Bukan mudah nak buat anak sulung faham yang mereka akan dapat adik baru. Kalau anak yang dah besar sikit mungkin boleh faham, tapi kalau menjadi abang atau kakak pada usia yang masih kecil mungkin menyebabkan mereka ‘memberontak’. Ketika inilah akan banyak drama air mata berlaku.

Buat beberaoa cara ini untuk pastikan mental dan emosi anak sulung bersedia menerima adik baru:

Bawa Bersama Ketika Buat Pemeriksaan Di Klinik

Ada sesetengah Mama dan Papa yang kurang selesa untuk membawa anak pertama ke klinik ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Mungkin tidak mahu anak meragam kerana perlu menunggu lama dan sebagainya. Salah satu cara paling mudah dan jelas untuk memberitahu anak anda bahawa mereka akan dapat adik nanti adalah dengan melibatkan mereka seawal pemeriksaan pertama lagi.

Dengan cara ini mereka akan mula faham dan bersedia untuk menerima adik di kemudian hari. Terangkan juga mengapa pertemuan dengan doktor dibuat, biarpun mereka tidak memahaminya ketika pertama kali diberitahu. Namun jika diberitahu berulang kali, mereka akan mula dapat menangkap apa yang cuba anda katakan.

Susah Terima & Cemburu. Anak Sulung Cuba ‘Adapt’ Bila Dapat Adik
Kredit foto: Facebook Nur Zarith Azhar

Tunjuk Album Gambar Ketika Mereka Kecil

Jika anda menyimpan foto-foto anak sulung di dalam album khas, tunjukkan kepada mereka. Katakan pada mereka bahawa di dalam foto itu adalah mereka ketika bayi. Sambil itu, berceritalah yang tidak lama lagi akan ada bayi baru dalam keluarga anda. Ceritakan apa perkara menarik jika ada bayi di dalam rumah, sudah tentu mereka akan merasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik mereka.

IKLAN

Baca Juga:

Nampak Lembut Tapi Kuat! Ibu Cari Rezeki Sara 5 Anak, Bawa Lori Kontena

Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai

Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!

Buat Baju T Khas Untuk Anak Sulung

IKLAN

Anda boleh tempah khas baju T yang menulis bahawa mereka adalah abang atau kakak. Biarpun mereka mungkin tidak boleh membaca lagi, anda sendiri boleh beritahu kepada mereka apa maksud tulisan yang ada pada baju T mereka. Beri mereka pakai baju T tersebut berulang kali supaya mereka merasa bahagia dan sentiasa ternanti-nantikan adik baru mereka.

Selalu Beri Mereka Lihat Foto Bayi

Tunjukkan gambar-gambar bayi kepada anak sulung anda. Sebelum mengetahui jantina anak kedua anda, pelbagaikan pilihan foto bayi yang mahu anda tunjukkan kepada mereka. Beritahu mereka, beginilah mungkin rupa adik yang ada di dalam perut anda. Pasti mereka teruja untuk melihat sendiri rupa adik adik baru!

Susah Terima & Cemburu. Anak Sulung Cuba ‘Adapt’ Bila Dapat Adik
Kredit foto: Facebook Nur Zarith Azhar

Perut Yang Semakin Membesar

IKLAN

Jelas sekali dengan perubahan fizikal serta perut yang semakin membesar, anda boleh bercerita kepada anak sulung tentang adik mereka. Tunjukkan perut anda dan katakan kepada mereka di dalamnya ada adik. Latih mereka untuk mula sayangkan adik sedari mereka di dalam perut lagi. Melihat perut anda yang semakin membesar akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka, jadi tugas anda akan menjadi lebih mudah untuk menerangkan tentang bayi dalam kandungan.

Susah Terima & Cemburu. Anak Sulung Cuba ‘Adapt’ Bila Dapat Adik
Kredit foto: Facebook Nur Zarith Azhar

Untuk anak-anak kecil yang mungkin agak sukar untuk memahami tentang keadaan ini, anda boleh mula perlahan-lahan. Ceritakan satu per satu tentang kandungan anda dan adik mereka. Paling penting, pastikan mereka bersedia dari segi emosi sebelum anda melahirkan bayi seterusnya. Jagalah perasaan mereka dan sesudah melahirkan, jangan abaikan keberadaan mereka di sekitar anda.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Susah Terima & Cemburu. Anak Sulung Cuba ‘Adapt’ Bila Dapat Adik

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI