikir-zikir suruh tidur.
Ada yang ralit dengan handphone. Ada yang ralit tengok tv. Saya juga ralit tengok cerita Korea. Banyak dugaan masa berpantang. Terutama online shopping. Laju ja..
Masa sesi penilaian, ada ibu-ibu yang mengaku, dia tak tau nak cakap apa dengan anak dia. Kenapa jadi mcm tu? Sebab tak berlatih.
Bagi ibu-ibu introvert, yang memang pendiam dan jarang membebel, anda kena berlatih untuk bercakap dengan anak. Lama-lama kekok tu akan berkurangan.
Selagi anda rasa kekok bercakap dengan bayi, selagi tu anda kena banyak berlatih.
4) Siri Bercakap Dengan Bayi
Bermain dgn “silly sounds” ialah aktiviti yang boleh dibuat semasa baby berjaga. (Masa tidur, bialah dia tidur, jangan kacau)
Ba ba ba…buuuu…..
chu chu chu….beep beep….
Tit tit tit…..bum bum!
Lihat reaksi anak. Pandang matanya.
Anda juga boleh buat “raspberries” atau sembur bibir yang mcm budak-budak selalu buat tu atau boleh juga buat bunyi “clicking” macam cicak tu.
Ni pun nak kena habaq, sebab ramai ibu-ibu muda yang blur sungguh. Yang ibu-ibu tua pun blur juga, anak-anak dia dah besar, dia lupa dah cara nak main dengan baby.
5) Siri Bercakap Dengan Bayi
Kalau dah tak tau sangat nak cakap apa, pergi ambil buku/quran, baca. Senang. Baca je.
Jangan fikir pasal dia faham ke tidak.
Kita cuma nak dia mendengar.
Pada umur baby ni, sel-sel dalam koklea dia baru nak mula diaktifkan. Dia dengar semua bunyi, semua jenis bahasa.
Dia belum boleh kod atau mengecam bahasa yang dia familiar. Macam kita, orang dewasa, jika kita tak pernah dengar bahasa jepun, kita tak boleh nak dengar betul-betul bunyi-bunyi pertuturan tu.
Kita rasa….macam bunyi bercampur dan tak dapat dibezakan apa pun.
Bagi bayi, dia mendengar semuanya. Makin banyak jenis bahasa yang kita dedahkan, jenis bunyi pertuturan yang kita dedahkan, makin banyak sel-sel dalam koklea tu, diaktifkan.
6) Siri Bercakap Dengan Bayi
Menyebut kata-kata positif.
“Nisa yang baik hati”
“Nisa yang rajin, rajin belajar”
“Nisa yang pandai, pandai mengaji”
“Anak solehah, yang terang hati”
Cakap dengan intonasi berlagu ala-ala pantun.
Cakap apa saja harapan anda.
“Belajar rajin-rajin, masuk universiti”
“Ramai kawan, selalu disayangi”
7) Siri Bercakap Dengan Bayi
Ya, seawal 2 bulan. (walaupun Nisa belum genap 2 bulan, tapi kita anggarkan umur 2 bulan)
Maka, ini ialah permulaan kepada wujudnya interaksi 2 hala. Kita cakap, tunggu dan lihat respon dia. (Nisa dah boleh senyum bila diagah).
Ada masanya dia aktif, goyang tangan kaki, bila kita cakap dengan dia, terus dia stop dan tumpu pada muka kita.
Ini ialah asas turn taking semasa komunikasi.
Kemudian bila dia bersuara, kita stop dan buat muka terkejut, lalu tiru bunyi suara dia tadi.
Asas sangat benda ni. Jika saya bukan ST, nescaya saya tak heran pun. Tapi sebab saya ST dan hari-hari jumpa budak yang tak ada interaksi 2 hala, maka saya rasa sujud syukur kepada Allah apabila melihat kemahiran-kemahiran ini pada Nisa.
Ngeri kalau pusat bayi bernanah kerana penjagaan yang salah. Macam mana nak uruskannya?
Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi, kebanyakan mama dan papa akan kekok.Tali pusat bayi adalah berasal daripada umbilical stump sepanjang kira-kira 2sm setelah tali pusat bayi yang panjang (bersambungan dengan plasenta) dipotong semasa proses kelahiran. Ia akan di klip selepas pemotongan semasa proses kelahiran.
Pusat bayi jika tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul akan menyebabkan jangkitan kuman atau septicaemia.
8 LANGKAH URUS PUSAT BAYI
Apa langkah-langkah yang boleh mama lakukan? Ikuti langkah-langkah ini sebagai panduan menguruskan tali pusat si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belon tersangkut dalam saluran pernafasan anak boleh menyebabkan saluran udara tertutup sepenuhnya. Ketahui kisah Uwais Al-Fateh, tanda-tanda tercekik, langkah kecemasan dan cara pencegahannya.