Jika Hamil, Tolong Hati-Hati. Dijangkiti COVID-19, Kesannya Mungkin Lebih Serius

Share

Kes penularan COVID-19 sememangnya memberi kesan kepada semua orang. Langkah pencegahan diamalkan dan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipandang serius bagi memerangi isu ini.

Bukan hanya risaukan kesihatan bayi dan kanak-kanak, bahkan wanita mengandung juga khuatir dengan jangkitan virus COVID-19 ini. Pegawai farmasi, Dziehan Mustapa, berkongsi tentang risiko wanita hamil dijangkiti COVID-19 ini.

Artikel Berkaitan: [Koronavirus Mampu Bertahan Pada Permukaan Yang Kerap Disentuh Sehingga 9 Hari, Hati-Hati]

COVID-19 & PREGNANCY

Apakah risiko wanita mengandung dijangkiti COVID-19?
Adakah mudah untuk wanita mengandung jatuh sakit sekiranya dijangkiti? diketahui lagi sama ada wanita mengandung lebih berisiko 
Jika dijangkiti adakah wanita mengandung akan lebih teruk keadaannya daripada individu lain?

Jawapan: Masih belumdijangkiti COVID-19 atau keadaan lebih serius jika dijangkiti. Wanita mengandung akan alami perubahan dalam fungsi sistem tubuhnya dan mungkin boleh meningkatkan risiko sesetengah jangkitan.

Artikel Berkaitan: [Senarai Kedai Barangan Runcit Secara Online. Lebih Selamat & Kurang Terdedah Dengan Virus COVID-19]

Jika dilihat virus daripada kelompok yang sama dengan COVID-19 dan virus lain yang menjangkiti saluran pernafasan, dilihat wanita mengandung adalah lebih berisiko untuk mengalami kesan serius jangkitan. Oleh itu adalah amat penting untuk wanita mengandung menjauhi dan mengelak daripada menerima jangkitan. Amalkan saranan pihak KKM untuk:

1. Kerap basuh tangan dengan sabun atau gunakan ‘Hand Sanitizer’ apabila berada di luar.
2. Jarakkan diri 1m daripada orang yang bergejala (social distancing)
3. Pakai face mask apabila berada di luar.
4. Jauhkan dari daripada lokasi tempat awam atau kawasan yang sesak dengan masyarakat awam. Tak perlu pergi jangan pergi. Jika perlu pergi minta bantuan suami seperti ke pasaraya atau ke pasar awam.
5. Elakkan melawat ke luar negara atau ke kawasan yang diketahui alami wabak COVID19 ini.

Sumber: Centers for Disease Control and Prevention

IKLAN